Korea

Tempat Menarik di Korea

Korea memang destinasi percutian yang siapa sahaja di Malaysia teringin nak pergi. Sebabnya? Mungkin disebabkan satu satunya negara yang paling dekat dengan musim sejuk, atau mungkin orang kita yang terpengaruh dengan filem filem popular dari sana. Seperti filem Swiri pada tahun 1999, kalau Swiri anda tak pernah dengar, tapi kami pasti filem Autumn in My Heart pada tahun 2000 dan Winter Sonata pada tahun 2004 yang memang sudah pasti menggamit hati siapa sahaja untuk cuba berada di set lokasi romantik di sana.

Lagi pun dengan K Pop nya, dan orang orang sana yang memang kita sedia maklum punyai teknologi kosmetik yang canggih. Padan lah, kalau memang ada lawatan khas untuk ke pusat kosmetik di sana juga.

Apa apa pun, berikut adalah antara tempat tempat menarik di Korea yang anda boleh lawati secara backpacker sendiri atau pun menggunakan travel agent.

Nami Island

Kalau nama tempat Nami Island mungkin kita tidak berapa kenal akan popularitinya, tapi kalau anda tahu tempat ini lokasi pengambaran Winter Sonata di buat. Pasti sesiapa sahaja ingin datang untuk bersiar siar di sini. Nami Island memang popular dengan tarikan semula jadi, terletak lebih kurang 2 jam daripada bandar Kota Seoul.

Anda juga boleh berbasikal dan melakukan aktiviti sukan air di sini.

Soyanggang Sky Walk

Di Soyanggang Sky Walk anda boleh lihat keindahan Tasek Uiamho. Mungkin ada yang gayat untuk berada di skywalk ni, bukan disebabkan kedudukannya yang tinggi sahaja, malah dasar pejalan kaki nya juga dibuat daripada transparent glass sepanjang 156 m.

Anda yang naik ke atas, pastikan guna shoe cover yang disediakan, mana yang pakai kasut tumit tinggi minta tukarkan dengan selipar untuk keselamatan anda. Mana yang sanak saudara yang menggunakan kerusi roda, minta tukar kepada kerusi roda yang disediakan khas oleh pihak pengurusan.

Harga Tiket

Individuals – Adults 2,000 won / Teenagers 1,500 won / Children 1,000 won

Groups – Adults 1,600 won / Teenagers 1,200 won / Children 800 won

Dongdaemun Market

Dongdaemun Market atau pun Tongdaemun adalah tempat membeli belah. Dikhabarkan di sini adalah market terbesar untuk jual beli pakaian mengikut trend terkini. Daripada jenis fabrics yang paling latest sehingga ke trend terbaru semua nya anda boleh dapat di sini.

Bermula sejak 1905 lagi, dan pada tahun 1970 ia mula dibina sebagai pusat textile industry. Ditambah pula dengan shopping complex ternama, membuatkan Dongdaemun Market menjadi fashion street yang paling popular di Korea.

Design Plaza

Di Design Plaza popular dengan taman bunga berlampu, daripada kawasan luas yang tidak nampak apa apa pada waktu malam bertukar menjadi tarikan yang sangat menarik pada waktu malam. Jumlah lampu LED yang dipasang pada bunga bunga rose lebih kurang 25 ribu. Anda boleh bayangkan sendiri betapa luas dan cantik nya pemandangan di sini.

Ada banyak lagi tempat tempat menarik di Korea. Untuk kemudian hari, kami akan tambah untuk makluman anda. Atau, anda boleh lihat Visit Korea untuk pemandangan romantik diwaktu malam.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!