Tempat Makan

Sizzling Sedap di Bangi

Sajian sizzling memang membangkitkan selera. Kuah hitam pekat dengan aroma memikat mampu mencairkan hati sesiapa sahaja. Dimakan pula bersama mee,kueh tiaw, dan yee mee lembut. Apa yang membuatkan hidangan ini istimewa adalah kerana ia di hidang di atas pinggan yang baru sahaja dipanaskan. Memang berasaplah! Sizzling ini menjadu menu wajib di kesemua medan selera. Kalau nak tahu lokasi sizzling sedap di Bangi, teruskan membaca artikel ini.

Restoran Barra

Boleh dikatan semua jenis hidangan dijual oleh Restoran Barra. Menggunakan konsep ‘kedai mamak’ iaitu port lepak sambil makan roti canai, ayam tandoori, dan nan cheese. Tidak hairanlah mengapa ia menjadi tempat makan best di Bandar Baru Bangi.

Menu menarik adalah seperti  roti naan berkeju mozzarella, roti naan berkuahkan kari kambing, nasi goreng kambing, nasi goreng ayam Barra, masakan panas, nasi campur, dan banyak lagi.

Salah satu menu yang menjadi pilihan utama pelanggan setiap kali ke sini adalah hidangan sizzling.

Kuah mee sizzling di sini cukup pekat dan banyak lauk. Memang berbaloilah!

Waktu operasi: 24 jam

Alamat: Seksyen 6, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Sizzling and Claypot Bangi Gateway

Restoran yang mengkhususkan sajian sizzling dan claypot, sudah tentulah sedap kan? Berbeza dengan restoran lain, Sizzling and Claypot Bangi Gateway menawarkan nasi sizzling. Memang kena dimakan bersama kuah pekat tu.

Lauk ayam, cendawan dan sayur pak choi, memang membangkitkan selera.

Hidangan claypot juga tidak kurang hebatnya. Anda boleh cuba Claypot Yee Mee Tomyam 3 Rasa. Cukup padu dan meriah dengan lauk pauk.

Facebook: https://www.facebook.com/pg/SizzlingClaypotBangiGateway/photos/?tab=album&album_id=317119675080487&ref=page_internal

Alamat: Bandar Baru Bangi, Selangor

Red Wok

Restoran Red Wok terkenak dengak keenakan steamboat buffetnya. Menyediakan pelbagai jenis lauk dan perapan istimewa, mereka turut menawarkan masakan panas serta hidangan sizzling.

Sudah alang-alang anda menikmati steamboat buffet, apa kata cuba sizzling mereka. Khabarnya mee/yee mee sizzling Red Wok ni cukup sedap.

Makan steamboat dengan keluarga dan rakan memang seronok. Santai tetapi happening.  Anda boleh jadikan restoran ini sebagai tempat menarik di Bangi pada waktu malam.

Alamat: 1/2, Jalan Kajang Impian, Taman Kajang Impian, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor

Tuah Cafe

Kalau nak tahu, ini adalah Cafes best di Bangi yang menawarkan aneka hidangan tempatan dan western.

Cukup santai, Tuah Cafe memang berbaloi untuk anda kunjung dengan rakan-rakan. Portion hidangannya agak besar. Menu yang paling popular di sini adalah Butter Chicken Rice, Nachos, dan Grilled Chicken Salad.

Pilihan minuman seperti ice blended juga bakal buat anda rambang mata!

Tuah Cafe pernah menjadi pilihan program tv Jalan Jalan Cari Makan (JJCM).

Waktu operasi: 11am – 8 pm | tutup pada Khamis

Alamat: No20, Jalan 7/1c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Omar Syarif Rojak Penang

Kami selitkan juga makanan lain selain sizzling. Menurut netizen, Omar Syarif Rojak Penang jual pasembur sedap di Bangi! Hah, anda tak perlu travel ke Penang untuk makan hidangan lazat ini.

Segala jenis makanan yang sinonim dengan Penang boleh anda order di sini. Dari rojak mee, rojak ayam, pasembur, mee gorang mamak, mee rebus dan banyak lagi.

Rojaknya kaw, cukup rasa, dan meriah dengan lauk.

Cuba juga nasi ayam, dan cendol. Memang best!

Waktu operasi: 11 am – 7.30 pm | tutup pada Isnin

Alamat:  3, Jalan Medan Pb 2a, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Warung Bunian

Salah satu tempat sarapan best di Putrajaya yang harus anda cuba. Pernah viral dek kerana keenakan nasi lemaknya, Warung Bunian tidak pernah lekang dengan pelanggan.

Nasi lemak telur bungkusnya memang terbaik, ditambah pula dengan sambalnya yang enak. Lain dari yang lain.

Artikel berkaitan:

Bagi lauk masakan tengah hari pula, anda boleh cuba masak lemak cili api, ayam kampung, udang galah, dan banyak lagi.

Tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM)

Waktu operasi: 7 am – 2pm

Alamat: Desa Putra, Selangor, (5 minit dari Putrajaya)

Artikel berkaitan: Tempat Makan Best di Putrajaya

Tempat makan best di Semenyih

Shaqhels Kitchen

Kalau anda berada di sekitar Semenyih, apa kata singgah ke Shaqhels Kitchen. Menawarkan pelbagai jenis makanan western yang sedap tahap 5 bintang tetapi pada harga munasabah.

Portion besar, sedap, dan dihias cantik. Menu yang best di sini adalah friesnya yang menggabungkan, fries, ayam, cheese, dan homemade chilli.

Hidangan lain seperti chicken sandwich, burger dendeng, grilled chicken chop juga sedap.

Selain itu masakan tempatan seperti laksa kedah dan kacang pool juga sedap.

Waktu operasi: 13-G, Jalan Semenyih Sentral 2, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor

Alamat: 6 pm – 12 am | tutup pada Isnin

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda cari lokasi sizzling best di Bangi, kalau anda anda cadangan lain atau restoran yang pernah anda cuba, kongsikan di ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!