Bangi merupakan sebuah bandar di selatan daerah Hulu Langat, Selangor. Terletak kira-kira 38 km dari bandaraya Kuala Lumpur, Bangi menjadi salah satu nadi pembangunan Selangor yang turut menyumbang dari segi keindahan alam sekitar, pembangunan, dan termasuklan dari sudut pelancongan. Jom lihat antara tempat menarik di Bangi yang boleh anda terokai.
#1 Tasik Cempaka
Merupakan sebuah puat rekreasi orang awam yang cukup popular di Bangi. Dengan keluasan hampir 17 hektar ini, pelbagai kemudahan riadah disediakan.
Pengunjung boleh melakukan aktiviti fizikal seperti berbasikal, bersenam, berjogging, malah terdapat sebuah taman permainan besar untuk anak-anak.
Tidak cukup dengan itu, tasik buatan seluas 6 hektar ini cukup indah dengan berlatar belakangkan tumbuhan hijau yang menenangkan jiwa.
Alamat: 5, Jalan 1/7d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
#2 Bangi Gateway
Tempat shopping di Bangi yang sering menjadi pilihan penduduk tempatan serta orang luar. Lebih 200 premis perniagaan di buka. Menjual pelbagai jenis barangan dari pakaian, aksesori, elektronik, butik berjenama, serta restoran rangkaian popular.
Tak boring kalau datang membeli-belah di sini kerana semua yang anda inginkan ada dijual.
Waktu operasi: 10 am – 10 pm
Alamat: Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
#3 Bangi Wonderland Themepark & Resort
Bangi Wonderland merupakan sebuah lagi tempat mandi di Selangor yang bakal menceriakan hujung minggu anda sekeluarga. Taman tema ini menawarkan 16 tarikan menyeronokkan untuk anda rasai bersama yang tersayang.
Antaranya adalah:
- Family
- Pirate Spa
- Water Cannon
- Surf Rider
- Kid Adventure
- Body Slide
- Spiralax
- The Fall
- Anaconda Trail
- Insane Racer
- Wonderloop
- Green Pearl
- Pirates Bay
- Boomeriang
- Magic Funnel
Taman tema airnya lengkap dengan taman permainan dan beberapa jenis gelongsor yang mencabar adrenalin anda!
Jangan lupa untuk bermandi-manda di pantai yang lengkap dengan ombak buatan!
Selain itu Bangi Wonderland juga tersedia dengan resort sekiranya anda ingin bermalam di sini.
Harga tiket: Dewasa RM57.65 | Kanak kanak RM47.15 | W. Emas RM29.35
Waktu operasi: 11 am – 6 pm | tutup pada Selasa
Alamat: Jalan Bangi Avenue 1/2, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor
#4 Taman Paku Pakis UKM
Alangkan indahnya jika sekali sekala kita tukar selera dari berhibur di shopping mall dengan bersiar-siar di taman yang menghijau.
Kami percaya anda akan dapat menikmati hari yang berkualiti sekiranga bersiar-siar sambil menghirup udara segar di Taman Paku Pakis UKM.
Untuk pengetahuan ia merupakan taman pertama di Malaysia, ditubuhkan sebagai tempat pemuliharaan, penyelidikan, serta untuk orang ramai mendapat informasi tentang tumbuhan beriklim tropika.
Harga tiket: Percuma
Alamat: Taman Paku Pakis UKM, 43600 Bangi, Selangor
#5 Taman Saujana Hijau
Terletak di Putraja, tetapi ia cuma 30 minit sahaja dari Bangi. Tak rugi pemanduan anda kerana Taman Saujanan Hijau memang indah dengan tumbuhan hijau dan taman berlandskap memukau.
Paling menarik di sini adalah deretan pokok pine di kawasan pejalan kaki. Cukup indah dijadikan sebaga tempat fotografi.
Dengan 3 zon utama iaitu Taman Inggeris, Taman Oriental dan Taman Eropah, lawatan anda ke sini pasti berbaloi.
Harga tiket: Percuma
Alamat: Presint 11, Putrajaya 60520, Malaysia
#6 Evo Mall
Tempat menarik di Bangi waktu malam pula sudah tentulah di Evo Mall. Pusat membeli-belah yang baru dibuka ini dipenuhi dengan bermacam-macam kedai jualan.
Anda boleh datang jalan-jalan, membeli belah di butik berjenama, ataupun menjamu selera di restoran menarik di sini.
Suasana waktu malam lembih meriah terutama di kawasan pejalan kaki dengan hiruk pikuk orang ramai di restoran berdekatan.
Waktu operasi: 10 am – 10 pm
Alamat: 9, Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
#7 Restoran Ana Ikan Bakar Petai
Bagi yang mencari tempat makan menarik di Bangi pula sudah tentu kami cadangkan anda ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai yang terletak di Persiaran Kemajuan.
Keenakan makanan di sini sudah diketahui ramai kerana ini adalah salah satu cawangannya.
Menu utama adalah sos petai yang dimakan bersama pelbagai jenis ikan bakar. Anda boleh pilih dari ika siakap, jenahak, kerapu, merah, dan banyak lagi. Hidangan masakan panas lain seperti tomyam, kailan, dan sotong juga menyelerakan.
Waktu operasi: 5 pm – 12 am
Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tempat menarik di Kajang
Kajang cuma terletak 25 minit pemanduan sahaja dari Bangi. Oleh itu kami senaraikan beberapa lokasi menarik di sana yang boleh anda lawati.
- Restoran Satay Haji Samuri
- Air Terjun Sungai Gabai
- Ostritch Wonderland Kajang
Tempat menarik di Kajang waktu malam
- Plaza Metro Kajang
- Metro Point Kajang
- Metro Shopping Mall Kajang
- Restoran Cibiuk
- Tempat menarik di Serdang
- Farm in The City
- Putrajaya Wetland Park
- Mines Wellness City
Semoga artikel tempat menarik di Bangi di Kajang ini sedikit sebanyak memberi anda idea untuk jalan-jalan bersama keluarga pada hujung minggu.