Taman Makan

11 Tempat Makan Best di Kuantan

Kuantan memiliki banyak tempat menarik untuk dilawati ketika cuti hujung minggu. Apatah lagi kedudukan ibu negeri Pahang ini dekat dengan pantai. Ini membuatkan banyak aktiviti riada yang boleh anda lakukan bersama keluarga dan rakan. Bercuti di Kuantan memang berbaloi, tapi perut perlu juga diisi. Nak makan di mana? Restoran manakan yang sedap dan berbaloi di Kuantan ini? Oleh ini kami akan senaraikan beberapa tempat makan best di Kuantan untuk melancarkan percutian anda.

Kedai-kedai makan yang bakal kami kongsikan ini sudah terbukti keenakkannya berdasarkan review orang ramai. Bahkan ia juga pernah viral di media sosial. Tanpa membuang masa jom ketahui tempat makan menarik di Kuantan!

#1 MABIQ Restaurant

Kalau nak makan ikan patin tempoyak sedap, anda tak perlu ke Temerloh. Di Kuantan sendiri restoran yang menyajikan hidangan tradisi yang sedap! Anda hanya perlu ke Mabiq Restaurant yang terletak di Tanjung Lumpur.

Restoran ini memang terkenal sebagai tempat makan tengah hari di Kuantan. Pastikan anda datang awal kalau tidak memang susah untuk mendapatkan meja.

Selain ikan patin, antara lauk campur lain yang ada adalah ayam kampung, aneka gulai dan kari, asam pedas, dan banyak lagi.

Waktu operasi: 11am – 4pm

Alamat: 26060 Kuantan, Pahang

#2 Nasi Ayam Aida’s

Antara restoran nasi ayam yang paling popular di Kuantan adalah Nasi Ayam Aida’s. Restoran ini sudah lama beroperasi dan mempunyai dua cawangan di Kuantan.

Hidangannya ringkas sahaja seperti nasi ayam yang biasa kita lihat. Tetapi rasanya sangat berbeza. Kicap dan sos khas Nasi Ayam Aida’s memang memikat selera. Malah, sup dan ayamnya juga diperap sehingga membangkitkan rasa yang menyelerakan.

Anda boleh ke medan selera Kuantan Center Point ataupun sebuah lagi cawangannya di dalam Megamall iaitu di hadapan Golden Screen Cinema.

Waktu operasi: 10am – 10pm

Alamat: Lot 3.09, 3rd Floor, Berjaya Megamall, Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan, Pahang

#3 Restoran Sedap Weh!

Masakan kampung memang menjadi pilihan ramai.  Bagi Restoran Sedap Wehhh Kuantan, mereka menyajikan lebih 50 lauk pauk. Ia merupakan tempat makan best di Kuantan 2018

Antara lauk lain yang dijual adalah daging salai masak kicap, daging salai cili api, kari kambing, masakan ayam kampung dan ikan percik. Semuanya sedap-sedap belaka dan menepati citarasa orang ramai. Sesuai dengan nama restoran ini.

Anda tidak perlu risau jika dikenakan bayaran mahal untuk ikan patin. Restoran Sedap Weh memang murah. Ia cuma berharga RM6 (ekor) dan RM7 (kepala).

Waktu operasi: 11 am – 4 pm

Alamat: Jalan Pintasan Kuantan, Kampung Batu Tujuh, 25150 Kuantan, Pahang

#4 Lila Wadi Restaurant

Nak tahu tempat makan malam best di Kuantan? Lila Wadi lah jawapannya. Restoran ini boleh dikatakan cukup popular di ibu negeri Pahang ini. Ini kerana menyediakan pelbagai hidangan. Dari masakan panas, ala Thai, western, atau steamboat, semuanya ada. Dan yang paling penting.. sedap!

Tetapi menu paling popular di Lila Wadi adalah Mango Cheese Cake dan minuman Pandan Cooler. Jika datang ke sini, wajib order dua menu ini.

pahangkaige.blogspot.com

Suasana restoran ini juga tenang dan bersih. Sesuai kalau nak lepak dan berborak bersama rakan.

Waktu operasi: 4pm – 12am

Alamat: Lorong Selamat 21, Taman Kerjasama, 25050 Kuantan, Pahang

#5 Brotherhood Western & Grill

Penduduk tempatan menggelarkan restoran ini sebagai best western food in Kuantan. Ini bermakna Brotherhood Western & Grill memang benar-benar sedap.

Berbeza dengan restoran seumpamanya yang lain Brotherhood menawarkan lebih banyak pilihan makanan barat seperti aneka pasta, lamb, steak, meatballs, fish & chips, burger, dan lain lain.

anyambakul.blogspot.com

Selain rasanya yang asli dan tidak ditokok tambah, portionnya juga banyak setaraf dengan hidangan hotel 5 bintang.

Penggemar masakan western pasti akan puas hati jika dapat menjamu selera di sini.

Waktu operasi: 4pm – 10.30pm | tutup pada Ahad

#6 Terminal Satay Zul

Tidak lengkap percutian anda sekiranya tidak pekena Satay Zul. Restoran satay paling famous di Pahang ini tidak pernah lekang dengan pelanggan. Pelbagai jenis daging satay yang anda boleh pilih di sini seperti daging lembu, ayam, perut ayam, rusa, dan lain lain.

Kuah kacangnya sungguh menyelerakan dan cukup rasa. Ditambah pula dengan hirisan timun, bawang, serta nasi impit yan lembut.

naza-atai.blogspot.com

Selain satay, anda juga boleh menikmati masakan panas seperti nasi, mee, serta megi goreng.

Waktu operasi: 5.30pm – 12.30am

Alamat: No. A 2600, Jalan Alor Akar, Pahang, 25250 Kuantan

#9 Restoran Hoi Yin

Berjalan-jalan di sekitar Teluk Cempedak, cuba singgah makan mee kari di Restoran Hoi Yin. Restoran ini sudah lama beroperasi dengan menyajikan mee kari paling sedap di Kuantan.

Jangan risau, Restoran Hoi Yin adalah Halal. Bahkan majoriti pekerja dan pelanggannya orang Melayu Islam.

Kuah mee karinya pekat dan cukup rasa. Bahan bahannya seperti fish ball, udang, kerang, dan sayuran memang banyak. Selain itu pelanggan juga diberi pilihan Bihun Kari, lain dari yang lain bukan?

www.hungryonion.org

Harga mee karinyajuga berpatutan iaitu RM4.20 dan RM5.20 bagi hidangan bersaiz besar. Ia boroperasi seawal 7 pagi, jadi kalau anda nak sarapan pagi sedap di Kuantan, datanglah ke sini.

Waktu operasi: 7am – 2.30pm

Alamat: No. 31, Jalan Teluk Cempedak,25050,Kuantan, 25050, Kuantan, Pahang, 25050

#10 Loteng, Teluk Cempedak

Tiada apa yang lebih menyeronokkan selain menjamu selera di tepi pantai. Loteng Cafe yang terletak di tepi Pantai Teluk Cempedak ini menawarkan suasana santai.

Perabot pilihan yang ada di sini juga menarik. Ia menambahkan lagi keunikan restoran ini. Sangat sesuai untuk golongan muda lepak bersama rakan.

Loteng menghidangkan masakan panas tempatan dan western yang menyelerakan. Kalau nak lebih seronok, datang pada malam hari. Loteng menjadi pilihan ramai sebagai tempat sambut birthday di Kuantan. Kalau tempat cantik macam ni mesti seronok dapat sambut hari jadi.

Waktu operasi: 11 am – 12 am

Alamat: Jalan Telok Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

#11 Dapur Mama, Original Nasi Kukus

Negeri negeri Pantai Timur memang terkenal dengan hidangan nasi kukus. Kalau nak yang pure dan original kami sarankan anda ke Dapur Mama yang terletak di Bandar Indera Mahkota.

Apa yang menarik di sini adalah ayam goreng berempahnya yang enak. Ditambah pula dengan kuah gulai kawah, ikan goreng, ayam merah, pajeri, dan banyak lagi.

Untuk menambahkan lagi keenakkan nasi kukus ini, anda bakal menikmatinya di dalam bungkusan beserta daun pisang.

Suasana restorannya juga menarik, jauh beza dengan warung nasi kukus lain. Sesuai sekali dijadikan tempat berbuka puasa di Kuantan.

Waktu operasi: 10am – 11pm

Alamat: 36, Jln IM 6/7, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Bukan main banyak lagi tempat makan best di Kuantan. Makanan di negeri Pahang ini memang sedap kerana mendapat pengaruh dari masakan Terengganu dan Kelantan. Jadi kalau anda bercuti di Kuantan, bab makan memang puas hati. Atau anda ada cadangan tempat makan lain yang kami tidak tahu, sila kongsikan di dalam ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!