Korea

Percutian ke Korea

Percutian ke ke Korea memang menjadi idaman rakyat Malaysia dek kerana pengaruh hiburan dari negara itu. Tambahan pula, kos dan perbelanjaan ke Korea Selatan tidaklah semahal seperti bercuti di Eropah. Dengan harga yang mampu milik, kita sudah dapat merasai pengalaman berada di negara yang suasananya jauh berbeza dengan tanah air sendiri.

Ramai yang ingin melihat sendiri negara Korea Selatan dari sudut budaya, makanan, cuaca, dan pemandangan. Mana tidaknya, sebelum ini hanya dapat melihatnya dari kaca televisyen dan cakap-cakap orang sahaja.

Sekiranya anda sendiri merancang percutian ke Korea, anda mungkin ingin baca artikel ini hingga ke penghujungnya. Kami akan berkongsi beberapa maklumat yang perlu anda tahu untuk melancarkan trip ke sana nanti.

Percutian ke korea musim sejuk

Untunglah kalau merancang percutian ke Korea 2018, sebab hujung tahun ini musim sejuk. Dapatlah anda merasai pengalaman bermain salji. Untuk pengetahuan, suhu di Seoul pada musim sejuk sekitar 5-2 darjah Celsius.

Sama seperti negara Eropah, musim sejuk di Korea sangat indah. Bangunan, pokok, dan jalan raya bakal dilitupi salji.

Sebagai rakyat yang berasal dari negara panas seperti Malaysia, bermain salji sudah tentu satu peluang yang dinanti-nantikan.

Tapi sebelum itu persediaan untuk menempuh Winter haruslah dilakukan. Sediakan pakaian tebal seperti swool, winter jacket, sarung tangan, boot, dan lain-lain.

Lokasi menarik sewaktu musim sejuk di Korea

Istana Gyeongbokgung – Dibina pada tahun 1395, Gyeongbokgung Palace juga dikenali sebagai ‘Istana Utara’ kerana ia terletak di lokasi paling utara berbanding istana lama yang lain.

Alamat: 161, Sajik-ro, Jongno-gu, Seoul

National Palace Museum of Korea – Muzium yang menempatkan item-item asli daripada Dinasti Joseon. Lebih 20,000 peninggalan dari Istana Gyeongbokgung, Changdeokgung, Changgyeonggung, dan Jongmyo Shrine.

Banyak yang boleh anda pelajari tentang sejarah istana zaman silam di sini. Selain itu jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan cenderamata dari kedai hadia yang berhampiran.

Alamat: 12 Hyoja-ro, Cheongunhyoja-dong, Jongno-gu, Seoul, South Korea

Rumah Biru Presiden (Cheong Wa Dae) – Jika Malaysia ada Putrajaya, Korea Selatan pula memilik Blue House sebagai pusat pentadbiran negara. Perkara pertama yang menangkap perhatian anda semestinya jubin biru bangunan ini dengan berlatar belakangkan Gunung Bugaksan.

Alamat: 1, Cheongwadae-ro, Jongno-gu, Seoul

The Namsan Seoul Tower – Seperti KL Tower, Namsan Seoul Tower juga merupakan menara telekomunikasi. Antara tarikan menarik di sini adalah ‘Love Lock Trees iaitu pokok yang sering pelancong pasang mangga kunci.

Alamat: 105, Namsangongwon-gil, Yongsan-gu, Seoul

Tips melancong ke korea

Musim

Kaji dahulu musim apa di Korea pada tarikh lawatan anda. Kalau pada musim sejuk, pastikan kelengkapan pakaian semua lengkap. Ingat suhu di sana sangat rendah. Anda memerlukan baju yang tebal.

Suhu pada musim uruh juga agak rendah. Oleh itu buat research tentang purata suhu di sana.

Tiket flight

Syarikat penerbangan Air Asia sering mengadakan promosi ke Korea. Bila dah nampak tiket murah tu terus tempah. Sebab kita tidak tahu bila mereka akan buat promosi yang sama.

Agensi dan pakej pelancongan

Untuk mengelakkan kekeliruan sewaktu berada di sana, kami cadangkan anda menggunakan khdimat agensi pelancongan. Kerana anda akan di bawa ke tempat-tempat menarik oleh pemandu pelancong yang berpengalaman.

Tetapi hire agensi yang dipercayai ya? Lihat dahulu reputasi syarikat berkenaan. Ini adalah salah satu cara untuk mengelak dari ditipu oleh agensi pelancongan.

Itinerary ke Korea

Itinerary pun penting juga dalam merancang percutian. Ia boleh merancang setiap pergerakan anda sewaktu di sana kelak. Senaraikan tempat tempat menarik yang ingin dikujungi dan tempoh anda berada di sana.

Selain itu pastikan juga yang anda stick to the plan. Kalau tidak kucar kacir nanti, dan masa akan terbuang begitu sahaja.

Wifi

Hah! Tips yang tidak kurang juga pentingnya jika kita ingin melancong ke luar negara. Ramai yang mengatakan banyak Wifi percuma di Korea. Maklumlah, negara majulah katakan. Even dalam subway pun ada, tapi khabarnya anda perlu bayar untuk mengakses Wifi.

Tetapi untuk persediaan, aktifkan roaming dan kami cadangkan beli Pocket Wifi sahaja. Pocket Wifi ni banyak dijual di lapangan terbang.

Makanan dan restoran halal

Korea bukan negara Islam, jadi agak sukar untuk mencari tempat makan halal di sana. Anda kena research awal-awal lokasi restoran halal di Korea.

  • EID – 이드 Halal Korean Food | Alamat: 67, Usadan-ro 10-gil, Yongsan-gu, Seoul
  • Makan Halal Korean Restaurant | Alamat: Usadan-ro 10 gil, Yongsan-gu, Seoul, South Korea 140-911
  • Busan Jib Restaurant | Alamat: 11-4 Myeongdong 8-gil, Myeongdong 2(i)-ga, Jung-gu, 서울특별시 South Korea
  • BoA Guesthouse – Halal Korean Dosirak | Alamat: 15, Sinchon-ro 1-gil, Seodaemun-gu, Seoul, South Korea 120836

Untu menjimatkan perbelanjaan, bawa bekal mee segera, biskut dan roti. Lebih jimat. Kalau anda pilih untuk menetap di guesthouse yang ada dapur, masak sahaja dengan membawa perencah nasi goreng dan sebagainya.

Penginapan

Untuk menjimatkan masa, pilihlah hotel atau guesthouse yang dekat dengan stesen subway dan tempat yang anda ingin lawati.

Seperti biasa, tempahan boleh dibuat secara online melalui laman Agoda atau Booking. Bandingkan semua harga dan pilih yang paling berpatutan.

Backpacker ke Korea

Melancong ke Korea backpacker ni ramai sudah menjadi trend. Bercuti dengan gaya ringkas dan jimat. Tetapi dalam masa yang sama dapat menikmati percutian sama seperti yang lain.

Kalau nak buat backpacker, kena pandai-pandai bawa diri. Segalanya perlu diuruskan sendiri tanpa bantuan tourist guide. Tetapi kami yakin gaya ini juga menyeronokkan. Kalau tidak masakan semakin ramai yang melakukannya.

Begitulah serba sedikit informasi tentang percutian ke Korea yang perlu anda tahu. Semoga artikel ini bermanfaat untuk trip ke Korea anda kelak!

 

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!