Bangi

Steamboat Best di Bangi

Hidangan steamboat dan grill sudah menjadi kegemaran kita semua. Mana tidaknya, siapa tidak suka akan aneka jeni makanan laut, daging, ayam, dan kambing yang sudah diperap? Lauk-lauk ini pula di grill dan direbus di meja kita sendiri. Seronok sekali! Sudah banyak restoran seumpama ini dibuka. Kalau anda mencari restoran steamboat best di Bangi, baca artikel ini sehingga habis.

Siapa tidak suka ‘main masak-masak’ kan? Tambahan pula semua lauk-lauk ini dicicah dengan pelbagai jenis sos berlainan. Sambil menjamu selera, sambil berborak santai bersama keluarga dan rakan.

Terdapat beberapa kedai steamboat best di Bangi. Kesemuanya menawarkan puluhan jenis lauk dan sos. Malah, harganya juga amat berpatutan dan munasabah.

Ninja Boy Steamboat and Grill

Ninja Boy Steamboat and Grill adalah salah satu restoran seumpamanya yang menjadi pilihan penduduk di sini. Mendapat rating yang amat baik dari Google review.

Apa yang menarik di Red Wok? Ia menggunakan konsep popular iaitu “eat all you can” iaitu makan sebanyak mana yang anda mahu pada satu harga.

Pelbagai jenis lauk disediakan seperti aging, ayam, isi ikan, udang, sayuran, dan yong tau foo. Rempah yang digunakan untuk perap ayam/daging/kambing juga sedap. Boleh membangkitkan aroma sewaktu digrill.

Artikel berkaitan: Makette Steamboat & Grill Tempat Makan Sedap Kota Bharu

Selain grill, anda juga boleh rebus makanan dengan sup dan tomyam enak mereka. Pilihan pencuci mulut seperti aiskrim, puding, dan kek juga membuatkan anda rambang mata!

Suasana restoran juga padu. Amat selesa, bersih, dan teratur. Sesuai untuk keluarga besar bersama anak kecil.

Harga Ninja Boy Steamboat and Grill

  • Dewasa  – RM38
  • Kanak-kanak – RM20
  • Pelajar – RM29
Lokasi: Google Maps

Waktu operasi: 12 pm – 10 pm

Artikel berkaitan:

Asap Steamboat & Grill

Restoran steamboat sedap di Bangi yang seterusnya adalah ASAP Steamboat & Grill yang terletak di Jalan Tempinis.

Dekorasi restoran ini cukup unik di mana premis ini dibina menggunakan kontena, kena dengan konsep hipster sekarang. Restorannya juga terbuka, jadi tidaklah terlalu panas sewaktu menggril.

Dengan harga RM55 seorang, harga ini sudah cukup murah kerana anda dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk dan aneka perapan.

Penggemar seafood mesti seronok jika dapan menjamu selera di sini. Makanan laut seperti udang, sotong, ketam, kepah, kerang, dan lain-lain tersedia untuk anda. Semuanya segar-segar belaka.

Manakala daging/ayam/kambing juga memilik beberapa jenis perapan seperti BBQ, madu, blackpepper, dan Asap Madu.

Untuk dessert pula, anda boleh menjamu aiskrim dengan beberapa topping, ABC yang boleh dikisar sendiri, dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan steamboat, Asap turut menyediakan masakan panas, spaghetti, dan nasi sup!

Dekorasi restoran ini cukup unik di mana premis ini dibina menggunakan kontena, kena dengan konsep hipster sekarang. Restorannya juga terbuka, jadi tidaklah terlalu panas sewaktu menggril.

Restoran ini juga menjadi salah satu tempat menarik di Bangi pada waktu malam dek kerana suasananya yang happening.

Harga ASAP Steamboat Bangi:

  • Dewasa: RM55
  • Kanak-kanak: RM26
Lokasi: Google Maps

Waktu operasi: 6 pm – 12 pm | tutup Isnin

Bangi Village Steamboat (TUTUP)

*Resraurant ini sudah tutup, anda boleh pergi ke Azrell Steamboat dan Grill yang paling dekat dengan Bangi Village Steamboat ini.

Steam sedap dan murah yang popular adalah Bangi Village Steamboat. Menawarkan cuma RM25 untuk dewasa, dengan harga ini anda boleh makan sampai puas.

Bangi Village Steamboat menawarkan 3 jenis steamboat iaitu:

  • Steamboat Buffet
  • BBQ Steamboat
  • Steamboat Set

Anda boleh makan sepuasnya, daging/ayam/kambing juga sudah diperap menggunakan rempah istimewa. Makanan laut seperti udang, kerang, ketam, dan lain-lain bersaiz besar dan dijamin segar.

Kalau anda nak makan masakan panas pun boleh. Bangi Village Steamboat menyediakan nasi goreng chiangmai, nasi goreng patkapau (kegemaran ramai),mee hailam, dan banyak lagi.

Harga Bangi Village Steamboat

  • Steamboat Buffet – Dewasa RM25 | Kanak kanak RM12 (4 -12 tahun)
  • BBQ Steamboat – Dewasa RM28 | Kanak kanak RM15 (4 -12 tahun)
Samurai Yakiniku

Restoran ini cukup popular sehinggai memiliki beberapa buah cawangan di beberapa negeri. Menghidangkan makanan Jepun, dan pelanggan boleh pilih range harga mengikut bajet.

Set kayangan dengan daging wagyu hinggalah set biasa yang amat berpatutan dan berbaloi.

Apa membuatkan ia lain dari yang lain adalah anda membakar daging menggunakan arang dan bukannya dapur gas. Jadi aroma ‘grill’ tu lebih memukau.

Ada pelbagai pilihan daging dan ayam bersama sos istimewa. Menu lainsemerti ramen, nasi, chicken wings, enoki roll, dan banyak lagi. Highly recommended!

Harga Samurai Yakiniku

  • Samurai Buffet (6 Menu unlimited refill) – RM29
Lokasi: Google Maps

Waktu operasi: 11:30 am–11 pm | tutup pada Rabu

Steamboat Antarabangsa (TUTUP)

Steamboat Antarabangsa yang terletak di Jalan Medan Pusat Bandar 4A juga tidak kurang hebatnya. Menjadi pilihan golongan remaja kerana harganya yang murah.

Juga menggunakan konsep ‘eat all you can’ anda boleh ambil sebanyak mana yang anda suka. Daging, ayam, seafood, dan yong tau foo, semua sudah tersedia untuk disambar pelanggan.

Rempah perapannya juga sedap. Di sini, pelbagai jenis mee yang boleh anda rebus dalam tomyam, paling popular sudah tentulah bihun dan yee mee!

Seronok main masak-masak dan menjamu selera. Namun jangan leka di mana setia 100g lauk yang tidak habis bakal dikenakan sebanyak RM10 tau. Jadi berpada-padalah. Orang tamak selalu rugi.

Untuk juga datang ke sini, sedap dan murah.

Harga Steamboat Antarabangsa

  • Dewasa: RM25
  • Kanak-kanak: RM12

Chak’z 1964 – Steamboat & Grill Putrajaya

Kami selitkan juga steamboat murah di Putrajaya, kerana jaraknya dari Bangi cuma 20 minit sahaja.

Chak’z Steamboat & Grill yang terletak di Presint 3 juga agak terkenal dengan keenakan perapan ayamnya. Malah, dekorasi restorannya juga lebih cantik dan alatan menggril agak moden. Sesuai untuk anda muat naik di media sosial.

Pilihan daging/kambing, yong tau foo, seafood memang banyak. Kalau anda tengok sos pencicahnya, wow. Mesti rambang mata sebab tak tahu nak pilih yang mana satu.

Kami syorkan anda cuba kuah tomyamnya sebab air rebusan. Sedap, dan tidak terlalu pedas.

Harga Chak’z Steamboat & Grill Putrajaya

 

Update > Ada 3 Lagi Pilihan Untuk Kedai Makan Best di Bangi

Steamboat Murah Ampang

Nah, itu dia antara steamboat best di Bangi. Seronok kalau dapat makan steamboat ni. Kalau anda ada cadangan lain, sila nyatakan dalam ruangan komen di bawah.

One Reply to Steamboat Best di Bangi

Leave a Reply to ain Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!