Tempat Makan

Nasi Arab Bangi

Keenakan nasi arab memang tiada tandingannya. Nasinya lembut, dan dimakan bersama ayam dan atau kambing yang diperap menggunakan rempah istimewa. Setiap restoran memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Tapi kalau anda mencari restoran nasi arab di bangi yang sedap, anda telah datang ke artikel yang tepat.

Melalui artikel ini kami akan kongsikan beberapa buah restoran nasi arab Bangi dan kawasan sekitarnya untuk anda cuba. Lokasi-lokasi ini adalah yang direkomen oleh para netizen serta yang mendapat rating baik menerusi laman Google.

#1 Al-Raudah Arabian Food

Terletak betul-betul di hadapan Pasaraya Eco, Al-Raudah Arabian Food menyajikan aneka jenis nasi arab dengan lauk pauk yang padu.

Nasinya cukup lembut, enak dimakan bersama ayam, sambal, sup kosong, dan acar istimewa. Portionnya juga besar.

Lauk kambing di sini juga popular di kalangan pelanggan. Cukup berbaloi.

Selain nasi arab, Al-Raudah Arabian Food turut menyediakan beberapa masakan western seperti chicken chop, spaghetti, lamb chop, serta hidangan dalam dulang yang boleh dimakan beramai-ramai.

Waktu operasi: 12 pm – 10 pm

Alamat: No 20, G-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, pusat bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#2 Restoran Nasi Arab

Ringkas sahaja nama restoran ini, tetapi rasa nasi arabnya cukup luar biasa. Nasi yang sudah dimasak bersama daging kambing ini membangkitkan aroma memikat. Rasa daging kambingnya pula sempurna dan tidak liat.

Artikel berkaitan: Sizzling Sedap di Bangi

Anda patut cuba humus di sini bersama dengan pelbagai jenis roti. Patutlah restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Rupanya banyak lagi menu asli dari Timur Tengah yang disediakan.

Kebabnya juga menjadi pilihan pelanggan. Dimakan pula dengan roti lembut dan humus.

Lihat gambar-gambar di bawah ni pun boleh terliur!

Waktu operasi: 11 am – 11 pm

Alamat: Lot 12, Pusat Pameran Perabot Jalan Reko, Seksyen 5, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#3  D’Arab Cafe Uniten

Untuk pengetahuan, D’Arab Cafe terletak di medan selera Uniten Bangi. Cukup terkenal di kalangan pelanjar dan staff kawasan sekitar. Ini merupakan salah satu cawangan D’Arab Cafe selain di Putrajaya, dan Shah Alam.

Nasi dan lauk pauknya sedap dan sangat murah, mungkin kerana itulah restoran ini tidak pernah lekang dengan kehadiran pelanggan. Kadang-kadang sampai beratur tau!

Nasi Mandy Ayam Berempah Cuma RM11 manakala Nasi Mandy Kambing pula RM15. Murahkan? Nasi dihidangkan bersama kuah khas, sos tomato, dan hirisan bawang.

Artikel berkaitan: Hotel Tenera Bangi

Banyak lagi menu lain yang menarik seperti hummus, kabsah roasted chicken, dan roti Arab.

Waktu operasi: 6 am – 11 pm

Alamat: Uniten, Lot 8. Food Court 2, Selangor, Bangi

#4 Al-Araby Matha’am

Kami selitkan juga kedai nasi Arab di kawasan lain. Contohnya nasi arab Bandar Al-Araby Matha’am yang terletak di Kajang.

Kesemua menu yang disediakan adalah asli dari Timur Tengah, bahkan menggunakan rempah ratus diimport dan bahan mentah yang segar.

Menu menarik di sini sudah tentulah nasi mandy, nasi briyani, chicken mansaf, dan aneka roti.

Nasi mandy yang dihindangkan di dalam dulang juga menjadi pilihan pelanggan untuk dimakan beramai-ramai.

Selain nasi arab, cuba juga beberapa masakan western seperti pasta.

Waktu operasi: 8 am – 11 pm

Alamat: NO.25 Jalan Puteri 2/3A, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor.

#5 Restoran Al Diafah

Restoran Al Diafah Bangi juga tidak kuran hebatnya dalam menyediakan nasi arab sedap. Hidangan Shish Kebab adalah yang terbaik setakat ini. Biarpun berharga RM40 untuk satu hidangan, anda bakal berpuas hati dari segi rasa dan portionnya.

Manakala nasi mandynya pula didatangkan bersama ketulan ayam berempah, sos khas, dan timun. Harga nasi arab ini adalah RM75, tetapi ia boleh dimakansekitar 7 hingga 8 orang.

kambengurunsahara.blogspot.com

Lamb Oat Soup juga diberikan secara percuma. Pelanggan boleh tambah sesuka hati. Bestkan?

Waktu operasi: 11am–11pm

Alamat: No.12&13, Jalan Putra 6, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor

Nasi Arab Cyberjaya

Saba Restaurant Cyberjaya

 

Saba Restaurant Cyberjaya merupakan kedai nasi arab yang menjadi pilihan warga Cyberjaya. Dengan rating 4.4 di laman Google, memang gerenti sedap!

Menu menarik yang ditawarkan adalah Kambing Kabshah atau Hanith ataupun Ayam Kabshah atau Hanith.

Nasi mandy nya lembut dengan aroma yang menyelerakan. Chicken shish taouk juga sedap, kerana ia hadir dengan ayam lembut, kentang goreng, roti, dan sos istimewa.

Anda boleh lihat sendiri menu dan harga di bawah. Sangat murah bukan?

Waktu operasi:  12 pm – 10 pm

Alamat: 4800 Suite 0-2 Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana, CBD Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor

Nasi Arab Semenyih

Restoran Al-Reef

Warga Semenyih pasti tahu akan keenakan nasi arab di Restoran Al-Reef. Kabsah Rice with Lamb, Mandy Chicken, Kebab Wrap dan Pizza adalah menu wajib cuba.

Kelembutan nasi dan daging kambing memang tiada tandingan. Malah daging kambing di sini agak juicy yang boleh anda jadikan sebagai kuah.

Untuk lebih jimat, Restoran Al-Reef turut menawarkan hidangan jenis set yang hadir bersama minuman iaitu:

  • Set – Mandy Lamb (Regular) + Ice Lemon Tea
  • Ala Carte – Kabsah Lamb (Regular) + Air Watermelon Juice

Humus yang dimakan bersama roti tidak kurang hebatnya. Cuba tau!

Kalau anda nak tambah senarai nasi arab Bangi pun boleh, kongsikan dalam ruangan komen di bawah ya? Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!