Tempat Menarik

Tempat Menarik di Klang

Selangor sebenarnya bertuah kerana dikurniakan pelbagai tempat menari untuk pelancongan. Setiap daerah mempunyai keunikannya yang tersendiri termasuklah Klang. Klang adalah Bandar Diraja dan bekas ibu negeri Selangor sebelum ditukarkan kepada Shah Alam. Di mata orang ramai Klang terkenal dengan sektor perkapalan dan perkilangan. Tetapi tahukan anda sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Klang yang berbaloi untuk dikunjungi.

Buat warga kota, cuti hujung minggu nanti tak perlu fikir tempat jauh-jauh. Kerana anda boleh jadikan Klang sebagai lokasi ‘short vacation’.

Klang mempunyai tempat rekreasi, pantai, pulau, dan tempat membeli-belah yang menarik. Nak tahu dengan lebih terperinci, teruskan membaca artikel ini.

#1 Little India Klang

Di Selangor, populasi masyarakat India agak tinggi terutamanya di Klang. Terdapat sebuah kawasan di Jalan Tengku Kelana yang diberi nama Little India  yang menjual pelbagai barangan kaum India. Ia sama seperti Brickfields, Kuala Lumpur.

Malah dekorasi Little India ini dihias cantik, malah pada malam hari pelbagai lagu Tamil dan Hindustan dipasang. Ini membuatkan anda seolah olah berada di India.

Little India ini beroperasi bermula awal pagi hinggalah ke lewat malam. Lagi seronok apabila banyak restoran nasi kandar sedap yang dibuka.

Alamat: Jalan Tengku Kelana, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor

#2 Pasar Jawa Klang

Bercuti di tempat orang tidak akan lengkap tanpa membawa pulang ole oleh untuk famili dan rakan. Anda boleh ke Pasar Jawa. Kalau nak tahu, Pasar Jawa merupakan lokasi utama untuk membeli pelbagai jenis kerepek dan makanan ringan di Klang.

Aneka kerepek dan kudapan yang dijual. Kebanyakkannya dibuat oleh warga Selangor sendiri khususnya di Banting.

Kalau nak lebih meriah, datanglah pada hujung minggu dan menjelang hari raya.

Alamat: Kawasan 18, 41300 Klang, Selangor

#3 GM Klang

GM Klang adalah syurga membeli belah buat peniaga runcit. Ia merupakan pusat menuual barangan borong pada harga murah.

Ia sentiasa menjadi perhatian peruncit bahkan anda sendiri boleh ke sana untuk membeli pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, kelengkapan rumah, dan banyak lagi.

Lebih mudah, setiap tingkat dikhususkan kepada barang tertentu.

Ada yang datang dari serata tempat hanya untuk beli barang murah di sini. Sebut sahaja barang apa yang anda mahu, pasti ada di GM Klang.

Waktu operasi: 10am – 7pm

Alamat: Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital, 41200 Klang, Selangor

#4 Taman Rakyat

Tempat menarik di Klang seterusnya adalah Tamn Rakyat yang berkonsepkan ‘taman untuk semua’, Taman Rakyat merupakan sebuah tempat rekreasi. Ia dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur untuk orang awam beriadah.

BF2-A002

Antara kemudahan yang ada:

  • Tapak refleksologi
  • Denai hutan
  • Trek jogging
  • Taman permainan
  • Mini golf
  • Tapak perkhemahan

Selain itu langdskap taman ini juga cantik dan menenangkan. Tidak hairanlah ramai yang berkunjung untuk bersantai bersama keluarga. Taman rakyat adalah salah satu tempat menarik di Selangor yang percuma

Alamat: Jalan Tun Dr. Ismail, Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor

#5 Taman Tugu Keris

Tugu keris ini menjadi mercu tanda Klang. Replika keris gergasi ini melambangkan Klang sebagai Bandar Diraja Selangor.

Tempat ini turut berfungsi sebagai taman rekreasi orang awam. Terdapat taman permainan, tempat duduk, laluan pejalan kaki, dan tandas awam.

Taman Tugu Keris sering dikunjungin warga Klang pada waktu petang dan hujung minggu.

Alamat: Federal Hwy, Kawasan 16, 41300 Klang, Selangor

#6 Kolam Pancing Sea Lion

Memancing di sungai atau di tengah laut agak sukar untuk mendapatkan ikan. Malah, ia juga bergantung kepada cuaca. Untuk kaki pancing, anda tidak perlu risau lagi. Terus sahaja ke Kolam Pancing Sea Lion kerana ia merupakan kawasan memancing yang tertutup.

Terdapat beberapa buah kolam disediakan. Setiap satu daripadanya diisi dnegan bermacam spesis ikan seperti ikan jenahak, ikan kerapu, ikan siakap, ikan merah dan sebagainya.

Peralatan memancing juga boleh disewa.

Alamat: Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara, 42000 Klang

#7 Restoran Sri Rahayu

Dikelaskan sebagai tempat menarik di Meru Klang kerana tidak pernah putus dari menerima pelanggan. Restoran Sri Rahayu menyajikan masakan ala Thai.

Pelbagai juadah disediakan seperti ikan siakap tiga rasa, tomyam, udang goreng tepung, butter prawn, telur bungkus, dan lain lain.

Jika anda datang pada waktu pagi, anda berpeluang menikmati nasi kerabu asli dari Kelantan.

Waktu operasi: 7am – 2pm

Alamat: Jalan Balau 2, Taman Meru Jaya, 42200 Klang, Selangor

#8 Pulau Ketam

Sebuah pulau yang juga merupakan perkampungan nelayan. Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot dari Jeti Pelabuhan Klang. Banyak ikan kering dan makanan laut segar dijual.

Kadang kala Pulau Ketam agak sibu dengan kehadiran pelancong. Masing-masing ingin menikmati makana laut di restoran yang di sediakan.

#9 Pulau Carey

Merupakan sebuah pulau yang terletak di bahagian selatan Pelabuhan Klang. Pulau yang berkeluasan 32,000 hektar ini dipenuhi dengan ladang kelapa sawit.

Selain itu ia  juga merupakan perkampungan kepada golongan orang asli Semenanjung iaitu Mah Meri.

Sudah tentu anda boleh bercuti di Pulau Carey. Ini kerana terdapat sebuah resort mewah Amverton Cove Golf & Island Resort yang boleh diinap.

Kemudahan yang disediakan oleh Amverton Cove memang bertaraf antarabangsa. Harga bilik adalah sekitar RM265.

Tempat menarik di Shah Alam

Skytrex Shah Alam

Lokasi terbaik untuk mereka yang gemarkan adventure dan alam sekitar. Di Skytrex anda boleh menguji tahap adrenaline dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang disediakan.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah flying fox, rentas halangan dan banyak lagi.

Dengan banyak benda best yang boleh dilakukan, ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak. Kami pasti lawatan anda ke sini akan mengisi waktu hujung minggu dengan berkualiti.

Harga tiket: Beginner RM35 | Intermediate RM45 | Advanced RM55

Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor

Boleh tahan juga tempat menarik di Klang ini. Ia bukan sekadar hab perkapalan seperti yang kita sangka. Tidak tahu nak ke mana hujung minggu ini? Bercuti sahaja di Klang!

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!