Tempat Makan

9 Kedai Makan di Bangi yang Wajib Anda Cuba

Banyak juga tempat makan sedap di Bangi. Dari masakan panas, tempatan, Western hinggalah restoran yang menyajikan hidangan dari Korea. Senang cerita, anda tidak akan kelaparan sebaik memasuki bandar yang berada di selatan daerah Hulu Langat ini. Untuk itu, kami senaraikan beberapa kedai makan di Bangi yang boleh anda kunjungi.

Senarai di bawah adalah rekomendasi warga internet dan yang mendapat review positif daripada pelanggan.

#1 Restoran Azura

Kepelbagaian lauk pauk serta masakan panas menjadi salah satu faktor ramainya kehadiran pelanggan ke sini. Pada waktu tengah hari Restoran Azura pasti penuh penuh dengan pelanggan.

Mana tidaknya, ikan bakar, ketam berlada, cencaru, ayam goreng berempah dan aneka gulai disediakan. Tidak hairanlah ia digelarkan tempat makan best di Bandar Baru Bangi.

Pada waktu malam pula, masakan panas seperti nasi goreng ketam adalah menu yang paling digemari pelanggan tetap. Roti canai dan burger turut dijual untuk memenuhi permintaan golongan muda terutama pelajar UKM yang tinggal berdekatan.

Waktu operasi: 24 jam

Alamat: 14, Jalan 3/69, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#2 Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Nama Restoran Ana Ikan bakar Petai sudah tidak asing lagi di Bangi. Untuk mereka yang nak makan malam sedap, anda boleh ke sini dan rasai sendiri keenakan ikan bakar bersama sos petai istimewa mereka.

Boleh dikatakan hampir sediap pelanggan akan order menu ini, tambahan pula anda diberi pelbagai jenis ikan untuk dipilih.

Hidangan sotong goreng tepung, kailan ikan masin, ikan masak steam, dan tomyam campur juga sedap.

Pada bulan Ramadan, restoran ini menjadi tempat berbuka puasa di Bangi yang paling ‘hot’!

Waktu operasi: 5 pm – 12 am

Alamat: lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#3 Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor

Ingin menikmati Nasi Beriani Gam Johor yang asli? Nah, anda tidak perlu ke Johor Bharu, kerana Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor sudah cukup untuk memenuhi citarasa anda.

Lauk seperti gulai kambing/daging, kari, dan lauk berasaskan udang memang sedap. Ayam goreng berempahnya pula mempunyai aroma memikat. Dari jauh lagi anda sudah boleh hidu.

hamydy.wordpress.com

Gabungan wajib beriani gam sudah tentulah nasi istimewanya, gulai, acar timun, ayam goreng, keropok, dan sambal. Tak rugi ke sini.

Waktu operasi: 11 am – 10.30 pm

Alamat: 13, Jalan 15/1c, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#4 Eat & Repeat Cafe Bangi

Unik nama cafe ini. Eat & Repeat Cafe Bangi mengetengahkan konsep seperti restoran rangkaian Boat Noodle di mana setiap menu dihidangkan dalam portion kecil dan murah.

Cafe best di Bangi ini menawarkan pelbagai hidangan tempatan seperti lontong, nasi ayam, nasi putih ayam kunyit/rendang ayam, dan banyak lagi. Kesemuanya dihidangkan dalam mangkuk kecil. Setiap mangkuk berharga RM1.90 sahaja.

Ini adalah bertujuan supaya pelanggan dapat menikmati beberapa menu dalam satu masa.  Eat & Repeat!

Waktu operasi: 12 pm – 10 pm| tutup pada Isnin

Alamat: 10GF, Jalan 15/1f, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#5 Restoran Sup Urat Ketin

Sup Urat Keting memang menjadi kegemaran ramai. Siapa tidak suka akan daging lembut dan lemak kenyal, dihirup pula dengan sup panas.

Anda boleh ke Bandar Baru Bangi untuk menikmati hidangan enak ini.

wahidayatulaswa.blogspot.com

Harga semangkuk sup adalah RM6. Berbaloi kerana banyak daging di dalamnya. Selain urat keting, mereka turut menyediakan sup perut, kaki lembu, dan tulang.

Di makan pula dengan ayam goreng kunyit, telur dadar, dan sambal belacan. Patut lah ramai pelanggan mereka.

Waktu operasi: 7 am – 12 am

Alamat: Bangi, No80, Jalan 7/7a, seksyen7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#6 A & J Western Grill

A & J Western Grill menyediakan pelbagai hidangan western yang menyelerakan. Dari chicken chop, hinggalah ke nachos yang kini menjadi pilihan ramai.

Jika datang beramai-ramai, plater besar yang boleh dikongsi. Dalam plater ini ada nasi goreng, weges, fries, lamb chop, hot dog, dan meatballs.

Sekarang ni kan trend hidangan western dimakan bersama cheese tarik. Kalau anda berada di sekitar Jalan Sungai Merab, singgahlah ke A & J Western Grill untuk menikmati hidangan Cheese Tumpah.

Cheese tumpah adalah di mana lamb, chicken, atau nachos yang dilimpah cheese, kemudian dibakar dihadapan anda.

Ramai juga anak-anak muda datang lepak di sini. Anda boleh selitkan ia sebagai tempat menarik di Bangi pada waktu malam.

Waktu operasi: 12 am – 11.30 pm

Alamat: Lot A24549ARMA, Jalan Sungai Merab, 43000 Kajang

#7 Nasi Kukus Dapur Mama

Nasi kukus memeang sinonim dengan santapan tengah hari bukan? Sekiranya anda berada di sekitar Bandar Baru Bangi, boleh cuba ke Nasi Kukus Dapur Mama. Kata orang, best in town!

Gulai kawah, nenas, dan ayam kampung gorengnya lah yang membuatkan pelanggan sering datang menjamu selera di sini.

Kalau nak tahu, restoran ini mengamalkan sistem seperti KFC dan McDonald’s. Di mana anda bole memesannya dalam set kombo.

Nasi kukus Ayam Berempah (Ada Nenas besar+ Telur Masin + Air ) berharga Rm12.50.

Menarik bukan? Restoran ini turut membuka cawangannya di Kuantan.

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

#8 Warung Kita Bangi

Di Kelantan, hidangan ini dikenali dengan ‘nasi kak wook’ manakala di Kuala Lumpur, ia lebih dikenali dengan Nasi Manggey.

Hampir sma iaitu nasi putih, gulai ayam, bersama ayam goreng yang dipotong kecil.

Warung Kita yang terletak di Jalan Industri Sungai tangas memang popular dengan nasi manggey ini. Selain itu, pelanggan juga boleh memesan nasi berlauk ikan tongkol dan nasi lemak.

Istimewa di sini adalah air kelapa baldi, di mana air kelapanya dihidangkan di dalam sbuah baldi kecil.

Waktu operasi:  9 am – 10 pm

Alamat: Jalan Industri Sungai Tangkas 1, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Bangi, Selangor

#9 Restoran Gulai Kampung Bangi

Restoran Gulai Kampung Bangi juga merupakan kedai makan best di Bangi yang wajib anda cuba. Buat penggemar masakan kampung, anda pasti rambang mata melihat kepelbagaian lauk di sini.

Ikan keli goreng, aneka gulai, ayam goreng, sambal petai, ulam-ulaman, dan bermacam-macam lagi!

Masak lemak merupakan pilihan utama pelanggan. Di makan pula bersama nasi panas dan air asam.

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Restoran-Gulai-Kampung-Bangi/995175917161780  

Alamat:  Seksyen 9 Bandar Baru Bangi

Banyak bukan kedai makan di Bangi yang sedap? Atau anda ada cadangan lain? Sila kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *