Untuk melancong ke luar negara bukan semudah yang disangka. Tidak seperti bercuti di dalam negara, banyak persediaan yang perlu dilakukan. Dari menguruskan passport, hinggalah ke makanan halal, ia memerlukan perancangan yang teliti dan tidak boleh di pandang ringan. Sama juga sekiranya anda ingin ke Korea Selatan. Negara ini menjadi salah satu negara yang sering dikunjungi rakyat Malaysia. Bagi memastikan percutian anda berjalan lancar, memilih agensi pelancongan yang menawarkan pakej ke Korea adalah pilihan yang ideal.
Melancong dengan agensi pelancongan ini sebenarnya memudahkan anda. Kebanyakkan agensi pelancongan menawarkan pakej-pakej menarik pada harga yang sangat berpatutan bagi memenuhi keperluan percutian anda.
Inginkan tips memilih pakej ke Korea? Baca artikel ini sampai habis.
Anda boleh memilih sama ada ingin pergi secara berkumpulan atau persendirian (private). Berkumpulan di sini bermaksud pergi beramai-ramai bersama dengan orang yang tidak dikenali. Maknanya naik bas dan melawat ke tempat menarik bersama.
Kekosongan bagi sesuatu pakej pelancongan yang dipaparkan di laman web bergantung pada kuota bilangan peserta yang ditawarkan oleh ejen.
Sebenarnya seronok juga pergi berkumpulan, lebih meriah dan dalam masa yang sama dapat berkenalan and make friends.
Tetapi pergerakkan anda terbatas kerana terikat dengan jadual. Anda tidak boleh sesuka hati mengubah jadual kerana ini akan menjejaskan rancangan yang telah ditetapkan.
Private pakej ke Korea
Private pakej ini lebih seronok kerana tidak terikat dengan sesiapa. Hanya anda, famili/rakan dan pemandu pelancong. Ini bermakna sekiranya anda tidak berkenan dengan pelan percutian yang ditawarkan dalam pakej, anda berunding dengan agensi dan tourist guide.
Bukan semua mahu ke Nami Island, dan adakalanya pelanggan pergi Korea hanya untuk shopping. Jadi rancang percutian pengkut kehendak sendiri, tetapi dengan bantuan tourist guide.
Pakej persendirian ini lebih mahal berbanding secara berkumpulan. Tetapi sangat berbaloi dengan harga yang anda bayar! Kalau anda kini merancang untuk ke Korea Selatan tahun hadapan, lebih baik mula buat research sekarang.
Cari agensi pelancongan yang berkenan di hati yang menawarkan pakej ke Korea 2019 yang menepati citarasa.
Apa yang diperlukan dalam setiap pakej palancongan ke Korea?
Berlesen & dipercayai
Langkah pertama yang perlu diambil adalah memastikan agensi tersebut mempunyai Lesen Pengendalian Pelancongan yang disahkan dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan. Cara ini adalah untuk mengelakkan ditipu oleh agensi pelancongan.
Selain itu, lihat rating yang dinilai oleh pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka. Caranya lihat rating di laman Google dan Facebook. Selain itu baca juga testimoni pelanggan.
Tourist trap
Hah, ramai kena ini. Tourist trap di sini bermaksud anda terlampau terikat dengan jadual. Ada juga agensi yang memaksa anda membeli dan mendengar ceramah yang bukan-bukan.
Ada juga agensi yang memaksa anda ke kedai tertentu dan mengatakan kedai itu menjual barang dengan harga paling murah. Walhal mereka akan mendapat komisen atas setiap belian.
Restoran halal
Apabila melancong ke ke luar negara, kekangan utama ketika berada di sana adalah soal makan. Korea bukan negara Islam. Pemandu pelancong akan  memastikan anda dapat menikmati makanan halal kena dengan citarasa orang Malaysia.
Seeloknya anda buat research lebih awal. Di enjin carian Google banyak mencadangkan restoran halal di Korea.
Solat terjaga
Sebagai orang Islam, itinerary percutian ke Korea haruslah disusun supaya dapat menjaga waktu solat. Banyak je masjid di Korea, seperti:
Masjid Al-Falah IKMI Seoul Korea
- Seoul Central Mosque
- ANSAN MASJID
- Masjid Al Barokah
Pakej ke Korea
Masih sempat kalau anda nak ke Korea pada hujung tahun ini. Pilih agensi menawarkan pakej murah ke Korea 2018. Teliti pakej bersesuaian dengan bajet. Sekarang ini trend melancong gaya backpackers.
Gaya lebih murah dan ringkas. Tetapi masih boleh menikmati percutian yang hebat.
Nah, kalau anda mempunyai bajet besar dan mahukan percutian yang selesa pilih sahaja pakej premium.
Percutian ke Korea musim sejuk
Kalau nak merasa suhu dingin, elok pergi pada bulan November hingga Januari. Untuk itu, anda perlu melakukan persiapan awal dengan membeli pakaian tebal.
Pelbagai aktiviti yang anda boleh buat pada musim sejuk. Contohnya bermain ski di kawasan pergunungan. Pemandangan Seoul juga cukup indah dengan bangunan serta jalan raya dilitupi salji.
Plan sekarang kalau nak pergi pada hujung tahun nanti. Masih banyak pakej melancong ke Korea 2018 yang dibuka oleh agensi pelancongan.
Bukankah seronok kalau dapat pakej ke Korea yang sempurna. Kami ingin ingatkan sekali lagi supaya buat kajian tentang agensi pelancongan teliti. Barulah berbaloi dengan segala belanja yang dikeluarkan.