Korea Selatan merupakan salah sebuah negara yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Penangan perkembangan industri hiburan dan fesyen K-Pop turut membantu sektor pelancongan. Saban tahun, ramai yang travel ke Korea untuk melihat sendiri budaya, suasana, makanan dan tempat menarik negara itu.
Jika anda membaca artikel ini kami assumed yang anda sedang merancang trip ke Korea 2018. Apa yang perlu anda tahu? Apa persediaan yang wajib dilakukan sebelum bertolak.
Maka dalam artikel ini kami akan terangkan sedikit sebanyak informasi yang perlu anda tahu untuk melancong ke Korea. Penulis sendiri belum pernah ke sana tetapi melalui pembacaan mereka yang mempunyai pengalaman melancong ke Korea, ini yang dapat TeamTravel kongsikan.
Tiket flight
Seperti biasa, pastikan anda tetapkan tarikh untuk ke Korea supaya dapat beli tiket dengan lebih awal. Ingat, lebih awal lebih murah. Sama ada Air Asia, Malindo, MAS, atau syarikat penerbangan lain, itu semua terpulang pada anda.
Kalau nak ke tempat menarik seperti Nami Island dan Myeong-dong, itu semua di Seoul. Jadi beli tiket flight ke Seoul dan bukannya Busan.
Musim
Korea Selatan merupakan negara empat musim. Buat research dahulu supaya anda dapat membawa pakaian yang sesuai.
- November β February: Musim sejuk
- March β May: Musim bunga
- June β August: Musim panas
- September β November: Musim luruh
Waktu yang paling best ke Korea adalah musim luruh. Ketika inilah anda dapat lihat daun-daun bertukar perang dan memenuhi tanah. Kalau nak merasa main salji pula pergilah pada musim sejuk.
Penginapan
Ini juga terpulang pada bajet dan kapisti. Harga hotel di Korea agak mahal. Ramai pelancong dari Malaysia lebih memilih untuk menginap di hostel, motel, dan guesthouse.
Hostel di sini bukanlah seperti asrama sekolah, tepi bilik kecil yang menempatkan beberapa unit katil dua tingkat. Sebuah bilik kebiasaannya mampu memuatkan 3 hingga 6 orang. Melancong ke Korea βbackpackerβ memang sesuai sangat menginap di hostel.
Untuk pilih tempat penginapan pun perlu dirancang dengan teliti. Pastikan ia dekat dengan lokasi yang anda ingin pergi.
Kami ingin ingatkan, sama seperti menempah hotel di Kuala Lumpur, kawasan panas seperti Bukit Bintang tu semua mahal. Macam itu jugalah di Seoul. Hotel di kawasan Myeong-dong agak tinggi. Sebab betul-betul dengan bandar dan memiliki pelbagai tarikan hiburan seperti shopping mall.
Bahasa
Seperti Jepun, Korea Selatan turut mengagungkan bahasa ibunda mereka. Anda perlu bersedia jika ingin berinteraksi dengan rakyat Korea untuk bertanyakan arah dan memesan makanan.
Awal-awal lagi anda perlu memuat naik aplikasi terjemahan bahasa pada telefon pintar. Lebih bagus kalau bawa kamus.
Tempat shopping
Lokasi membeli belah utama di Korea adalah Myeong-dong. Pilihan pasar raya utama adalah seperti Lotte, Shinsegae, Myeong-dong Migliore, Noon Square dan M Plaza.
Hah, pencinta produk K-Beauty, ramai yang cakap skincare di sini jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Rata-rata yang pergi ke Korea mesti membawa pulang bermacam jenis mask sebagai cenderamata.
Pengangkutan
Pengangkutan utama Seoul adalah keretapi bawah tanah atau subway. Cara ini jauh lebih murah berbanding teksi. Adakalanya pemandu teksi ini akan mengenakan caj yang tidak masuk akan pada pelancong asing.
Untuk itu, kaji dahulu laluan subway dengan memuat naik aplikasinya pada telefon pintar anda. Untuk maklumat lanjut layari https://seoul.exploremetro.com/en/
Makanan untuk travel ke Korea
Sebagai negara bukan Islam, agak sukar untuk anda cari restoran halal di Korea. Tidak boleh sesuka hati masuk ke restoran dan terus order kimchi. Kena buat reserach dahulu di mana tempat makan halal atau restoran yang menyajikan masakan Malaysia di sana.
Berikut merupakan tempat makan / restoran halal di Korea
- EID β μ΄λ Halal Korean Food | Alamat: 67, Usadan-ro 10-gil, Yongsan-gu, Seoul
- Makan Halal Korean Restaurant | Alamat: Usadan-ro 10 gil, Yongsan-gu, Seoul, South Korea 140-911
- Busan Jib Restaurant | Alamat: 11-4 Myeongdong 8-gil, Myeongdong 2(i)-ga, Jung-gu, μμΈνΉλ³μ South Korea
- BoA Guesthouse β Halal Korean Dosirak | Alamat: 15, Sinchon-ro 1-gil, Seodaemun-gu, Seoul, South Korea 120836
Sejak kebelakangan ini ramai yang melancong gaya backpacker ke Korea. Backpacker ini bermaksud percutian gaya ringkas dan memperuntukkan bajet yang terhad. Ini bermakna anda perlu buat perancangan yang lebih teliti supaya trip ke Korea tidak melebihi bajet.
Banyakkan membaca trip ke Korea di blog-blog. Dengan cara ini anda akan dapat pengetahuan dan pencerahan sebagai persediaan untuk ke sana.
Itinerary
Selain itu, itinerary ke Korea perlu padat dengan aktiviti dan melawat tempat menarik. Uruskan masa dengan sebaiknya agar anda dapat meneroka Korea dengan se maksima mungkin.
Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran bagaimana untuk travel ke Korea. Bukan senang, banyak persediaan yang perlu dilakukan. Selamat bercuti!