Tempat Makan

Tempat Makan Menarik di Ampang yang Super Sedap!

Ampang merupakan sebuah bandar yang terletak di Selangor, bersempadan dengan bandar Kuala Lumpur. Oleh itu, banyaklah kawasan perumahan, pejabat, dan tempat hiburan keluarga. Selain memiliki beberapa tempat menarik, banyak juga tempat makan menarik di Ampang buat pencinta makanan!

Jarak KL ke Ampang cuma sekitar 20 km sahaja. Alang-alang melawat tempat menarik di Kuala Lumpur, apa kata singgah ke beberapa tempat makan sedap di Ampang.

#1 Berkat madinah Restaurant

Hidangan Arab sudah sebati dengan selera kita bukan? Siapa tidak suka akan nasi arab dengan perapan daging kambing yang dimakan bersama ayam istimewa. Selain nasi arab, anda juka boleh beli aneka jenis kebab asli dari tanah Arab.

Tidak cukup dengan itu, Berkat Madinah juga merupakan supplier makanan Arab seperti kurma, air zam zam, aneka jenis kacang, dan produk dari Timur Tengah.

Paling menarik, mereka turut menjual pemanis mulut dari Turki, iaitu Balkava! Rugi tak cuba!

Waktu operasi: 10.30 am – 11.30 pm

Alamat: No 18-L1, JLN Ampang Putra, TMN, Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur.

#2 Restoran Selera Bonda

Restoran ini adalah tempat terbaik untuk makan tengah hari di Ampang. Restoran Selera Bonda menyajikan pelbagai jenis masakan kampung yang bakal mengingatkan anda akan kampung halaman.

Lebih 100 jenis hidangan disediakan, Tomyam Seafood, Sup Tulang,Ikan Siakap 3 Rasa & Stim Asam Boi adalah yang paling menjadi pilihan ramai.

Cuba juga masakan ala Thai, Westeren, dan beberapa hidangan dari Indonesia seperti bakso.

Waktu operasi: 12 pm – 3 am

Alamat: Dagang Avenue, G – 1, Jalan Dagang B/3, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor

#3  Me’nate Steak Hub

Restoran makanan western ini memang cukup popular bukan? Ia terkenal kerana menyajikan hidangan yang berasaskan daging berkualiti seperti daging wagyu.

Steak nya cukup mendapat perhatian ramai kerana ia dimasak menggunakan cara asli orang barat.

Banyak sekali pilihan menu di sini. Antaranya, steak, lamb, spaghetti, burger, dan banyak lagi.

Tambahan pula, portion nya juga besar. Biarpun agak mahal, tapi kami yakin akan pasti akan berpuas hati.

Makan makanan mahal sekali sekala, apa salahnya.

Waktu operasi: 11 am – 11 pm

Alamat: 16, Jalan Kerja Air Lama 1, Taman Shuet Liang, 68000 Ampang, Selangor

#4 Burger Bakar Abang Burn

Pernah viral beberapa tahun lepas kerana menjadi pelopor kepadar bisnes burger bakar.

Kelainan burger di sini bukan hanya kerana ia dibakar tetapi portion nya yang besar dan menu yang pelbagai.

Di sini pelanggan diberi banyak pilihan seperti burger daging, ayam, kambing, ham, ayam goreng tepung dan banyak lagi. Malah, ada juga hidangan yang dilimpahi cheese enak!

Beroperasi bermula senja hingga lewat malam, Burger Bakar Abang Burn sesuai dijadikan tempat makan malam best di Ampang.

Waktu operasi: 6.30 pm – 12.am

Alamat: Dagang Avenue Food Court, Jalan Dagang B/3a, Taman Dagang, 55100 Ampang Jaya

#5 Sweetree Restaurant

Tempat makan menarik di Ampang yang seterusnya adalah Sweetree Restaurant yang terletak di Jalan Ampang Putra.

Sweetree merupakan sebuah restoran makanan Korea yang cukup popular di ibu kota. Segala tentang Sweetree memang menarik! Dekorasi, keselesaan, dan keenakan makanannya.

Buat penggemar makanana Korea, anda pasti akan berpuas hati kerana banyak sekali hidangan asli Korea yang boleh anda temui dalam menu. Antaranya kimchi, bi bim bab, seafood, BBQ, dan banyak lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Sweet and Spicy Fried Chicken di mana ayam goreng bersalut sos dimakan bersama limpahan keju.

Waktu operasi: 11 am – 11.30 pm

Alamat: Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor

#6 Zaini Satay

Hidangan rasmi Malaysia, satay! Kalau nak makan satay sedap di Ampang, kami cadangkan anda ke Zaini Satay yang terletak di Ampang Jaya. Cukup popular di kalangan warga kota, dan ini adalah cawangan keduanya selain di Melawati.

Perapan dagingnya cukup menyelerakan, ditambah pula dengan kuah kacang yang sesedap rasa.

Di sini anda diberi beberapa pilihan satay iaitu ayam, daging tenderloin, kambing, hati ayam, dan perut ayam.  Punyalah famous satay di sini sehingga diangkat sebagai salah satu tempat makan menarik di Selangor.

Waktu operasi: 6 pm – 11 pm

Alamat: Stall No. 5, (Opposite 7, 11, Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang

#7 Ibrahim’s Fatty Crab

Kalau anda rasa nak makan Chinese seafood yang fresh, datanglah ke Ibrahim’s Fatty Crab. Konsep restoran ini adalah menyediakan Halal Chinese Seafood yang segar. Harga hidangan di sini mengikut saiz dan berat ketam segar yang ditangkap dari dalam sangkar. 100% segar tau!

Menu French Crab dan Mud Crab lah yang paling popular di sini. Selain itu menu lain yang anda boleh cuba adalah Black Pepper Crab, Mongolia Style Crab, dan banyak lagi.

Selain ketam, banyak lagi seafood lain yang boleh anda order. Ayam pun ada.

Waktu operasi: 5 pm – 12 am | tutup pada Isnin

Alamat: No, 18, Jln Avenue 1, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Kami senaraikan juga beberapa tempat makan sedap di sekitar KL dan Selangor yang boleh anda kunjungi.

Tempat makan best di Setapak

  • Gobang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai
  • Restoran Hussin Sup & Popia
  • Mali’s Corner
  • Cibiuk
  • The Khan Mongolian Restaurant Halal

Tempat Makan Best di Wangsa Maju

  • Ryndu Hot & Grill
  • Grellas Wangsa Maju
  • Restoran Patatimo
  • Kaw Kaw Burger Wangsa Maju

Tempat makan menarik di Gombak

  • Wira Seafoof Ikan Bakar Sedap
  • Banana Cafe
  • Adam Lai Restaurant Sri Gombak
  • Bamboos Thai Cafe

Nah, itu dia antara tempat makan menarik di Ampang. Manalah tahu anda berada di kawasan sekitar, bolehlah cuba ke salah satu restoran yang kami kongsikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!