Korea

Melancong ke Korea

Penangan hiburan K-Pop semakin menjadi-jadi di negara ini. Percaya atau tidak itu adalah faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah rakyat Malaysia melancong ke Korea Selatan. Rata-ratanya ingin ke sana untuk melihat sendiri budaya, gaya hidup, dan lokasi menarik yang sebelum ini hanya di lihat di kaca tv. Bagus juga untuk industri pelancongan negara itu.

Kalau anda sendiri pun terpengaruh dengan drama-drama Korea dan berhajat untuk ke sana, you came to the right place. Dalam artikel ini kami akan berkongsi beberapa tips melancong ke Korea yang perlu anda tahu. Dengan itu bolehlah anda buat persediaan awal.

Musim

Tetapkan tarikh percutian dan semak musim apa yang akan anda hadapi di sana nanti. Jika musim panas, cuaca dan suhu di Korea lebih kurang seperti Malaysia sahaja.

Tetapi kalau dan rancang nak main salji, pergilah pada musim sejuk. Inilah masanya untuk anda ambil ambil pengalaman bermain luncur ais. Tak perlu ke Eropah, Asia pun ada. Tapi pastikan anda bawa pakaian tebal ya?

Tiket flight

Syarikat penerbangan Air Asia sering mengadakan promosi ke Korea. Bila dah nampak tiket murah tu terus tempah. Sebab kita tidak tahu bila mereka akan buat promosi yang sama.

Contohnya, kalau nak melancong ke Korea 2018, baik semak harga tiket sekarang. Mana tahu dapat harga rendah masa cuti sekolah nanti.

Malindo, Air Asia, mahupun Malaysia Airlines, pilihan terletak di tangan anda. Bergantung pada bajet percutian yang ditetapkan.

Agensi dan pakej pelancongan

Ramai di antara kita yang memilih untuk bercuti dengan menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan. Mana tidaknya, bukan senang berada di negara orang. Kita memerlukan tourist guide yang boleh menunjukkan arah, mencadangkan tempat-tempat menarik Korea, dan yang bertutur Bahasa Korea.

Untuk itu anda perlu buat kajian yang teliti. Pastikan syarikat itu berlesen, dipercayai, dinilai baik oleh pelanggan. Anda boleh semak rating di enjin carian Google dan laman Facebook rasmi mereka.

Ini adalah untuk mengelak dari ditipu oleh agensi pelancongan.

Itinerary ke Korea

Itinerary pun penting juga dalam merancang percutian. Jika percutian ke Korea hanya 3 hari 2 malam, maka agak padatlah jadual harian. Senaraikan tarikan menarik yang ingin dilawati dan tetapkan tempoh anda berada di sana.

Penting tau, takut nanti terlalu leka berada di sesuatu tempat hingga masa terbuang begitu sahaja.

Wifi

Hah! Point yang tidak kurang juga pentingnya jika kita ingin melancong ke luar negara. Talian internet bukan sahaja penting untuk kita kekal berhubung dengan yang tersayang di Malaysia. Tetapi untuk mencari info tentang lokasi di sana nanti.

Dari cerita mereka yang pernah ke sana, di Korea, Wifi percuma ada di merata tempat. Even dalam subway pun ada, tapi khabarnya anda perlu bayar untuk mengakses Wifi.

Tetapi untuk persediaan, aktifkan roaming dan kami cadangkan beli Pocket Wifi sahaja. Pocket Wifi ni banyak dijual di lapangan terbang.

Makanan dan restoran halal

Korea bukan negara Islam, jadi agak sukar untuk mencari tempat makan halal di sana. Anda kena research awal-awal lokasi restoran halal di Korea.

  • EID – μ΄λ“œ Halal Korean Food | Alamat: 67, Usadan-ro 10-gil, Yongsan-gu, Seoul
  • Makan Halal Korean Restaurant | Alamat: Usadan-ro 10 gil, Yongsan-gu, Seoul, South Korea 140-911
  • Busan Jib Restaurant | Alamat: 11-4 Myeongdong 8-gil, Myeongdong 2(i)-ga, Jung-gu, μ„œμšΈνŠΉλ³„μ‹œ South Korea
  • BoA Guesthouse – Halal Korean Dosirak | Alamat: 15, Sinchon-ro 1-gil, Seodaemun-gu, Seoul, South Korea 120836

Ataupun, anda beli sahaja mee segera, roti, biskut, dan sebagainya. Kalau menginap di guesthouse yang ada kelengkapan dapur, boleh bawa perencah nasi goreng. Ini adalah salah satu cara untuk menjimatkan perbelanjaan.

Penginapan

Untuk menjimatkan masa, pilihlah hotel atau guesthouse yang dekat dengan stesen subway dan tempat yang anda ingin lawati.

Seperti biasa, tempahan boleh dibuat secara online melalui laman Agoda atau Booking. Bandingkan semua harga dan pilih yang paling berpatutan.

Jika menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, kos penginapan sudah termasuk dalam pakej yang anda pilih.

Backpacker ke Korea

Sudah menjadi trend masa kini, melancong gaya backpacker. Semuanya kena berjimat dan serba serbi ringkas. Tetapi tidak bermakna ia tidak menyeronokkan.

Banyak cabaran melancong ke Korea backpacker ni. Kena rajin buat research. Pandai-pandailah uruskan sendiri tanpa bantuan tourist guide.

Melancong ke Korea musim sejuk

Untuk merasai pengalaman bermain salji, pilihlah tarik percutian pada musim sejuk. Winter di Korea sekita November hingga Januari. Jangan lepaskan peluang untuk bermain luncur ais dan baling bebola salji!

Persediaan pertama yang harus anda lakukan adalah shopping pakaian tebal. Pakaian seperti swool, winter jacket, sarung tangan, dan boot wajib ada dalam senarai.

Kalau nak tengok panorama menakjubkan, singgalah ke Namsangol Hanok Village. Merasalah pengalaman melancong ke Korea musim sejuk nanti!

Melancong ke Korea musim panas

Suhu di Korea pada musim panas sekita 30 darjah Celsius sahaja. Lebih kurang cuaca di Malaysia. Rasanya tak perlulah bawa pakaian tebal. Cuma mungkin hoodies diperlukan pada waktu malam sahaja.

Semoga impian anda untuk melancong ke Korea menjadi kenyataan. Korea Selatan mempunyai pelbagai tarikan pelancongan yang berbaloi untuk dikunjungi.

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *