Selangor, Tempat Menarik

Tempat Menarik di Kajang Waktu Malam

Kajang adalah sebuah mukim yang terbesar di daerah Hulu Langat, Selangor. Bandar Kajang tidak seperti Kuala Lumpur, tetapi tidak bermakna ia tidak berbaloi untuk dikunjungi. Kajang memiliki beberapa buah pusat membeli belah, tempat hiburan, rekreasi, penginapan, kedai makan sedap dan banyak lagi. Tetapi dalam artikel ini kami akan cadangkan beberapa tempat menarik di Kajang pada waktu malam yang boleh anda terokai.

Jika anda dari Kuala Lumpur, masa pemanduan untuk ke Kajang cuma mengambil masa selama 28 minit sahaja. Manalah tahu, bosan pada waktu malam, boleh juga kunjungi lokasi-lokasi ini bersama rakan.

Secara jujurnya tidak banyak benda best yang boleh anda lakukan pada waktu malam kecuali berkunjung ke pusat membeli belah dan tempat makan menarik.

Plaza Metro Kajang

Plaza Metro Kajang merupakan salah satu pusat membeli yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung. Terletak di Jalan Tun Abdul Aziz, shopping mall ini mempunyai pelbagai presmis menari untuk anda seisi keluarga.

Antaranya adalah:

  • Butik pelbagai jenama
  • Kedai kasut
  • Hadiah & cenderamata
  • Barang kemas
  • Salon kecantikan
  • Kedai buku
  • Restoran
  • Parkson
  • Giant

Panggung wayang LFS Cinema juga terbina di sini. Bolehlah anda menonton filem tempatan dan antarabangsa yang terkini di sini.

Waktu operasi: 10am – 10pm

Alamat: 4, Jalan Tun Abdul Aziz, Seksyen 1, 43000 Kajang, Selangor  (Google Maps Location)

Memandangkan tak banyak aktiviti best waktu malam di Kajang, kami cadangkan anda memandu ke kawasan lain yang berdekatan.

Metro Point Complex

Metro Point Complex Kajang merupakan pasaraya terbaharu di Kajang. Bertempat di jalan utama Kajang iaitu Jalam Semenyih, pusat membeli belah tiga tingkat ini mampu memenuhi semua kemahuan anda.

Salah satu sebab ramai yang memilih shopping mall ini adalah kerana ia menempatkan banyak premis hiburan seperti pusat karaoke, pusat bowling, gimnasium, dan taman permainan indoor (My Kidz Playground).

Penduduk tempatan sudah tidak perlu memandu ke Kuala Lumpur lagi untum menikmati kemudahan ini.

Waktu Operasi: 10am – 10pm

Alamat: 8, Jalan Jelok Indah 9, Taman Jelok Indah, 43000 Kajang, Selangor (Google Maps Location)

Cibiuk Restaurant Malaysia

Beralih kepada tempat makan best di Kajang waktu malam, anda patut cuba menjamu selera di Cibiuk Restaurant Malaysia. Restoran ini menghidangkan masakan asli dari Indonesia.

Jika anda pernah ke Bandung, anda pasti familiar dengan restoran ini. Memandangkan ia sering menjadi pilihan rakyat Malaysia yang bercuti ke Bandung, mereka membuka sebuah cawangan di Kajang.

Cibiuk Restaurant menyajikan pelbagai masakan kaum ‘Sunda’ seperti Talapia Goreng Kipas, mee bakso, sup iga bakar, pisang keju, dan banyak lagi.

Waktu operasi: 11am – 11pm

Alamat: 1, Jalan Putra 6, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor (Google Maps Location)

Memandangkan tidak banyak tempat menarik di Kajang pada waktu malam, kami cadangkan anda ke tempat-tempat berikut supaya waktu cuti anda tidak terbuang begitu sahaja.

Tempat menarik di Bangi

Dari Kajang ke Bangi Cuma mengambil masa 22 minit, dan antara tarikan menarik di sini adalah:

Bangi Wonderland Water Park & Resort –  Merupakan taman tema air yang popular di kalangan pelancong. Banyak tarikan best khususnya untuk anak-anak seperti gelongsor, taman permainan di dalam air, luncur air buatan, kiosk makanan, dan banyak lagi.

Harga tiket:

  • Dewasa (Warganegara): RM58
  • Kanak-Kanak < 130cm (Warganegara)RM48
  • Kanak-kanak  < 90cm : Percuma
  • Warga Emas: 50% diskaun

Alamat: No 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor

Taman Tasik Cempaka – Taman riadah yang popular di kalangan penduduk tempatan. Taman ini cukup luas dan lengkap dengan kemudahan taman permainan, wakaf, tempat duduk, tandas, dan tempat letak kereta. Apa yang menarik di sini, anda boleh bersantai di tepi tasi dan lihat pantulan cahaya matahari terbenam di waktu senja.

Alamat: 5, Jalan 1/7d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor (Google Maps Location)

Satu lagi daerah yang boleh anda kunjung di Selangor selain Kajang adalah Klang. Sebagai daerah yang suatu ketika sahulu pernah menjadi ibu negeri Selangor, Klang tidak kurang hebatnya. Banyak juga tempat menarik di Klang yang anda boleh pergi. Antaranya:

  • SnoWalk @i-City
  • Laman Seni 7
  • Trick Art Museum
  • People’s Park Klang

Tempat menarik di Cyberjaya

Anda juga boleh singgah ke Cyberjaya, Selangor, yang memakan masa hanya 25 minit pemanduan. Berikut adalah antara tempat menarik di:

  • Cyberjaya Lake Gardens – Tasik yang indah dan luas serta mempunyai taman permainan.
  • Gem In Mall – Sebuah pusat membeli belah yang padat dengan aktiviti hiburan seperti panggung wayang, pusat bowling, dan butik berjenama.
  • Raycer Powerhouse – Latar go-kart
  • Dah alang-alang berada di Selangor ini, kami nak cadangkan beberapa tempat menarik di Selangor yang best.
  • Sunway Lagoon
  • I-City Mall Shah Alam
  • Wet Water World Park Shah Alam

Kalau anda nak cari tempat menarik di Selangor yang percuma sila ke Kilang Roti Gardenia, Farm In The City, dan Muzium Sultan Shah Alam.

Jika anda meneruskan pemanduan ke KL, pastikan anda ke tempat menarik Kuala Lumpur seperti berikut:

Aquaria KLCC

Suria KLCC

KL Tower

Pasar Seni

Plaza Low Yat

Petaling Street (Chinatown)

Untuk melengkapkan percutian anda di Kuala Lumpur, tak salah sekiranya anda berkunjung ke pusat pentadbiran negara, Putrajaya. Jangan ingat ada pejabat kerajaan sahaja di sini, sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Putrajaya yang boleh anda kunjungi. Antaranya adalah:

  • IOI City Mall
  • Cruise Tasik Putrajaya
  • Jambatan Seri Wawasan
  • Taman Wetland
  • Taman Botani

Walaupun tak banyak tempat menarik Kajang pada waktu malam, sekurang-kurangnya Kajang ini dekat dengan bandar lain. Jadi tak susah untuk anda berulang alik dari hotel. Semoga artikel ini membantu percutian anda kelak.

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *