Hotel

Hotel Berhampiran KLIA

Terlepas kapal adalah satu pengalaman buruk yang kita semua ingin elakkan setiap kali ingin travel. Mana tidaknya, duit yang kita kumpul selama ini hangus begitu sahaja gara-gara terlepas flight. Bukankah mudah kalau boleh bermalam di hotel berdekatan KLIA untuk mengelak dari berlakunya perkara seperti ini?

Terutamanya untuk mereka yang tinggal di negeri lain yang jauh dengan lapangan terbang ini. Jadi menginap sekurang-kurangnya satu malam di salah satu hotel berhampiran KLIA boleh menyelamatkan anda dari tertinggal flight bolehlah beristirehat buat seketika.

Hotel near KLIA

Sama ada hotel mewah bertaraf 5 bintang atau pun hotel murah, itu semua terpulang pada kehendak dan bajet anda. Kami akan senaraikan kedua-duanya supaya senang untuk anda buat keputusan.

Untuk memudahkan anda, kami sediakan juga kemudahan yang disediakan hotel, jarak dengan KLIA, berserta dengan harganya sekali.

Tune Hotel KLIA Aeropolis (RM105 – Booking.com)

Boleh dikatakan hotel transit yang sentiasa menjadi pilihan kerana rangkaian hotel ini sudah ‘well established’. Menjanjikan bilik yang bersih dan selesa selain turut menyediakan perkhidmatan shuttle berjadual ke lapangan terbang.

Jika anda mempunyai banyak masa terluang sebelum flight berlepas, boleh shopping seketika di Mitsui Outlet Park yang hanya 14 minit dari Tune Hotel KLIA Aeropolis.

Kemudahan – Wifi, restoran, self-laundry servis, transportation bookings.

Jarak perjalanan ke KLIA – 3 minit (CLICK For Google Maps Location)

Tan’Yaa Hotel Cyberjaya (RM146 – Hotels.com)

Hotel ini menawarkan penginapan moden malah biliknya juga luas. Sesuai untuk mereka yang datang bersama keluarga besar. Setiap bilik, studio dan suite mempunyai flat screen tv, peti keselamatan dan meja.. Dapur kecil dengan microwave dan cerek elektrik disediakan.

Kemudaha – Wifi, Parking, bilik bebas rokok, gimnasium, restoran, bilik keluarga.

Jarak perjalanan ke KLIA – 29 minit (CLICK For Google Maps Location)

Royale City Hotel (RM75 – Agoda)

Royale City Hotel boleh kami kategorikan sebagao hotel murah berdekatan KLIA kerana harganya sekitar RM100. Ia menyediakan kemudahan asas sahaja. Biliknya juga agak sempit dan tidak sesuai untuk yang berkeluarga. Namun tidak bermakna hotel ini tidak selesa. Turut menyediakan pehidmatan shuttle ke lapangan terbang.

Kemudahan – Wifi, parking percuma, ruang menyimpan bagasi.

Jarak perjalanan ke KLIA – 16 minit (CLICK For Google Maps Location)

Sri Packers Hotel

Salah satu hotel yang paling laris di Sepang kerana sesuai untuk kaki backpackers. Mana tidaknya, hotel ini menempatkan beberapa katil dua tingkat khusus buat mereka yang mengembara dalam kumpulan.Yang berkeluarga, jangan risau kerana bilik besar juga disediakan. Jika dilihat pada rating yang diberikan, 7.9 sudah dikira tinggi dan rata-ratanya berpuas hati dengan servis hotel ini.

Kemudahan – Wifi, bilik berkeluarga, bilik bebas rokok, restoran, shuttle ke airport.

Jarak perjalanan ke KLIA – 22 minit (CLICK For Google Maps Location)

Plaza Premium Lounge-Gateway Klia2 (RM93 – Booking.com)

Okay, hotel ini terletak dalam KLIA sendiri iaitu di aras 2M. Pilihan terbaik kalau anda nak menginap untuk jangka masa singkat. Ini kerana anda boleh membuat bilihat berapa jam anda ingin berehat bermula dari 4 jam, 6 jam, atau 10 jam.

Tempat tidur KLIA ini dilengkapi dengan akses lounge eksekutif, stesen caj untuk peranti mudah alih dalam setiap bilik. Bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian, pengering rambut dan kelengkapan mandian percuma turut disediakan.

https://www.hpility.sg/transit-hotel-review-uniquely-experience-stay-at-plaza-premium-lounge-malaysia-at-klia2/

Kemudahan – Wifi, restoran, bilik keluarga, ruang menyimpan bagasi.

Jarak 2 minit berjalan kaki untuk ke Stesen Kereta Api ERL di KLIA2. (CLICK For Google Maps Location)

Bary Inn (RM89 – Agoda)

Terletak kira-kira 13km dari KLIA dan juga dikategorikan sebagai ‘mampu inap’. Segala kemudahan asas disediakan dengan baik seperti Wifi, tv flat screen, termasuklah shuttle ke lapangan terbang secara percuma.

Kemudahan – Wifi, restoran, parking percuma

Jarak perjalanan ke KLIA – 15 minit (CLICK For Google Maps Location)

Sri Langit Hotel (RM90 – Booking.com)

Bangunan hotel ini direka dengan begitu unik untuk menarik perhatian pelanggan. Bahkan, Sri Langit merupakan hotel pertama di Malaysia yang bertemakan penerbangan. Lihat sahaja hiasan dalam setiap bilik. Bagaikan menginap di dalam kapal terbang bukan? Nak rasa pengalaman berbeza boleh menginap di sini sebelum penerbangan.

Kemudahan – Shuttle ke lapangan terbang, Wifi, bilik keluarga, parking percuma, gimnasium, restoran.

Jarak perjalanan ke KLIA – 17 minit (CLICK For Google Maps Location)

De Grand Boutique Hotel (RM139 – Booking.com)

Sebuah lagi hotel murah berdekatan KLIA yang boleh anda pilik sebelum mengembara. Hotel ini berkonsepkan butik iaitu harga mampu inap tetapi mempunyai sentuhan mewah. Jika dilihat hiasan dalaman hotel ini, sangat kemas dan bersih. Nampak macam rumah sendiri. Anda boleh ke restorannya dan rasai hidangan barat serta tempatan yang disediakan.

Kemudahan – Shuttle ke lapangan terbang, Wifi, bilik keluarga, parking percuma, gimnasium, restoran.

Jarak perjalanan ke KLIA – 15 minit (CLICK For Google Maps Location)

Sama-Sama Hotel (RM433 – Trip.com)

Nah, Sama-Sama hotel merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang berdekatan dengan KLIA. Di sini anda bakal menikmati perkhidmatan serba sempurna. Hiasan biliknya eksklusif, restoran mewah, dan kolam renang juga di sediakan. Mereka juga menyediakan perkhidmatan buggy percuma dari dan ke KLIA.

Degrees Restaurant dibuka 24 jam. Traveller’s Bar and Grill disertakan dengan persembahan muzik secara langsung. Palmz Lobby Lounge menyajikan pelbagai snek ringan dan kopi/teh.

Kemudahan – Shuttle percuma ke lapangan terbang, Wifi, bilik keluarga, parking percuma, gimnasium, restoran, kolam renang, bar, live muzik.

Jarak perjalanan ke KLIA – 6 minit (CLICK For Google Maps Location)

Hotel-hotel yang berdekatan KLIA ni sebenarnya membolehkan kita berehat untuk masa yang singkat. Dalam masas sama untuk mengelak dari terlepas flight. Yelah, takkan nak duduk je di KLIA tu sedangkan flight lambat lagi. Semoga artikel ini membantu anda dalam membuat pilihan.

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!