Langkawi

Haji Ismail Group Hotel

Percutian ke Langkawi bakal jadi lebih bermakna sekiranya anda mengambil peluang untuk teroka semua tarikan yang ada di pulau ini.  Aktiviti pantai, pusat hiburan, tempat rekreasi, tempat bersejarah, serta pusat membeli-belah bebas cukai. Persoalannya, nak menginap di mana? Kami cadangkan anda menginap sahaja di Haji Ismail Group Hotel yang terletak di Kuah.

Nama Haji Ismail Group (HiG) sudah tidak asing lagi di kalangan pelancong. Ia merupakan tempat shopping Langkawi yang paling popular. Kalau nak shopping coklat murah, HiG lah lokasi terbaik.

Selain coklat HiG turut menjual pelbagai jenis pinggan mangkuk, peralatan dapur, beg luggage, dan kain batik murah. Semuanya dijual pada kadar bebas cukai.

Tapi tahukah anda yang HiG turut mempunyai sebuah hotel yang terletak hanya di sebelah kompleks membeli belahnya?

Hotel Haji Ismail Group

Terletak di pekah Kuah, HiG Hotel merupakan hotel 3 bintang yang mengetengahkan konsep keislaman. Dari namanya sudah jelas apatah lagi hiasan dalamannya. Sekali imbas, lobi hotel ini tidak ubah seperti kebanyakkan hotel di Madinah.

Dekorasi dalamanya tidak lekang dari corak dan kesenian Islam. Hiasannya ringkas, minimal, dan menenangkan tetamu.

4 jenis bilik berbeza

Hotel HiG menawarkan 4 variasi bilik yang berlainan saiz. Anda boleh pilih bilik mengikut bajet serta kapasiti atau jumlah ahli keluarga.

Antara variasi bilik adalah:

  • Superior Hill View – 2 single beds
  • Deluxe Sea View – 2 single beds
  • Junior Suite – 1 single bed, 1 queen bed
  • Deluxe Suite Hill View – 1 king bed

Jika anda memilih bilik jenis ‘Sea View’ berpeluanglah menyaksikan pemandangan pantai dan laut. Paling mengujakan, anda dapat lihat gugusan pulau di sekitar Langkawi. Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk merakan gambar matahari terbenam ya?

Kemudahan

Penginapan menarik di Kuah, Langkawi ini menawarkan Wifi percuma, pembancuh kopi, peti sejuk, bilik mandi lengkap dengan pancuran dan toiletries. Untuk menghilangkan kebosanan dan kepenatan, anda boleh menonton pelbagai saluran tv satelit yang menghiburkan.

Mesra muslim

Untuk pengetahuan, Hotel Haji Ismail Group merupakan sebuah hotel yang mesra Muslim. Setiap bilik disediakan dengan paip khas untuk memudahkan anda berwuduk.

Jarang sekali kita jumpa bilik hotel seperti ini bukan? Biasanya kita akan mengambil wuduk di dalam tab mandi kerana paip tidak disediakan kecuali pada sinki.

Untuk mereka yang ingin berjemaah bersama keluarga, sebuah surau besar dan selesa disediakan untuk anda.

Kemudan ini cukup disenangi tetamu beragama Islam tidak kira dari dalam ataupun luar negara.

Biarpaun bertaraf tiga bintang, kemudahan dan keselesaan hotel ini berada di tahap maksimum. Cuma HiG Hotel tidak mempunyai kolam renang.

Restoran

Nikmati hidangan tempatan dan Western di restoran di aras bawah. Ramai pelanggan yang memuji hidangan sarapan pagi di hotel ini. Anda boleh semak sendiri review di laman menempah seperi Booking.com. Rata-ratanya memuji servis, kebersihan, dan keselesaan hotel ini.

Oh ya, setiap tempahan bilih berserta dengan pakej sarapan pagi percuma.

Dekat dengan tempat menarik Langkawi

Sebagai pelancong, sudah semestinya kita memilih hotel di Langkawi yang dekat dengan tarikan menarik.

Kalau bab shopping, jangan risau anda boleh ke Kompleks Haji Ismail Group yang hanya terletak bersebelahan hotel. Jalan kaki je.

Apaya yang ada di Kompleks Haji Ismail Group? Macam-macam ada! Ia menjadi tempat shopping utama di Langkawi. Coklat, pakaian, peralatan dapur, coklat pelbagai jenama, kain batik, dan lain-lain.

Haji Ismail Group luggage? Banyak! Ramai yang mengambil peluang beli beg luggage di sini sebab harganya jauh lebih murah.

Kalau sebut pasal coklat memang tak akan habis. Anda pasti rambang mata sebab pelbagai coklat jenama antarabangsa dijual di sini. Pastikan anda juga tak lepaskan peluang untuk borong coklat murah di sini. Nanti kami akan update Haji Ismail Group chocolate price okay?

Jarak dengan tempat menarik:

  • Jeti Kuah – 6 minit
  • Makam Mahsuri – 16 minit
  • Dataran Helang – 6 minit
  • Pantai Cenang – 29 minit
  • Underwater World Langkawi – 28 minit

Harga bilik Haji Ismail Group Hotel

Jika bercakap soal harga, rate hote ini sangat berpatutan dan mampu inap. Harga bilik untuk satu malam adalah sekitar RM210 sahaja.

Untuk menempah, sila rujuk link ini atau klik gambar di bawah – TEMPAH DI SINI

Ringkas, selesa, dekat dengan tempat menarik. Haji Ismail Group Hotel merupakan penginapa ideal untuk anda sekeluarga. Pastikan anda membuat tempahan awal untuk mendapatkan harga rendah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *