Bila kita sebut tentang Pahang pasti tempat-tempat peranginannya yang muncul di fikiran. Maklumlah, negeri Pahang mempunyai lokasi percutian yang pelbagai. Ia meliputin tanah tinggi, pantai yang indah, bukit bukau, serta tasik semula jadi. Namun bagaimana pula soal makanan ya? Makanan di negeri mempunyai banyak pengaruh dari Terengganu dan Kelantan.
Kalau nak tahu makanan sedap di Kuantan teruskan membaca artikel ini. Kerana kami akan senaraikan antara tempat makan sedap yang harus anda terjah sekiranya berada di sana kelak.
#1 Lila Wadi
Jika ingin menikmati hidangan yang pelbagai, kami cadangkan anda ke Lila Wadi Restaurant yang terletak di Lorong Selamat. Cukup popular di Kuantan kerana menyediakan pelbagai juadah dari masakan tempatan, ala Thai, western, steamboat, dan lain-lain.
Portionnya yang besar, dan setiap menunya dihias cantik. Dari segi rasa memang mantap. Jika tidak, masakan restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan.
Hidangan pencuci mulut seperti mango cake juga harus anda cuba. Customers’s favorite katanya.
Selain itu persekitarannya yang kondusif, ringkas, dan elegan juga membuatkan mengapa ia sering menjadi pilihan warga Kuantan untuk lepak. Ia adalah tempat makan malam menarik di Kuantan.
Waktu operasi: 5 pm – 12 am
Alamat: Lorong Selamat 21, Taman Kerjasama, 25050 Kuantan, Pahang
#2 Nasi Ayam Aida’s
Orang Kuantan pastu sudah tahu akan keenakan nasi ayam Aida’s Corner. Kelembutan nasi dan keenakan ayamnya sudah tidak dapat disangkal lagi. Ditambah pula dengan gabungan kicap dan sos istimewa.
Sesiapa sahaja pasti akan terpegun akan rasanya. Dari luaran, nampak seperti nasi ayam yang biasa kita makan. Tapi percayalah rasanya sangat sedap dan sempurna.
Tambahan pula, harganya sangat berpatutan. Anda boleh temui restoran Aida’s Corner di dalam Berjaya Megamall (berhadapan GSC Cinema) dan di food cout Kuantan Centerpoint.
Alamat: 3rd Floor, Berjaya Megamall, Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan, Pahang
#3 Jaman Tory Resepi
Agak unik nama restoran ini, begitu juga dengan hiasan dalaman, dan menunya. Restoran Jaman Tory Resepi menyediakan juadah kampung, khususnya menu yang sinonim dengan negeri Pahang iaitu tempoyak ikan patin.
Masakan kampung di sini memang mantap! Daging salai masak lemak, ayam kampung goreng, dan ulam-ulaman menjadi pilihan pelanggan. Jangan lupa untuk mencuba spaghetti kan patin ya? Pilihan minumannya juga menarik.
Waktu operasi: 12 pm – 1 pm
Alamat: Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
#4 Sara Thai
Hidangan ala Thai memang menjadi kegemaran kita semua bukan? Siapa tidak suka akan keenakan tomyam campur, siakap masa steam, kailan ikan masin dan sotong tepung?
Sekiranya anda nak makan tengah hari sedap di Kuantan, singgahlah ke Sara Thai yang terletak di Jalan Gambut.
Ikan siakap tiga rasa cukup popular di kalangan pelanggan. Boleh dikatakan semua masakan yang berasaskanseafood memang terbaik. Anda patut cuba Sotong GOreng Kari, dan Lala Sos Tiram.
Harga makanan di sini juga sangat berpatutan berbanding restoran seumpamanya yang lain. Dan, jauh lebih murah dari Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 1 pm – 11 pm
Alamat: Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang
#5 Kula Cakes
Untuk penggemar pencuci mulut pula, pastikan anda singgah ke cafe Kula Cakes. Kalau nak tahu, ia pernah menjadi viral kerana keenakan mango cheesecake. Kedai kek yang merupakan sebahagian daripada restoran Lila Wadi ini memang popular.
Pasti ada sahaja kunjungan pelanggan. Ada yang sanggup beratur demi mendapatkan sekeping mango cheesecake.
Selain mango cheesecake, terdapat beberapa jenis kek yang wajib anda cuba seperti red velvet, nutella pavlova, rainbow cake, dan banyak lagi.
Dekorasi kedai ini juga menarik. Sesuai untuk kaki Instagram yang ingin memuatkan gambar berlatar belakangkan persekitaran cantik.
Waktu operasi: 1 pm – 9 pm
Alamat: 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
#6 Selera Mangkuk Tok Wan
Menu ikan patin masak tempoyak sudah tidak dapat dipisahkan dengan Pahang bukan? Ramai yang menggemari hidangan ini, dan sekiranya anda salah seorang dari mereka, datanglah ke Selera Mangkuk Tok Wan.
Apa yang membezakan ikan patin tempoyak di sini dengan di restoran lain adalah kerana Selera Mangkuk Tok Wan menghidangkannya dalam claypot.
Patin Tempoyak Claypot di sini memang terbaik. Kelebihan menghidangkannya dalam claypot adalah untuk mengekalkan kepanasan dan aroma. Di makan pula dengan nasi putih dan ulam ulaman. Wow!
Harganya Cuma RM12, murah bukan? Ikannya segar dan besar, serta kuahnya pula pekat dan secukup rasa. Restoran ini turut dicadangkan oleh saluran Youtube popular, Padu Beb!
Waktu operasi: 8 am – 5 pm | tutup pada Ahad
Alamat: 53-59, Lorong IM 5/2, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
#7 Burgerak
Dah bosan makan burger Ramli? Apa kata anda cuba pula hidangan burger di Burgerak. Patty burgernya dibuat menggunakan ramuan sendiri. Banyak juga pilihan burger yang disediakan mereka. Antaranya yang menggunakan patti daging, ayam, dan daging.
Mash & Banger juga tidak kurang hebatnya, iaitu menu sosej, kentang lenyek, bersama brown sos.
Untuk anda yang datang lepak bersama kawan-kawan, set western lambak lah yang patut anda order. Set Wastern Lambak ini menggabungkan spaghetti, kentang goreng, chicken chop, roti, nachos, dan lain lain dalam satu dulang. Menarik bukan? Tidak hairanlah sekiranya Burgerak menjadi kedai burger sedap di Kuantan.
Waktu operasi: 7 am – 12 am | tutup pada Ahad
Alamat: 4A, Jalan Besar, Kuantan, Pahang.
#8 Zam Zam Arabic Food
Restoran Zam Zam sudah sinonim dengan warga Kuantan. Dahulunya merupakan restoran mamak biasa dan kini sudah dinaik taraf menjadi restoran makanan Arab. Boleh dikatakan semua jenis hidangan Arab boleh anda temui di sini.
Dari ayam tandoori, roti baba ghanouj, humus, lamb haneeth, dan nasi mandi. Semuanya diperap dan dimasak menggunakan rempah ratus khas dan original.
Roti canai biasa pun ada di jual di sini serta cawangannya di Jalan Beserah. Ramai yang mengatakan Zam Zam menjual roti canai sedap Kuantan.
Waktu operasi: 10 am -10 pm
Alamat: Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang
#9 Restoran Sedap Weh!
Restoran Sedap Wehhh! Menyajikan masakan kampung. Lebih 50 lauk pauk untuk makan tengah hari. Ia merupakan tempat makan best di Kuantan 2018.
Antara lauk lain yang dijual adalah daging salai masak kicap, daging salai cili api, kari kambing, masakan ayam kampung dan ikan percik. Semuanya sedap-sedap belaka dan menepati citarasa orang ramai. Sesuai dengan nama restoran ini.
Harganya juga sangat berpatutan, mungkin sebab itu jugalah ramai yang makan di sini.
Waktu operasi: 11 am – 4 pm
Alamat: Jalan Pintasan Kuantan, Kampung Batu Tujuh, 25150 Kuantan, Pahang
#10 Koko Cafe
Apa lagi makanan sedap di Kuantan? Nah, cuba anda ke Koko Cafe yang terletak di Jalan Air Putih. Koko Cafe adalah sebuah cafe hipster yang menawarkan pelbagai jenis cake, biskut, dan pencuci mulut yang enak dan cantik.
Kami pasti anda akan rambang mata bila tengok semua pencuci mulut yang dipaparkan.
Selain itu hidangan spaghetti dan roti turut menjadi pilihan pelanggan.
Koko Cafe juga boleh dijadikan sebagai tempat sambut birthday di Kuantan. Bukan sahaja makanannya menarik, bahkan dekorasinya juga menawan. Ala-ala English style dan sesuai untuk dimuatkan di dalam akaun Instagram anda.
Waktu operasi: 10 am – 11 pm
Alamat: B-880, Jalan Air Putih, Kuantan, 25300 Kuantan, Pahang
#11 Ana Ikan Bakar Petai
Ana Ikan Bakar Petai adalah restoran ikan bakar sedap di Kuantan. Terletak di Tanjung Lumpur iaitu kawasan yang penuh dengan restoran masakan laut, menyajikan pelbagai menu berasaskan seafood.
Sotong, ketam, udang, ikan, dan lala semuanya segar-segar belaka. Dimasak pula dengan ala Thai, bertambah-tambahlah selera anda sekeluarga di saat makan malam di sini.
Menu popular di sini adalah ikan bakar petai, yang menggunakan rempah istimewa dan dicampur dengan petai untuk meningkatkan aroma.
Waktu operasi: 5 pm – 12 am
Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Semoga senarai makanan sedap di Kuantan berserta lokasinya ini dapat memberi idea kepada anda untuk menjamu selera sekiranya berada di Kuantan.