Pantai sering menjadi tumpuan orang ramai pada setiap hujung minggu atau musim cuti sekolah. Keindahan panorama laut yang terbentang dan pasir yang memutih mampu menenangkan fikiran meredakan tekanan kerja. Negeri Selangor bukan sahaja pesat membangun tetapi dianugerahkan beberapa buah pantai yang indah. Jom lihat senarai pantai di Selangor yang boleh anda kunjungi.
Bagi mereka yang menetap di Kuala Lumpur, pantai terdekat yang boleh dikunjungi adalah di Selangor. Penat dengan beban di tempat kerja membuatkan mereka ingin merehatkan minda dan meluangkan masa bersama keluar di tepi pantai.
Berikut adalah senarai pantai di Selangor yang boleh anda jadikan lokasi percutian pada hujung minggu kelak.
#1 Pantai Morib
Menghadap Selat Melaka, Pantai Morib adalah lokasi sesuai untuk anda beristirehat. Salah satu tempat menarik di Banting ini mempunyai nilai komersial yang berikutan keindahan pantainya. Malah, jarak dari KL ke Morib cuma 1 jam perjalanan sahaja.
Morib menerima ribuan kunjungan pelancong setiap minggu dan musim cuti. Pantainya yang landai membuatkan ia sesuai untuk mandi manda. Aktiviti seperti bermain layang-layang, banana boat, dan ATV sentiasa menjadi kewajiban di sini. Morib boleh dijadikan sebagai tempat menarik di Selangor untuk anak-anak.
Selain itu, Morib turut menempatkan beberapa resort menarik di Selangor seperti Gold Coast Morib Resort. Resort ini cukup popular kerana memiliki taman tema airnya sendiri.
Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor
#2 Pantai Kelanang
Antara pantai yang terdekat dengan Kuala Lumpur, Pantai Kelanang tidak menjadi sebutan seperti ‘jiran’ terdekatnya, Morib. Ini mungkin kerana pantainya yang berlumpur dan air laut yang tidak jernih.
Walau bagaimanapun, Pantai Kelanang masih sesuai untuk anda singgah untuk menikmati angin laut. Kawasannya juga redup dengan deretan pohon rhu. Trdapat juga taman permainan untuk anak-anak kecil dan gerai makanan laut.
Menariknya jika anda datang pada musim air pasang besar, Pantai Kelanang menjadi lokasi mencari siput pepahat dan kerang.
Alamat: Pantai Kelanang Kampung Kelanang, Selangor
#3 Pantai Tanjung Rhu
Pantai ini juga tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda kerana ombaknya yang kuat. Malah, terdapat batu batu besar di sepanjang persisiran pantai untuk mengelakkan ia dihakis.
Pantai Tanjung Rhu mempunyai kawasan yang sesuai untuk mendirikan khemah. Pohon-pohon yang rendang membolehkah anda berteduh dari panas mentari.
Pada waktu petang dan hujung minggu, pantai ini menjadi tempat lepak penduduk tempatan.
Alamat: Jalan Pulau Carey, 42000 Pulau Carey, Selangor
#4 Pantai Bagan Lalang
Kalau nak tahu, Pantai Bagan Lalang sesuai dijadikan tempat berkelah di Selangor. Walaupun ia tidak sesuai untuk mandi pantai, lokasi ini menawarkan penorama yang memukau terutamanya pada waktu matahari terbenam.
Bagan Lalang sebenarnya kawan hutan paya bakau yang kini bertukar menjadi destinasi pelancongan popular Selangor. Terutama mereka yang gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar. Apa yang pasti Bagan Lalang antara tempat menarik di Selangor yang percuma.
Pengunjung boleh menaiki bot menyaksikan panorama hutan bakau dan memancing.
Pada hujung minggu pantai ini dipenuhi orang ramai yang ingin menghirup udara segar dan menikmati makanan laut yang terdapat di sepanjang jalan.
Ingin bermalam di Bagan Lalang? Nah, terapat beberapa buah penginapan menarik yang boleh anda pilih seperti:
- Avani Sepang Gold Coast Resort – RM332
- Hotel Seri Malaysia – RM90
- Glory Beach Resort – RM132
Alamat: Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor
#5 Pantai Remis
Pantai Remis, Kuala Selangor adalah sebuah lokasi yang tidak sing lagi buat warga kota. Akan tetapi ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat mandi manda di Selangor. Air yang agak keruh dan berlumpur. Tambahan pula batu-batu besar ditambak di sepanjang pantai untuk mengelakkan hakisan.
Akan tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh datang lepak dan menghirup angin pantai di sini. Terdapat banyak bangku dan kemudahan di sediakan.
Bahkan pengunjung boleh menjamu selera dengan menikmati makanan laut segar di gerai-gerai yang disediakan.
Alamat: Jalan Pantai Remis Kampung Dungun, 45600 Jeram, Selangor
#6 Sky Mirror, Kuala Selangor
Siapa sangka Malaysia mempunyai lokasi seindah ini. Berada di tempat ini bagaikan anda berada di di atas hamparan cermin yang besar. Ini membolehkan anda melihat pantulan langit yang indah.
Sky Mirror, Kuala Selangor adalah lokasi terbaik untuk sesi fotografi. Gambar-gambar yang dirakam pasti mempunyai hasil yang menakjubkan. Untuk ke sini anda perlu menaiki bot dari Kampung Sasaran.
Sky Mirror hanya terhasil daripada fenomena air surut. Ia tidak selalu berlaku. Ia hanya boleh dilihat enam hari setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina.
Bila waktu terbaik untuk melihat Sky Mirror?
Hari pertama, kedua, 12, 15, 16 dan 30.
Harga: RM80
Hubungi: 014-2296348
Laman Web: https://skymirrormalaysia.org/
Alamat: 15, 3, Jalan Yu 1, Taman Yu, 45800 Jeram, Selangor
Tempat menarik di Selangor waktu malam
I-City Shah Alam
Sebenarnya agak susah untuk mengetahui persempadanan di antara Kuala Lumpur dan Selangor. I-City Shah Alam ini terletak di Selangor tetapi Cuma memakan masa 30 minit sahaja dari bandar KL.
Kota cahaya ini sentiasa mendapat kunjungan orang ramai baik tempatan mahupun pelancong asing. Ia dikategorikan sebagai tempat menarik di Selangor waktu malam dek kerana keindahan cahaya lampu LED ini memukau pandangan sesiapa sahaja.
Cahaya ini membuatkan waktu malam lebih ceria. Gambar yang anda rakam juga akan tanpak menarik.
Terdapat beberapa tarikan yang ada di sini seperti:
- SnowWalk – Rumah Salji yang membuatkan anda seolah-olah berada di negara bermusim sejuk.
- TrickArt Museum – Muzium yang penuh dengan peralatan dan lukisan-lukisan ilusi. Ini membolehkan anda mengambil gambar pelbagai gaya.
- Red Carpet – Muzium yang menempatkan patung-patung lilin menyerupai selebriti dan individu terkenal dunia.
Alamat: I-City 40000 Shah Alam, Selangor
Manarik bukan pantai-pantai di Selangor? Walaupun tak semua sesuai untuk mandi, tetapi sekurang-kurangnya boleh menjadi tempat anda beriada bersama keluarga. Selain itu, suasana yang tenteram dan mendamaikan mampu menghilangkan sedikit tekanan selepas seminggu berkerja.