Tempat Makan Tengah Hari Best di Kuantan

Pahang sememangnya merupakan salah satu negeri yang kaya dengan khazanah eko pelancongan. Negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia ini memiliki segala macam tarikan pelancongan dari tanah tinggi hinggalah ke pantai yang indah. Ibu negeri Pahang, Kuantan, tidak kurang juga hebatnya. Banyak tempat tempat menarik yang boleh anda lawati. Sekiranya anda bercuti di Kuantan, dan tertanya-tanya tempat makan sedap. Lebih-lebih lagi waktu tengah hari, perut berkeroncong selepas penat berjalan. Kami akan cadangkan beberapa tempat makan tengah hari best di Kuantan yang boleh anda terjah.

Yelah, tak semua kedai makan yang ada itu sedap dan kena dengan selera kita. Senarai yang bakal kami kongsikan ini merupakan restoran yang dinilai tinggi oleh pelanggan. Ia sering menjadi buah mulut orang ramai.

Kami sertakan juga alamat dan peta Google Maps untuk memudahkan anda mencari lokasi restoran di bawah.

#1 MABIQ Restaurant

Bagi mereka yang tergila-gila akan hidangan ikan patin tempoyak, anda boleh merasai masakan istimewa ini di restoran Mabiq di Tanjung Lumpur. Restoran ini memang popular dikalangan penduduk tempatan.

Harga ikan patin pun berpatutan, hanya sekitar RM4 hingga RM7 sahaja.

Apa lagi yang ada di Mabiq Restaurant selain ikan patin tempoyak? Banyak! Masakan kampung seperti asam pedas, aneka gulai, ikan patin bakar, ayam kampung, dan ulam-ulaman juga menjadi pilihan pelanggan.

Waktu tengah hari memang penuh dengan pelanggan. Anda kena datang seawal 12 pm untuk mendapatkan meja.

Waktu operasi: 11 am  – 4 pm

Alamat: RESTORAN MABIQ 2, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang (Google Maps Location)

#2 Restoran Sedap Weh!

Sajian masakan kampung memang menjadi pilihan ramai untuk santapan tengah hari. Bagi Restoran Sedap Weh, mereka menyajikan lebih 50 lauk pauk untuk makan tengah hari. Ia merupakan tempat makan best di Kuantan 2018

Antara lauk lain yang dijual adalah daging salai masak kicap, daging salai cili api, kari kambing, masakan ayam kampung dan ikan percik. Semuanya sedap-sedap belaka dan menepati citarasa orang ramai. Sesuai dengan nama restoran ini.

Anda tidak perlu risau jika dikenakan bayaran mahal untuk ikan patin. Restoran Sedap Weh memang murah. Ia cuma berharga RM6 (ekor) dan RM7 (kepala).

Waktu operasi: 11 am – 4 pm

Alamat: Jalan Pintasan Kuantan, Kampung Batu Tujuh, 25150 Kuantan, Pahang (Google Maps Location)

#3 Akob Patin House

Sebuah lagi restoran yang menyajikan hidangan asli Pahang iaitu patin tempoyak adalah Akob Patin House. Restoran ini pernah menjadi pilihan rancangan tv terkenal, Jalan Jalan Cari Makan (JJCM).

Kalau dah masuk JJCM, maknanya gulai patin tempoyak di sini memang sedap! Bezanya dengan restoran lain, Akob Patin House tidak menggunakan kunyit dengan banyak. Kerana ia boleh menghilangkan rasa tempoyak.

KUALA LUMPUR 08 JULAI 2018. Akob Patin House 2, Kuantan Pahang. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

Jika anda bukan penggemar ikan sungai ataupun tempoyak, jangan risau kerana banyak lagi lauk lain yang boleh anda cuba. Seperti daging salai, gulai lemak pisang, gulai lemak rebung, gulai lemak pucuk paku dan aneka ulam.

Waktu operasi: 8.30 am – 6 pm | Tutup pada Ahad

Alamat: 25000 Kuantan, Pahang (Google Maps Location)

#4 Warung Aja

Mungkin ia tidak merah dan tempat duduknya tidak selesa berbanding dengan restoran lain. Tetapi Warung Aja memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Warung Aja menghidangkan kira-kira 80 jenis lauk setiap hari.

Banyak bukan? Bermacam-macam lauk yang anda boleh pilih dari masakan kampung seperti gulai dan ulaman hinggalah ke ayam lemon dan butter prawn.

Menariknya menu-menu ini setiasa bertukar ganti supaya pelanggan tidak bosan. Selain lauk pauk, Warung Aja turut menjual puluhan kuih tradisional.  Memang rambang mata sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.

Tak susah pun nak cari Warung Aja ni, ia bertentangan dengan Masjid Bukit Setongkol.

Waktu operasi: 8 am – 5 pm |Tutup pada Ahad

Alamat: Jalan Bukit Setongkol, Taman Bukit Setongkol Indah, 25200 Kuantan, Pahang (Google Maps Location)

#5 Mustafa Cendol

Setelah penat berjalan mengelilingi bandar Kuantan yang menarik ini, basahkan anak tekak anda dengan Mustafa Cendol yang terletak di Jalan Teluk Sisek. Cendolnya bukan sahaja padu tetapi meriah dengan bahan-bahan di dalamnya.

Ada 13 jenis cendol yang boleh anda pilih seperti cendol jagung, kacang, durian, dan banyak lagi.

Jika perut berkeroncong, usah bimbang Mutafa Cendol tidak hanya menjual cendol sahaja. Mereka turut menghidangkan rojak ayam/mee, mee/kueh tiaw goreng.

Waktu operasi: 11 am – 4 pm

Alamat: Lot 9744, Jalan Teluk Sisek, Taman Selamat, 25000 Kuantan, Pahang (Google Maps Location)

#6 Nasi Minyak Eda Yasin

Susah sebenarnya nak cari nasi minyak sedap selain di majlis perkahwinan. Tetapi di Kuantan, Nasi Minyak Eda Yasin menjadi pilihan orang ramai untuk santapan tengah hari.

Waktu-waktu panas sekitar 1pm-2pm anda boleh lihat orang ramai mula berkunjung ke restoran ini. Ada yang sanggup beratur panjang untuk menikmati nasi minyak yang menyelerakan ini.

Dek kerana keenakkannya, Nasi Minyak Eda Yasin pernah mendapat liputan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM).

Ia mula beroperasi seawal 6.30 pagi, kalau anda nak sarapan pagi sedap di Kuantan, datanglah ke sini.

Waktu operasi: 6.30 am – 2 pm

Alamat: Jalan Tanjung Api, Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang (Google Maps Location)

#6 Loteng, Teluk Cempedak

Tiada apa yang lebih menyeronokkan selain menjamu selera di tepi pantai. Loteng Cafe yang terletak di tepi PantaTeluk Cempedak ini menawarkan suasana santai.

Perabot pilihan yang ada di sini juga menarik. Ia menambahkan lagi keunikan restoran ini. Sangat sesuai untuk golongan muda lepak bersama rakan.

Loteng menghidangkan masakan panas tempatan dan western yang menyelerakan. Kalau nak lebih seronok, datang pada malam hari. Lebih nyaman dan menyegarkan. Kalau nak makan malam sedap di Kuantan, di sinilah tempatnya.

Waktu operasi: 11 am – 12 am

Alamat: Jalan Telok Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang (Google Maps Location)

Tempat makan malam best di Kuantan

Mak Jemoh Cafe

Namanya mungkin agak kekampungan tetapi, Mak jemoh Cafe merupakan salah satu kafe hipster di Kuantan. Dekorasinya sunggu menarik dan menenangkan. Makan di sini terasa seperti menjamu selera di dalam taman.

Kafe ini menghidangkan masakan western seperti burger, spaghetti, hot dog, meat balls, dan lain lain.

Nah, kalau anda tercari-cari tempat sambut birthday di Kuantan, lokasi best yang boleh anda buat adalah di Mak Jemoh Cafe.

Waktu operasi: 5 pm – 12 am | Tutup pada Selasa

Alamat: Jalan Beserah, Taman Seaview, 25300 Kuantan, Pahang (Google Maps Location)

Tempat makan best di Gambang

Jika anda dalam perjalan menuju ke Taman Tema Air Gambang, anda boleh singgah makan di:

Nasi Padang Tanamo

Restoran ini menyajikan masakan dari Indonesia popular iaitu nasi padang. Banyak pilihan lauk yang boleh dimakan bersama nasi putih. Antaranya ayam goreng, ayam balado, tempe, dan sebagainya.

Waktu operasi: 7 am – 7 pm

Alamat: Kampung Melayu Gambang, 26300 Gambang, Pahang (Google Maps Location)

Nah, itu dia antara tempat makan tengah hari best di Kuantan. Makanan di Pahang ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh makanan Terengganu dan Kelantan. Ini berikutan ramai penduduk dari kedua negeri ini bermastautin di Pahang. Jika anda ada cadangan tempat makan lain, boleh nyatakannya dalam ruangan komen di bawah.

Comments (2)

  1. Aniza khairi March 30, 2019
    • Aniza khairi March 30, 2019

Leave a Comment!