Steamboat Best di Bangi

Hidangan steamboat dan grill sudah menjadi kegemaran kita semua. Mana tidaknya, siapa tidak suka akan aneka jeni makanan laut, daging, ayam, dan kambing yang sudah diperap? Lauk-lauk ini pula di grill dan direbus di meja kita sendiri. Seronok sekali! Sudah banyak restoran seumpama ini dibuka. Kalau anda mencari restoran steamboat best di Bangi, baca artikel ini sehingga habis.

Siapa tidak suka ‘main masak-masak’ kan? Tambahan pula semua lauk-lauk ini dicicah dengan pelbagai jenis sos berlainan. Sambil menjamu selera, sambil berborak santai bersama keluarga dan rakan.

Terdapat beberapa kedai steamboat best di Bangi. Kesemuanya menawarkan puluhan jenis lauk dan sos. Malah, harganya juga amat berpatutan dan munasabah.

Red Wok Restaurant

Red Wok Restaurant adalah salah satu restoran seumpamanya yang menjadi pilihan penduduk di sini. Dari jauh lagi sudah kelihatan restoran yang berwarna merah ini. Tak susah nak cari.

Apa yang menarik di Red Wok? Ia menggunakan konsep popular iaitu “eat all you can” iaitu makan sebanyak mana yang anda mahu pada satu harga.

Pelbagai jenis lauk disediakan seperti aging, ayam, isi ikan, udang, sayuran, dan yong tau foo.

Rempah yang digunakan untuk perap ayam/daging/kambing juga sedap. Boleh membangkitkan aroma sewaktu digrill.

Artikel berkaitan: Makette Steamboat & Grill Tempat Makan Sedap Kota Bharu

Selain grill, anda juga boleh rebus makanan dengan sup dan tomyam enak mereka.

Pilihan pencuci mulut seperti aiskrim, puding, dan kek juga membuatkan anda rambang mata!

Kalau nak tahu, Red Wok menyediakan lebih 100 jenis lauk termasuklah masakan panas seperti mee dan nasi goreng yang sudah tersedia ala buffet untuk anda.

Harga Red Wok Steamboat Bangi

  • Dewasa (140 cm dan ke atas) – RM30
  • Kanak-kanak (100cm 139cm) – RM18
  • Kanak-kanak (99 cm dan ke bawah) – Percuma

Waktu operasi: 6 pm -12 am

Alamat: 1/2, Jalan Kajang Impian, Taman Kajang Impian, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor

Artikel berkaitan:

ASAP Steamboat & Grill

Restoran steamboat sedap di Bangi yang seterusnya adalah ASAP Steamboat & Grill yang terletak di Jalan Tempinis.

Dekorasi restoran ini cukup unik di mana premis ini dibina menggunakan kontena, kena dengan konsep hipster sekarang. Restorannya juga terbuka, jadi tidaklah terlalu panas sewaktu menggril.

Dengan harga RM42 seorang, harga ini sudah cukup murah kerana anda dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk dan aneka perapan.

Penggemar seafood mesti seronok jika dapan menjamu selera di sini. Makanan laut seperti udang, sotong, ketam, kepah, kerang, dan lain-lain tersedia untuk anda. Semuanya segar-segar belaka.

Manakala daging/ayam/kambing juga memilik beberapa jenis perapan seperti BBQ, madu, blackpepper, dan Asap Madu.

Untuk dessert pula, anda boleh menjamu aiskrim dengan beberapa topping, ABC yang boleh dikisar sendiri, dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan steamboat, Asap turut menyediakan masakan panas, spaghetti, dan nasi sup!

Dekorasi restoran ini cukup unik di mana premis ini dibina menggunakan kontena, kena dengan konsep hipster sekarang. Restorannya juga terbuka, jadi tidaklah terlalu panas sewaktu menggril.

Restoran ini juga menjadi salah satu tempat menarik di Bangi pada waktu malam dek kerana suasananya yang happening.

Harga ASAP Steamboat Bangi:

  • Dewasa: RM42
  • Kanak-kanak: RM22

Watu operasi: 6 pm – 12 am

Alamat: 94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47100 Puchong, Selangor

Bangi Village Steamboat

Steam sedap dan murah yang popular adalah Bangi Village Steamboat. Menawarkan cuma RM25 untuk dewasa, dengan harga ini anda boleh makan sampai puas.

Bangi Village Steamboat menawarkan 3 jenis steamboat iaitu:

  • Steamboat Buffet
  • BBQ Steamboat
  • Steamboat Set

Anda boleh makan sepuasnya, daging/ayam/kambing juga sudah diperap menggunakan rempah istimewa. Makanan laut seperti udang, kerang, ketam, dan lain-lain bersaiz besar dan dijamin segar.

Kalau anda nak makan masakan panas pun boleh. Bangi Village Steamboat menyediakan nasi goreng chiangmai, nasi goreng patkapau (kegemaran ramai),mee hailam, dan banyak lagi.

Harga Bangi Village Steamboat

  • Steamboat Buffet – Dewasa RM25 | Kanak kanak RM12 (4 -12 tahun)
  • BBQ Steamboat – Dewasa RM28 | Kanak kanak RM15 (4 -12 tahun)

Laman web: http://bangivillagesteamboat.blogspot.com

Alamat: 43600 Bangi, Selangor

Steamboat Antarabangsa

Steamboat Antarabangsa yang terletak di Jalan Medan Pusat Bandar 4A juga tidak kurang hebatnya. Menjadi pilihan golongan remaja kerana harganya yang murah.

Juga menggunakan konsep ‘eat all you can’ anda boleh ambil sebanyak mana yang anda suka. Daging, ayam, seafood, dan yong tau foo, semua sudah tersedia untuk disambar pelanggan.

Rempah perapannya juga sedap. Di sini, pelbagai jenis mee yang boleh anda rebus dalam tomyam, paling popular sudah tentulah bihun dan yee mee!

Seronok main masak-masak dan menjamu selera. Namun jangan leka di mana setia 100g lauk yang tidak habis bakal dikenakan sebanyak RM10 tau. Jadi berpada-padalah. Orang tamak selalu rugi.

Untuk juga datang ke sini, sedap dan murah.

Harga Steamboat Antarabangsa

  • Dewasa: RM25
  • Kanak-kanak: RM12

Waktu operasi: 11.45 am – 11.45 pm

Alamat: 10G-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Chak’z Steamboat & Grill Putrajaya

Kami selitkan juga steamboat murah di Putrajaya, kerana jaraknya dari Bangi cuma 20 minit sahaja.

Chak’z Steamboat & Grill yang terletak di Presint 3 juga agak terkenal dengan keenakan perapan ayamnya. Malah, dekorasi restorannya juga lebih cantik dan alatan menggril agak moden. Sesuai untuk anda muat naik di media sosial.

Pilihan daging/kambing, yong tau foo, seafood memang banyak. Kalau anda tengok sos pencicahnya, wow. Mesti rambang mata sebab tak tahu nak pilih yang mana satu.

Kami syorkan anda cuba kuah tomyamnya sebab air rebusan. Sedap, dan tidak terlalu pedas.

Harga Chak’z Steamboat & Grill Putrajaya

Steamboat murah Ampang

  • Nelayan Steamboat Ampang
  • O Thai Steamboat Waterfront Ampang
  • Family’ss Steamboat & Grill
  • Juju Steamboat & Grill
  • Restaurant Q Thai Village
  • Crew Planet Grill & Steamboat

Nah, itu dia antara steamboat best di Bangi. Seronok kalau dapat makan steamboat ni. Kalau anda ada cadangan lain, sila nyatakan dalam ruangan komen di bawah.

Leave a Comment!