Tempat Menarik

Tempat Makan Menarik di Bandar Hilir Melaka

Selain berkunjung ke Melaka untuk melawat tempat bersejarah, dalam masa yang sama kita juga ingin merasa makanan di tempat orang. Di Bandar Hilir contohnya banyak sangat tapak warisan dunia. Maka banyaklah tempat makan menarik di Bandar Hilir yang boleh anda pergi.

Rugi juga kalau datang ke Bandar Hilir hanya untuk berkunjung ke muzium sahaja. Cubalah makanan menarik di sini, mana tahu anda akan lebih jatuh cinta akan Bandar Bersejarah ini.

#1 Asam Pedas Selera Kampung

Hidangan asam pedas sudah sinonim dengan negeri Melaka. Untuk merasai keaslian masakan ini, kami cadangka anda ke Asam Pedas Selera Kampung yang terletak di Mahkota Square.

Restoran ini ikan ikan segar untu dijadikan asam pedas. Cukup popular di kalangan penduduk tempatan. Pelbagai jenis asam pedas yang anda boleh pilih termasuklah kepala ikan jenahak, pari, cencaru, dan tenggiri. Selain itu lauk pauk lain seperti udang galah, sotong ayam goreng dan aneka gula juga ada di sini.

Memang sedap dimakan bersama nasi putih panas dan ulam-ulaman.

Waktu operasi: 7 am – 6 pm

Alamat:  Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir, 75000 Melaka  (Google Maps Location)

#2 Cendol Jam Besar

Semangkuk cendol sudah cukup untuk membasahkan anak tekak selepas seharian melawat tempat menarik di Bandar Hilir. Tidak susah pun nak cari gerai cendol ini. Ia terletak di hadapan menara jam The Stadthyus. Waktu tengah hari, gerai ini akan dikerumuni pelanggan.

kitapunya.com

Cendol Jam Besar ini cukup terkenal kerana kenakkan ramuan santan dan gula melakanya. Bahkan, bahan campuran di dalamnya seperti cendol, buah kabung, jagung manis, sagu, dan kacang merah juga banyak.

Terdapat beberapa jenis cendol yang boleh anda pilih seperti cendol kacang, pulut, jagung, durian, malah air batu campur turut dijual.

Waktu operasi: 9 am – 6 pm

Alamat: Bandar Hilir, 75200 Malacca (Google Maps Location)

#3 Restoran Kenanga

Hidangan masakan panasa seperti nasi goreng mungkin biasa di mata kita. Tetapi ramai yang tergila-gila akan keenakkan nasi goreng di Restoran Kenanga ini. Restoran ini cuma menjual nasi/mee/ kueh tiaw goreng sahaja.

Pelanggan cuma datang hanya untuk menikmati menu itu sahaja. Disamping itu merek turut menghidangkan sup sebagai hidangan sampingan.

Alamat: Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka (Google Maps Location)

#4 Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana

Sebuah lagi restoan yang menyajikan asam pedasl special iaitu Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana. Bukan sahaja sedap dan cukup rasa, tetapi asam pedas berkenaan dihidangkan di dalam claypot.

Ini adalah untuk membangkitkan aroma dan mengekalkan kepanasan asam pedas tersebut. Anda boleh pilih pelbagai jenis asam pedas iaitu yang berasaskan ikan pari, kan parang, ikan kembung, dan juga daging tetel.

Restoran ini dikelaskan sebagai tempat makan best di Melaka waktu malam

Waktu operasi: 6 pm – 4 am | Tutup pada Isnin

Alamat: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka (Google Maps Location)

#5 Restoran Hajjah Ruhana

Nak tahu makan tengahari sedap di Melaka? Anda boleh cuba menjamu selera di Restoran Hajjah Ruhana. Di sini mereka menyediakan pelagai jenis masakan kampung seperti asam pedas, masak lemak, ayam kampung, kangkung goreng, telur masin, dan banyak lagi.

Bagi penggemar asam pedas, terdapat 6 jenis jenis ikan yang boleh anda pilih. Semuanya sedap belaka. Malah, restoran ini dinilai baik di enjin carian Google.

Alamat: No. 1G & 3G, Jalan PM3, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, 75000 Melaka (Google Maps Location)

#6 Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

Antara kedai ikan bakar sedap di Melaka. Ikannya di bakar menggunakan rempah khas kemudia dicicah dengan ais asam istimewa. Memang memikat selera lebih lebih lagi jika dimakan dengan nasi panas.

Banyak lagi makanan laut segar yang ada di sini sepertu sotong, lala, ketam, udang, dan lain-lain. Semuanya boleh dimasak mengikut selera anda. Waktu malam memang sentiasa dipenuhi pelanggan. Agak susah untuk mendapatkan meja. Kami sarankan anda datang awal. Kalau nak makan malan sedap di Melaka, di sinilah lokasinya.

Waktu  operasi: 5 pm – 11 pm

Alamat: Jalan Padang Temu, 75050 Melaka (Google Maps Location)

#7 Toast N Toast,

Jika nak sarapan pagi sedap di Melaka pula, kami sarankan anda menjamu selera di Toast N Toast, Melaka Raya. Di sini anda diberi pilihan dengan pelbagai jenis roti, scrambled egg, baked beans dan banyak lagi.

Ia seolah-olah menggabungkan sarapan pagi ala barat dan tempatan kerana roti bakar bersama kaya juga disediakan. Selain itu restoran ini turut menyediakan spaghetti, nasi goreng, dan mee siam.

Minuman seperti kopi juga istimewa di sini. Kopinya di brew menggunakan serbuk kopi segar.

Waktu operasi: 8 am – 6 pm

Alamat: 513, Jalan Melaka Raya 12, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka (Google Maps Location)

Tempat makan menarik di Ayer Keroh

Kami juga ingin selitkan tempat makan best di Ayer Keroh, manalah tahu jika anda berpeluang untuk meneruskan pemanduan ke sana.

Melaka Food Truck Park

Food truck semakin diterima di Malaysia. Di Ayer keroh, terdapat satu lokasi khas untuk peniaga food truck menempatkan trak mereka untuk berniaga.

Kira-kira 10 buah trak kanan beroperasi dan menjual pelbagai jenis hidangan. Kebanyakannya masakan Western.

Waktu operasi: 7 pm – 12 am

Alamat: 75450 Malacca (Google Maps Location)

Tempat makan menarik di Bandar Hilir yang kami senaraikan di atas adalah melalui rekomendasi pelanggan yang pernah makan di sana. Malah ia juga sering menjadi buah mulut orang ramai. Kalau dah menjadi sebutan, mestilah sedap bukan? Anda ada cadangan tempat makan lain? Beri pendapatan dalam ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!