Hotel di Bangi

Hotel Terbaik di Bangi – 5 Days Trip ( < RM 220 )

InsyaAllah, artikel ini saya tulis 5 November 2019, jam 3 22 pagi. Sebab nak prepare untuk ke Bangi 10 haribulan ni dengan wife, tolak daripada Kota Bharu.

Sebenarnya, trip ni trip kursus wife saya di Bangi. Kursus tu agak lama juga dalam 5 hari. So alang alang menyeluk pekasam, dengan hotel pun boleh di claim, trip perjalanan pun boleh claim, boleh la saya menyeluk saku kan.

So saya plan untuk teman wife, sambil cuba cuba sebanyak hotel yang boleh. Cewah, rasanya 2 atau 3 sahaja lah. Saya pun malas juga nak pack unpack setiap tengah hari pula kan.

Berikut adalah syarat syarat yang saya dan wife saya tetap kan:

  1. hotel mesti tak lebih RM 220
  2. wife cakap dia nak saya yang ada breakfast – macam susah ni
  3. saya pula asalkan ada meja untuk saya buat kerja
  4. dan wifi speed yang laju sampai ke bilik
  5. dan terakhir, tak jauh sangat daripada INFRA ( tempat training wife saya nanti )

Saya Terus Rujuk Booking.com

Apa lagi kan, memang biasa saya akan rujuk Booking. Agoda saya memang tak pernah guna sebenarnya. Tapi booking pun kadang kadang saya jadi hangin juga nak guna, sebab harga tempahan lain bila dah sampai. Tu yang kadang kadang malas tu.

walaubagaimana pun..

Sebaik sahaja saya rujuk Booking.com, hotel yang pertama Booking.com cadangkan ialah Tenera Hotel. Saya pun tak pasti kenapa hotel ni nama macam ni. Tapi yang saya tahu, ia hotel baru sebab bila saya tengok Google Map, gambar nya macam di bawah ni.

Terkejut juga kan, tapi itu lah. Ini gambar lama. 2015 lagi. So hotel Terena Hotel antara hotel yang baru siap. Bila saya refer Booking.com, banyak juga review yang positif.

Dari Segi Location – Terena Hotel

TAK OK, sebab hotel ni betul betul di tengah tengah kawasan perindustrian. Nak buat apa kami nanti sana. Tapi tak mengapalah, saya cuba stay dalam 2 malam di sini dulu. Lepas tu, baru cuba hotel lain terutamanya di area Bandar Baru BangiSebab kalau anda tengok artikel Hotel Bajet Bangi ni, memang tersangat lah banyak, dan kebanyakannya ada di Bandar Baru Bangi.

so saya stay di Tenera dulu ya. Hotel ni pun tak jauh dengan tempat wife nak training, lebih kurang 13 minit. Lagi pun daripada 5 faktor yang saya listkan tadi, rasa 4 daripada 5 tu kena. Meja untuk saya buat kerja pun segak. Cuma mungkin harga tu lebih sikit. Bajet nya mesti RM 220

Lagipun, hotel ni hotel baru, so saya nak merasa lah juga barang baik. Dan kalau anda tengok kan gambar gambar di bawah ni mesti rasa OK juga untuk saya try hotel ni.

Hotel Kedua – Saya Tak Sure Lagi

Haah, saya pun tak pasti lagi hotel kedua mana nak stay. Sempat kalau boleh saya nak pusing pusing dahulu. Saya pun tak pasti nak stay mana, sebab ikutkan google map kawasan tumpuan nya ialah sama ada di:

  • ioi shopping mall – ni banyak hotel mahal lebih bajet 220
  • area alamanda – ni banyak hotel mahal lebih bajet 220
  • serdang – nak kena lalui highway, jenuh juga kalau ada toll nanti
  • bandar baru bangi – ni best option, tapi kena bagi saya jalan jalan dulu
  • pekan kajang – ni pun jauh juga, macam banyak tempat makan best

Sebab saya terikat dengan jarak dengan tempat training wife yang tak boleh jauh sangat. Kalau saya sewenang nya pilih hotel bajet di bandar baru bangi, rasa rugi pula spend kan dalam 80 ringgit bila boleh bagi dia up sampai 220 kan.

Dan saya pun suka hotel yang ada breakfast ni, nak tulis review punya pasai kan.

apa apa berikut,  berikut adalah antara senarai shortlist saya

  1. Lagenda Express
  2. Avenue Bangi Hotel
  3. 9 Square Hotel – Bangi
  4. Grand Sri Lagenda
  5. Bangi Perdana Hotel
  6. ayuni hotel bangi
  7. 9 square hotel bangi
  8. 101 hotel bangi
  9. best view hotel bangi
  10. bangi avenue hotel

Saya juga perasan, ada antara hotel hotel yang di atas macam nama dua. Mungkin hotel ni baru nak mula, jadi namanya di Booking.com dan Google Map sudah lain. Yang saya bold kan di atas adalah antara pilihan yang terbaik, mungkin selepas saya nginap di Terena akan try di hotel yang 4 ini pula.

Tak sure lagi. InsyaAllah, doakan perjalanan saya selamat, nak guna keta wife, sebab nak jimat millage. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!