Hotel di Kuantan memang terdapat banyak pilihan untuk anda menginap. Dari 4 star hotel, hingga lah ke 2 star hotel, mahupun hotel bajet.
Bergantung kepada bajet dan tahap kepuasan yang anda inginkan. Seperti contoh, tempat mandi manda swimming pool mungkin tidak terdapat di hotel bajet, tapi memang disediakan untuk hotel yang lebih mahal sedikit sewaannya.
Begitu juga dengan kelengkapan gymnasium dan juga free parking.
Senarai yang kami lengkapkan di bawah adalah hasil daripada personal review yang kami siapkan pada awal 2018 yang lepas. Selepas 9 tahun krew kami tidak menjejakkan kaki ke Kuantan, sudah banyak perubahan yang tedapat di sana. Dari segi kemudahan shopping complex, sehinggalah tempat penginapan yang banyaknya ada di sekitar bandaraya Kuantan.
Jadi, dari segi lokasi nya yang strategik mungkin tiada masalah. Kesemua senarai hotel ini memang terletak betul betul disekitar bandar utama. Hanya bergantung kepada bajet penginapan dan tahap kelengkapan yang anda mahukan.
Berikut adalah antara hotel yang kami cadangkan..
Vistana Kuantan City Centre – 4 star hotel
Hotel ini adalah antara hotel yang paling banyak mendapat ‘repeat customer’ berbanding dengan hotel lain di Kuantan. Mungkin disebabkan kemudahannya yang pelbagai, dan juga 80 reviews mengatakan yang staff Vistana Kuantan City Centre mesra dengan pelanggannya, 56 orang memuji kebersihan dan 47 orang mengatakan keselesaan katilnya. (noted from Booking.com).
Hotel ini dilengkapi dengan
- swimming pool
- gymnasium
- free parking
- non smoking room
- breakfast area
Harga, dari RM 216 – RM 550 untuk bilik suites
Padan lah kalau hotel ini mendapat rating 8.3.
Untuk pengetahuan anda, bukan mudah untuk mana mana hotel mendapat rating yang melebihi 8.0 ke atas, dan Vistana Hotel adalah antara 6 hotel yang mendapat rating yang baik di Kuantan.
Antara lainnya ialah
Hotel ini adalah hasil daripada pembangunan investment daripada dana koperasi syarikat dibawah seliaan kerajaan negeri. Semasa krew TeamTravel kami memilih Kuantan sebagai tempat destinasi untuk di review, Kosma Hotel lah menjadi pilihan utama. Dengan harganya lebih murah berbanding dengan yang lain, keselesaan yang kami dapat. Dengan juga breakfast yang turut disediakan.
Hotel ini mendapat rating 8.2 in overall, tapi untuk rating lokasinya yang strategik ia mendapat 8.6 hasil daripada review mereka yang sudah menginap di sini.
Berdekatan dengan Hotel ini juga ada disediakan kedai serbaguna yang juga hasil daripada dana koperasi kosma. Dan dihadapannya, terletak masjid cantik untuk memudahkan kita bersolat.
Harga, serendah RM 101 sehingga RM 190
The Zenith Hotel Kuantan – 5 star hotel
Hotel ini boleh dikatakan akan menjadi ikon untuk bandaraya Kuantan, hasil daripada bentuk bangunannya kembarnya yang menarik.
Zenith Hotel, Kosma Business Hotel, Rocana Hotel adalah antara hotel yang betul betul berdekatan dengan shopping complex utama di Kuantan. Dan dengan menginap di Zenith, hanya memerlukan 5 minit jalan kaki ke East Cost Shopping Mall.
Berbanding dengan Vistana hotel, lebih banyak review yang memuji akan kemesraan staff nya, berbanding dengan Zenith hotel, yang lebih ramai berpuas hati dengan kedudukannya yang strategik. Kalau Kosma Business Hotel, mendapat 8.6 untuk top location, tapi Zenith mendapat 8.8 rating sebagai penginapan yang paling strategik.
Harga paling rendah ialah RM 363 untuk satu malam
Rocana Hotel – 3 star hotel
Rocana Hotel juga antara hotel yang pasti anda perasan kerana seni bina dinding cerminnya yang menarik perhatian. Kedudukannya betul betul berhampiran dengan East Cost Shopping Mall. Kalau krew kami sekali lagi melawat Kuantan sekali lagi, pasti Rocana Hotel antara yang menjadi pilihan utama.
Prince range nya juga, boleh diterima juga, dengan RM 200 hingga RM 300 untuk satu malam.
Adakah TeamTravel hanya mementingkan rating sahaja semasa review hotel di lakukan? Sudah pasti tidak sama sekali. Banyak lagi faktor yang menjadi pilihan, terutamanya apabila pihak kami diberi peluang untuk tidur dan duduk sekali di mana mana hotel yang berkenaan.
Tambah lagi, rating yang disediakan oleh Booking juga bergantung kepada berapa banyak orang yang meninggalkan review. Seperti contoh, 8.2 rating review yang Kosma Business Hotel dapat mungkin tidak sama dengan 8.3 Vistana Hotel dapat, kerana review yang ditinggalkan di Vistana mencecah 1000 orang, berbanding dengan 55 orang sahaja di Kosma.
Begitu juga dengan Zenith, review yang ditinggalkan ketika artikel ini ditulis, mencecah hampir 2 ribu orang. Sudah pasti 2 ribu orang lebih tepat reviewnya berbanding dengan 55 orang. Apa apa pun, anda nilai dari segi harga, patuhi badget perbelanjaan anda dahulu, baru kelengkapan lain. andai kata destinasi tempat menarik yang ingin dikunjungi adalah lebih utama daripada tempat beristirerat.
Meriton Inn adalah antara hotel kategori bajet seperti Kosma Hotel yang bakal naik juga. Hotel ini pasti akan menjadi pilihan ramai orang untuk short trip.
Tambah lagi dengan harganya lebih berpatutan iaitu serendah RM 100 hinga RM 179 sahaja.
Mungkin masih lagi baru didirikan sekitar akhir tahun 2017, berbanding dengan Kosma, awal tahun 2017.
Setiap bilik dilengkapi dengan TV flat screen dan tea pot untuk minuman. Juga disediakan breakfast ( restaurant ) dan free wifi.
Price range, daripada RM 108 hingga RM 155
Dari segi rating, lebih daripada 650 orang. Hotel bajet ini agak baik juga, kerana masih lagi mendapat 8.3. mungkin disebabkan kedudukannya yang strategik dan makanan yang sedap. Bagi kami, antara yang mungkin menjadi pilhan utama ialah harganya yang lebih rendah berbanding dengan hotel yang lain.
Iaitu serendah RM 79 hingga RM 160 sahaja.
Hotel ini juga menyediakan restaurant atau café sendiri untuk para pelanggannya.
Berikut antara hotel hotel lain yang mungkin menjadi pilhan lain anda.
Skytree Hotel – 2 star hotel
Harga – RM 118 – RM 182
Antara lokasi yang strategik di Kuantan juga, harga serendah RM 160 hingga RM 410
Seasons View Hotel – 2 star hotel | RM 108 – RM 228
Hotel Seri Malaysia – 3 star hotel | RM 90 – RM 170
Selain daripada senarai hotel ini, mungkin ada lagi yang kami tidak masukkan. Seperti contoh, hotel bajet The Pavillion yang betul betul berada di belakang Kosma Business Hotel, bukannya niat untuk underrate mana mana hotel. Tapi memang kami lebih utamakan mana hotel yang pernah krew kami duduki dan mana yang mendapat review terbaik sahaja di Booking.com.