Menariknya negeri Selangor adalah ia bukan sahaja pesat membangun. Tetapi turut menyimpan pelbagai khazanah sejarah dan alam semula jadi yang mempersonakan. Kita biasa melihat Selangor sebagai sebuah negeri dengan bangunan tinggi dan moden. Tetapi sebenarnya ia turut memiliki tempat peranginan yang indah dan mendamaikan. Lokasi yang kami maksudkan adalah Kuala Selangor. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui antara tempat menarik di Kuala Selangor yang boleh anda kunjungi.

Jarak antara Kuala Selangor dan Kuala Lumpur adalah 68km sahaja. Ia memakan masa selama lebih kurang 1 jam perjalanan. Selesai melawat tempat menarik di Kuala Lumpur, apa kata anda ke Kuala Selangor pula.

#1 Sky Mirror

Siapa sangka Malaysia mempunyai lokasi seindah ini. Berada di tempat ini bagaikan anda berada di di atas hamparan cermin yang besar. Ini membolehkan anda melihat pantulan langit yang indah.

Bukan itu sahaja, Sky Mirror adalah lokasi terbaik untuk sesi fotografi. Gambar-gambar yang dirakam pasti mempunyai hasil yang menakjubkan. Untuk ke sini anda perlu menaiki bot dari Kampung Sasaran.

Sky Mirror hanya terhasil daripada fenomena air surut. Ia tidak selalu berlaku. Ia hanya boleh dilihat enam hari setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina.

Bila waktu terbaik untuk melihat Sky Mirror?

Hari pertama, kedua, 12, 15, 16 dan 30.

Harga: RM80

Hubungi: 014-2296348

Laman Web: https://skymirrormalaysia.org/

Alamat: 15, 3, Jalan Yu 1, Taman Yu, 45800 Jeram, Selangor

#2 Kuala Selangor Nature Park

Buat mereka yang suka melihat keindahan alam semula jadi, berkunjunglah ke Kuala Selangor Nature Park. Antara kativiti menarik di sini adalah memerhatikan burung.

Taman ini menyimpan lebih 150 spesis burung termasuklah yang burung-burung yang berhijrah dari Sibera dan Rusia. Pengunjung boleh melihatnya dari menara tinjau yang dibina.

Dari atas menara tinjau anda juga dapat melihat keindahahan kawasan paya bakau ini.

Melihat burung bukan satu-satunya aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Banyal lagi haiwan menarik yang boleh ditemui. Malah, anda boleh berkhemah dan bermalam di sini.

Alamat: Taman Alam Kuala Selangor, Jalan Klinik, Kuala Selangor, 45000, Kuala Selangor, Selangor.

#2 Bukit Melawati

Ini juga salah satu kawasan yang sering menjadi tarikan pelancong. Ini kerana Bukit Melawati pernah menjadi pusat pentadbiran dan juga kubu kuat Kesultanan Melayu Selangor di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19.

Banyak tarikan menarik dan penuh sejarah yang ada di Bukit Melawati ini.

Untuk pengetahuan, pengunjung hanya dibenarkan meletakkan kereta di bahagian bawah sahaja. Untuk melawat tarikan menarik menarik, anda boleh memilih untuk berjalan kaki atau menaiki train khas.

Antara kesan tinggalan sejarah yang boleh anda lihat di Bukit Melawati adalah:

  • Makam Anak Dara
  • Rumah Api
  • Makam Sultan
  • Tangga 100
  • Perigi Beracun
  • Telaga 7
  • Batu Hampar
  • Busut Melawati
  • Balai Cerap
  • Meriam Penggawa
  • Bukit Belanda
  • Kota Melawati

Anda pasti akan teruja apabila tiba di puncak bukit. Ini kerana anda boleh lihat pemandangan Kuala Selangor yang menghijau. Panorama matahari terbenam juga indah. Jadi kami cadangkan supaya anda tunggu sehingga lewat petang.

Harga tiket:

Dewasa RM3 | Kanak kanak RM2

Alamat: 45000 Kuala Selangor, Selangor

#4 Kampung Kuantan Fireflies Park

Nak tengok kelip-kelip? Nah, Fireflies Park di kampung Kuantan adalah tempat terbaik untuk menyaksikan keindahan cahaya haiwan tersebut.

Kalau nak tahu, Kampung Kuantan merupakan antara lokasi melihat kelip-kelip yang tercantik di dunia. Bukan hanya jumlah haiwan ini yang cukup banyak, tetapi pemandangan dan suasana sungainya yang mengagumkan.

jelajahmalaya.com

Sebanyak 27 buah sampan disediakan untuk membawa pengunjung menyusuri sungai. Kami rasa ini adalah tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak. Mereka pasti akan teruja melihat cahaya indah kelip kelip.

Waktu operasi: 7.45pm – 10.30pm

Harga tiket: Dewasa RM4 | Kanak-kanak & Warga Emas RM2

Alamat: Kampung Kuantan, 45000 Batang Berjuntai, Selangor

#5 Eagle Feeding

Bukan setiap hari kita dapat melihat burung helang. Tetapi jika diberi peluang untuk memberi burung helang makan, kita tidak boleh mensia-siakannya.

Untuk melakukan aktiviti unik ini anda perlu ke D Tours Kuala Selangor iaitu syarikat yang menawarkan kemudahan untuk memberi makan helang.

Pengunjung perlu menaiki bot selama 15 minit untuk ke ‘kawasan burung helang’. Burung-burung helang seolah faham akan kehadiran pengunjung membawa makanan.

Campakkan sahaja makanan dan anda boleh lihat helang dengan lebih dekat. Kami cadangkan anda supa membawa kamera yang berkualiti untuk merakam momen ini. Tempat percutian menarik di Selangor ini wajib dikunjungi.

Harga Eagle Feeding:

Dewasa RM50 | Kanak kanak RM35

Alamat: Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

#6 Muzium Daerah Kuala Selangor

Sebenarnya banyak sejarah negara tersimpan di Selangor, khususnya di Kuala Selangor sendiri. Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh melawat Muzium Daerah Kuala Selangor.

Di sini pengunjung bakal mempelajari asal usul negeri Selangor, Kesultanan Melayu, sejarah peperangan dengan Belanda, dan banyak lagi. Banyak artifak perang yang dipamerkan. Ini adalah antara tempat menarik di Selangor yang percuma.

Waktu operasi: 9.20 – 5.30 | Tutup pada Isnin

Alamat: 45000 Kuala Selangor, Selangor

#7 Pantai Remis

Pantai Remis merupakan salah satu pantai yang sering menjadi tumpuan warga kota. Mana tidaknya, Kuala Lumpu tidak mempunyai pantai, alternatif terdekat adalah Pantai Remis di Kuala Selangor.

Suasana hujung minggu di pantai ini meriah dengan kehadiran orang ramai. Masing-masing seperti tidak mahu melepaskan peluang untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Keadaan pantai di sini sudah tidak seperti dahulu. Akibat hakisan pantai, pihak berkuasa terpaksa meletakkan batu-batu besar di sepanjang pantai.

Selain dapat beristirehat, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan laut di gerai-gerai yang berdekatan.

Alamat: Jalan Pantai Remis Kampung Dungun 45600 Jeram Selangor.

#8 Firefly Park Resort

Sekirangan anda mencari penginapan menarik di Kuala Selangor, kami cadangkan Firefly Park Resort. Penginapan jenis chalet ini bukan sahaja menawarkan penginapan, bahkan perkhidmatan untuk melihat kelip-kelip.

Selain itu terdapat kolam renang yang luas untuk orang ramai. Anda tidak perlu menginap di sini untuk mandi kolam.

Tertanya-tanya di mana tempat mandi di Kuala Selangor? Di sinilah jawapannya.

Harga tiket kolam renang:

Dewasa RM7 | Kanak kanak RM5

Tempat menarik di Sekinchan

Sekinchan merupakan sebuah lagi tempat menarik di Selangor. Cuma 32 minit sahaja dari Kuala Selangor. Jika anda berkesempatan teruskan perjalanan untuk ke tempat best di Sekinchan seperti:

  • Pantai Redang Sekinchan
  • Sekinchan Wishing Tree
  • Ah Ma House
  • SKC 3D Art Gallery
  • Paddy Processing Factory & Gallery
huislaw.com

Tempat menarik di Tanjung Karang

Tanjung Karang merupakan sebuah mukim dan kawasan penanaman padi di Kuala Selangor. Anda boleh melawat Muzium Padi untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang makanan ruji ini. Pengunjung boleh mengelilingi sawah padi menggunakan kereta khas yang disediakan.

Alamat: Jalan Tali Air 2 Ban 3, Sungai Burong, 45500 Tanjong Karang, Selangor

Maka tidak hairanlah jika banyak tempat makan seafood sedap di Tanjung Karang ini.

Alamat: Jalan Tali Air 2 Ban 3, Sungai Burong, 45500 Tanjong Karang, Selangor

Banyakkan tempat menarik di Kuala Selangor ni? Tarikan yang  kami senaraikan di atas bakal membuatkan percutian anda akan dikenang sampai bila-bila. Jadi, menjadikan Kuala Selangor sebagai destinasi ‘short getaway’ adalah pilihan yang bijak.

 

Author

Write A Comment