Tempat Menarik

Tempat Menarik di Kota Belud

Kota Belud mungkin tidak sepopular daerah lain di Sabah seperti Kundasang dan Ranau. Namun ini tidak bermakna Kota Belud tidak mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ramai yang tidak tahu bahawa ia menyimpan 1001 keindahan alam yang tidak boleh kita lihat di tempat lain. Tempat menarik di Kota Belud ini bakal memberikan anda pengalaman percutian yang indah.

Terletak di bahagian Pantai Barat Sabah, Kota Belud penuh dengan tarikan alam semula jadi. Pemandangan gunung ganang yang tersergam, air sungai yang jernih, pantai, serta pulau yang menawan.

Nak tahu lebih lanjut tentang senarai tempat menarik di Kota Belud, pastikan anda baca artikel ini hingga ke penghujungnya.

#1 Polumpung Melangkap Camp View Site

Polumpung melangkap merupakan kawasan sempurna untuk aktiviti perkhemahan. Kawasannya berada di tepi sungai, menghadap gunung yang indah, dan lapang. Ia terletak di Kampung Melangkap baru iaitu 29 km dari pekan Kota Belud.

Semua peralatan perkhemahan cukup lengkap disediakan oleh Pusat Pengurusan Melangkap Camp Site untuk disewa. Jumlah agak terhad, seeloknya anda membawa peralatan sendiri.

Antara aktiviti best yang boleh anda lakukan di sini adalah berkhemah, mandi sungai, dan BBQ.

Jangan lepaskan peluang untuk mandi manda di Sungai Melangkap Kota Belud. Kerana airnya sangat jernih dan sejuk. Bercakap soal sejuk, suhu pada waktu malam agak dingin. Pengunjung di saran supaya membawa baju sejuk.

Nombor telefon: 012-871 5576

Bayaran: Dewasa RM3 | Kanak kanak RM1

Yuran perkhemahan: Dewasa RM4| Kanak kanak RM2

Alamat: Kg. Melangkap Baru, 89158 Kota Belud, Sabah

#3 Pelancongan Tagal Kampung Lingkubang

Pelancongan Tagal Kampung Lingkubang adalah tempat eko pelancongan Kota Belud. Untuk mereka yang ingin merasa suasana kampung dan menikmati flora dan fauna, di sinilah tempatnya.

Terletak 28 kilometer dari pekan Kota Belud, pengunjung boleh bersantai di tepi sungai. Kawasan ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong kerana air sungainya bersih dan cetek. Sesuai untuk seisi keluarga bermandi manda.

Menariknya, anda berpeluang untuk bermain denga ikan jinak yang akan berenang-renang di tangan anda.

Kemudahan seperti wakaf, tempat duduk, tempat persalinan, serta tandas, semua cukup lengkap.

Waktu operasi: 8am – 5pm

Harga tiket: Dewasa RM3 | Kanak kanak RM2

Alamat: Jalan Ranau Bypass, 89150 Kota Belud, Sabah

#4 Kampung Sangkir

Kampung Sangkir sebenarnya cuma sebuah kampung yang dikelilingi sawah padi. Apa yang membuatkan ia menarik adalah pemandangannya yang lain dari sawah padi di Semenanjung.

Kawasan sawah padi di Kampung Sangkir berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang indah. Malah, sawah yang menghijau, pondok dan laluan petani menambahkan lagi keunikkan tempat ini.

Maka tidak hairanlah jika Kampung Sangkir menjadi lokasi pilihan para photographer. Jika bertuah, anda dapat lihat milkyway pada waktu malam.

#5 Pulau Mantanani

Pulau Mantanani adalah pulau yang agak terkenal di Sabah. Terbahagi kepada dua iaitu Mantanani Besar dan Mantanani Kecil. Apa lagi yang ada di pulau kalau bukan air lautnya yang jernih, pasir memutih, dan keindahan dasar laut.

Pelbagai aktiviti pantai yang boleh dilakukan di sini seperti:

  • Berkayak
  • Snorkeling
  • Scuba Diving
  • Berenang bersama dugong

Apa yang best adalah anda boleh melihat plankton blue  disepanjang pantai. Plankton ini mengeluarkan cahaya biru dan ia cukup indah jika dilihat pada waktu malam.

Tempat penginapan menarik:

Mantanani Backpacker Lodge

Palm Beach

Low Price Holiday

#6 Pasar Tamu Kota Belud

Pasar Tamu adalah tempat menarik di pekan Kota Belud yang wajib anda singgah. Terletak di Kampung Sasai, ia menjadi lokasi orang tempatan mendapatkan barangan runcit.

Untuk pelancong, di sinilah tempat anda shopping buah tangan dan cenderamata untuk di bawa pulang.

Jangan lepaskan peluang untuk membeli kuih tradisional dan kudapan. Antaranga penjaram, jala, baulu, penganan, kerepek ubi, sapit dan berati, tidak terkecuali makanan seperti pecal dan ketupat.

Alamat: 89150 Kota Belud, Sabah

Pantai di Kota Belud

Pantai Manis Kampung Sarang

Tanahnya yang landai terdapat banyak batu batu besar membuatkan pantai ini menarik untuk berkelah besama keluarga. Malah airnya juga cetek di kala surut.

Alamat: 89150 Kota Belud, Sabah

Pantai Nanamun

Pantai ini kurang diperkatakan tetapi pemandangannya memang memukau. Terutama sekali ketika waktu matahari terbenam.

Pantai Rang Bulan

Pantai ini agak terkenal kerana struktur pantai yang melengkung dan airnya yang jernih. Sangat popular dikalangan penduduk tempatan untuk berkelah pada hujung minggu.

Berada di tepi pantai ini seperti bercuti di pulau indah. Sayangnya tiada resort mahupun chalet menarik.

Alamat: Kg Buah Pandai,, 89150 Kota Belud, Sabah

Sekarang ni anda dah tahu tempat menarik di Kota Belud. Bolehlah rancang percutian untuk musim cuti sekolah kelak. Selamat bercuti!

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!