Tempat Makan

5 Restoran Ikan Bakar di Bangi yang POWER!

Seronok juga kalau dapat menikmati seafood khususnya ikan bakar bukan? Setiap restoran memiliki ramuah rempah dan cara masakan berbeza. Kalau and aberada di sekitar Bangi, pasti anda akan perasa betapa banyaknya restoran yang menyajikan hidangan ini di sepanjang jalan. Untuk itu, jom lihat antar restoran ikan bakar di Bangi yang sedap.

#1 Ana Ikan Bakar Petai

Keenakan ikan bakar bersama sos istimewa yang dicampur bersama petai memang cukup popular di sini. Rata-rata pelanggan pasti memesan menu sama biarpun berasaskan ikan berlainan.

Rasa sambal petainya memang memikat. Di makan pula bersama aneka pencicah seperti air asam dan kicap.

Pelanggan bebas memilih ikan segar mengikut saiz dan berat masing-masing. Jenis masakan pula terpulang, sama ada masak kicap, tiga rasa, masam manis atau steam.

Suasana restoran ini juga baik. Terbuka, selesa, dan bersih.

Waktu operasi: 5 pm – 12 am

Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#2 D’Kenali Ikan Bakar Bangi

Cukup popular di kalangan penduduk tempatan dek kerana kelazatan ikan bakar dan harganya yang berpatutan. Menu wajib cuba di sini adalah ikan pari bakar, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, otak-otak, dan tomyam campur.

Restoran ini tidaklah mewah, tetapi sekadar selesa dengan tempat duduk berpayung. Yang paling penting, bersih dan sedap.

Anda pasti akan terpegun betapa murahnya harga makanan di sini.

Waktu operasi: 5.30 pm – 3 am

Alamat: Persiaran Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#3 Restoran D’Limau Nipis Ikan Bakar Segar

Tempat makan ikan bakar Bangi seterusnya adalah Restoran D’Limau Nipis Ikan Bakar Segar. Bukan sahaja rempah perapan ikan bakar yang menyelerakan, bahkan sambal pencicahnya memang sedap hingga menjilat jari.

Jangan lupa untuk mencuba sotong bakar di sini. Saiznya besar dan dimakan bersama sambal istimewa.

galaksiviral.blogspot.com

Ulam-ulaman juga wajib anda rasa, kesemuanya segar dan menepati gred terbaik buat pelanggan.

Sistem pengurusan restoran ini memang sistematik dan tersusun. Harga setiap hidangan sudah tertulis pada pinggan kerana harga ikan dan sotong bergantung pada saiznya.

Waktu operasi: 7 am – 5 pm

Alamat: No. 201 & 205, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#4 Restoran Mak Kimbong

Menu ikan cencaru bakar di sini sungguh popular hingga mendapat review baik di laman Google. Ia menggunakan resepi turutn temurun dengan aroma arang yang memikat.

profhariz.com

Begitu juga dengan sotong bakar yang menggunakan rempah yang sama. Menariknya Restoran ini menyediakan sotong gergasi pada harga rendah iaitu sekitar RM10 sahaja.

Tempat makan best di Bandar Baru Bangi ini turut menawarkan masakan kampung seperti masak lemak cili api, daging salai, ayam kampung, dan banyak lagi.

Suasana ala kampung restoran ini juga menjadi daya penarik kepada kehadiran pelanggan.

Waktu operasi: 6 am – 12 am

Alamat: no 17, Jalan 4/1a, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#5 Restoran Ikan Bakar Terangkat Bangi

Tidak jauh dari Bangi, Restoran Ikan Bakar Terangkat yang terletak di Kajang ini adalah salah satu restoran yang wajib anda kunjungi.

Mengapa? Kerana di sini pelanggan bebas memilih pelbagai jenis makanan laut segar mengikut timbangan.

Ia kemudian di bakar dan dilimpahi dengan sos istimewa yang menyelerakan. Rasanya tidak terlalu pedas dan sesuai dimakan oleh semua golongan.

Harga makanan di sini juga agak berpatutan. Ikan yang paling mahal cuma RM15 iaitu cencaru kerana saiznya yang besar.

Review restoran ini pun baik. Antara tempat ikan bakar Kajang yang sering menjadi bahan bualan.

Waktu operasi: 5 pm – 12 am

Alamat: No. 1, Lot 3083, Jalan Ayer Itam, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang.

5 Tempat makan tengah hari sedap di Kajang

  • Cibiuk
  • Laman Grill Steak & Bar-B-Que
  • Dapur Koi
  • The Grato Bandar Seri Putra
  • Arabian House Kajang

Kami rasa rugi kalau anda tidak cuba salah satu restoran ikan bakar Bangi yang disenaraikan di atas. Kesemuanya mendapat rating tinggi dan menerima respon positif dari warga internet. Kalau anda anda cadangan lain, sila cadangkan dalam ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!