Hotel

#11 Homestay Ada Kolam Renang di Melaka

Menginap di hotel mungkin akan menelan belanja yang besar sekiranya bercuti bersama keluarga besar anda. Maklum sahajalah, hotel budget pula tidak menyediakan bilik luas dan kelengkapan pula agak terhad. Maka, homestay adalah pilihan tepat untuk menginap untuk. Harganya lebih murah, malah lebih selesa untuk anda sekeluarga. Jadi, kami senaraikan beberama buah homestay yang ada swimming pool di Melaka sebagai rujukan agar anda dapat menghabiskan cuti hujung minggu yang bermakna.

Inap Desa Warisan Duyong

Terletak di Kampung Duyong, Homestay Inap Desa Warisan Duyong bakal melakar memori indah bersama keluarga. Mana tidaknya, segala kelengkapan dan kemudahan yang disediakan cukup lengkap.

Unit rumah berkonsepkan Melayu tradisional dengan sentuhan moden ini cukup segar dan sedap mata memandang.

Terdapat 7 buah unit teratak, di mana setiap satunya memiliki dua buah bilik yang mampu memuatkan 4 – 6 orang. Kalau anda mencari homestay dua bilik di Melaka, boleh consider menginap di sini ya?

Kemudahan:

  • Dapur
  • Wifi
  • Penghawa dingin
  • Peralatan BBQ
  • Surau
  • Galeri Warisan
  • Tanah lapang untuk sukaneka

Sebuah kolam renang di sediakan untuk para tetamu berendam bersama keluarga dan rakan. Anak-anak pasti suka! Selain berenang, anda juga boleh memancing.

Baca: Tempat Percutian Menarik di Melaka

Tambahan pula tempat dan peralatan BBQ sudah disediakan tanpa sebarang caj tambahan.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Bandar Melaka – 15 minit
  • Ikan Bakar Muara Sg Duyong – 6 minit
  • Perigi Hang Tuah – 5 minit
  • Zoo Melaka – 20 minit

Harga: RM200 / 1 malam

No.tel : 016-255 3596

Alamat: KM 5.6 Tuah, Kg Jembatan, Jalan Hang Mahmud, Kampung Duyong, 75460 Malacca

Suri Homestay

Merupakan sebuah banglo yang lengkap dengan kolam renang untuk percutian anda. Suri Homestay terletak di pantai Crystal Bay.

Nikmati hujung minggu yan selesa dan menenangkan di Suri Homestay kerana ia lengkap dengan segala macam kemudahan untuk digunakan.

Bagaikan rumah sendiri, banglo ini mempunyai 5 buah bilik yang lengkap dengan penghawa dingin.

Kemudahan:

  • Tv LCD
  • Astro (Super Pack 1)
  • Set BBQ (caj tambahan RM50)
  • Peti ais, rice cooker, dan lain-lain
  • Mesin basuh
  • Sterika

Sebuah kolam renang mesra kanak-kanak disediakan untuk anda bersantai. Bolehlah berenang hingga larut malam.

Laman web: http://surihomestay.blogspot.com/

No.tel: 011-11704430 (Rizal)

Alamat: No 2 Jln Ap 12, Taman Alai Perdana, Crystal Bay, 75460 Malacca

Len D’Village Homestay

Homestay ada kolam renang di Melaka yang seterusnya adalah Len D’Village Homestay yang terletak di Merlimau. Mendapat rating baik dari laman Google, sudah tentulah ia cukup untuk merealisasikan percutian hujung minggu anda.

Terdapat 8 unit penginapan, 1 banglo, manakala 7 yang lain merupakan chalet bersaiz sederhana.

Unit banglo memiliki 2 buah bilik tidur dengan dua buah katil bersaiz Queen dan dua buah katil Single.

Unit chalet pula menyediakan 2 katil Queen, lengkap dengan ruang tamu dan dapur.

Kemudahan:

  • Kolam renang
  • Taman permainan
  • Dapur yang berfungi dengan baik
  • BBQ
  • Penghawa dingin
  • Taman arnab

Len D’Village Homestay lengkap dengan dua buah kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa. Bolehlah anda dan keluarga bersantai pada waktu petang.

No.tel: 013-618 5824

Alamat: Taman Sri Batu Gajah, Kampung Batu Gajah, 77300 Merlimau, Melaka

Andjungseri Homestay Melaka

Juga terletak di Merlimau, homestay yang berkonsepkan exposed bricks yang cukup minimal tetapi elegan. Lihat sahaja landskap backyard nya. Rumput carpet yang menghijau boleh membangkitkan mood santai.

Artikel berkaitan: 5 Tempat Menarik untuk Family Day di Melaka

Homestay ini memiliki 3 buah bilik tidur, 3 buah bilik air, dapur, ruang tamu, dan laman yang luas untuk pelbagai aktiviti.

Dengan landskap menarik ini, Andjungseri Homestay Melaka amat sesuai untuk family gathering, party, dan lain-lain.

No.tel: +60 19-657 0942

Alamat: PT 3230 Jalan Seri Serkam 10 Taman Seri, Kampung Serkam Darat, 77300 Merlimau, Malacca

Mymomhouz

Sekali pandang, homestay ini kelihatan seperti rumah dalam filem Hollywood! Nice betul pemandangannya dari luar. Memiliki rekebentuk zaman kolonial US, Mymomhouz merupakan antara homestay yang terbaik di Jasin, Melaka.

Keindahannya bukan hanya terletak pada dekorasi luaran, bahkan hiasan dalamannya juga bakal membuatkan tetamu selesa sewaktu percutian.

Mampu memuatkan sehingga 20 orang, homestay ini lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dan anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menari bersama keluarga.

Kemudahan:

  • Penghawa dingin
  • Dapur yang berfungsi
  • Kolam renang
  • Gelanggang bola keranjang
  • Chess/carrom
  • Peralatan BBQ

No.tel: 012-202 1851

Alamat: 1042 Jalan Kesang Pajak, Jasin

Tea Hill Homestay

Reka bentuk cottage comel ini pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja. Bahkan itu turut memiliki sentuhan ala Inggeris. Warnanya yang lembut turut menjadi nilai tambah keindahan homestay ini.

Terdapat empat unit homestay. Setiap satu daripadanya mempunyai dua buah katil dan lengkap seperti bilik hotel. Hiasan dalamannya juga cantik. Ringkas tetapi elegan.

Kolam renangnya yang luas sudah tentu dapat menceriakan percutian anda. Kolam renang untuk dewasa dan yang cetek untuk kanak-kanak.Β  Bukan senang nak cari homestay ada kolam renang di Melaka.

Tea Hill Homestay adalah salah satu darinya yang cukup istimewa. Rugi kalau tak menginap di sini bersama keluarga besar anda.

Kemudahan:

  • Kolam renang
  • Penghawa dingin
  • Peralatan BBQ
  • Padang bola
  • Peralatan memancing

Harga: dari RM240 semalam

No.tel: 016-471 5271

Alamat: Lorong Azizi 2, 77200 Bemban, Melaka

Pondok Pondok

Pernah viral dek kerana keunikan dan keindahan kawasan serta reka bentuknya, Pondok Pondok menawarkan bpercutian β€˜dalam dusun buah’ yang tenang, tetapi lengkap dengan fasiliti moden.

Homestay ini membolehkan anda mendekatkan diri and adengan alam semula jadi. Dekorasi dalaman dan landskap moden membuatkan anda berasa nyaman dan cukup sempurna untuk percutian singkat.

Terdapat tiga jenis penginapan iaitu:

  • Standard
  • Pool view
  • Family

Setiap bilik memiliki keistimewaaan tersendiri seperti boleh memuatkan lebih ramai tetamu, view kolam renang, dan harga bajet.

Baca: Pantai Menarik di Melaka

Usah risau, kerana setiap satu daripadanya lengkap dengan fasiliti seperti:

  • Astro Njoi
  • Katil empuk dan selesa
  • Penghawa dingin
  • Kipas
  • Kolam renang
  • Kelengkapan BBQ
  • Wifi
  • Dapur

Kalau anda menginap pada musim buah, bolehlah menikmati buah buahan tropika seperti durian, rambutan, dan manggis.

Laman web: http://pondokpondok.com/

Harga: dari RM200 semalam

Alamat: Lot 282, Jalan Jenuang, Kampung Ayer Molek, 75460 Ayer Molek, Melaka

Desa Cheng Homestay

Mencari homestay Melaka Klebang? Kamis suggest Desa Cheng Homestay. Untuk pengetahuan, homestay ini tidak memiliki swimming pool, tetapi dekat sahaja dengan Pantai Klebang.

Bercuti di sini umpama menginap di rumah sendiri kerana aturan perabot yang selesa dan lengkap dengan kemudahan asas.

  • 4 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Dapur
  • Mesin basuh

Malah, lokasinya yang strategik membuatkan homestay ini dekat dengan tempat-tempat menarik dan restoran.

Harga: dari RM300

No.tel 019-938 3338

Alamat: 32, Jalan Cheng Perdana 1/27, Taman Cheng Perdana, 75250 Melaka

Villa Atuk Den

Untuk homestay Alor Gajah ada kolam renang pula, kami cadangkan anda memilih Villa Atok Den. Sebuah banglo dengan 4 buah bilik tidur. Cukup luas, lengkap dnegan laman dan sebuah kolam renang yang boleh memuatkan anda sekeluarga.

Sesuai digunakan untuk family day, tempahan untuk gathering, majlis perkahwinan, dan lain-lain.

Kemudahan

  • Penghawa dingin
  • Kolam renang
  • Astro
  • Peralatan BBQ
  • Dapur yang berfungsi dengan baik

Selain itu, Villa Atuk Den ini cuma 5 minit dari AFamosa Theme Park.

No.tel: 018-380 4946

Alamat: Jalan Kemus / Sempang Ampat, A Famosa, 78000 Alor Gajah, Melaka

Casugria Boutique Residence

Namanya agak unik dan moden, namun usah gusar kerana harga penginapan di homestay ini agak murah dan munasabah. Terletak di Bandar Hilir membuatkan anda senang untuk ke tempat tempat menarik seperti A Famosa, Muzium Samudera, atau Menara Taming Sari.

Casugria Boutique Residence menawarkan percutian yang menenangkan dek kerana reka bentuk dan ciri Melayu tradisionalnya. Tambahan pula, setiap penjuru kawasan dikelilingi pokok-pokok yang menerbitkan rasa segar.

Baca: Tempat Menarik di Bandar Hilir Melaka

Sesuai untuk honeymoon dan keluarga kecil, dan mesra Instagram.

Kemudahan:

  • Wifi
  • Kolam renang
  • Astro
  • Komputer
  • Peralatan BBQ

Harga: dari RM278 semalam

No.tel: +6012-326 6089

Alamat: Β 117, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Homestay ada kolam renang di Port Dickson

Red Bricks Homestay Port Dickson

Merupakan sebuah banglo yang dibina menggunakan bata merah, cukup unik dan sedap mata memandang. 4 buah bilik tidur ini sudah cukup untuk memuatkan keluarga besar anda.

Dapurnya juga berfungsi dengan baik, anda boleh memasak dan sebagainya.

Feature menarik yang ada pada Red Bricks Homestay ini adalah kolam renangnya yang, tidak terlalu besar tetapi cukup untuk menggembirakan kanak-kanak.

Kemudahan:

  • 4 katil Queen
  • Peti sejuk
  • Tv
  • Astro
  • Sterika
  • Peti sejuk/Coway
  • Toto, tilam, bantal extra
  • Ruang parking yang luas
  • Peralatan BBQ

Jarak dengan tempat menarik

  • Pantai Peranginan – 5 minit
  • Muzium Tentera – 4 minit

No. tel: 012-256 9298

Alamat: Jalan Bahrudin, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Kami sertakan juga homestay dengan swimming pool di Port Dickson kerana ia tidak jauh dari Melaka. Cuma sekitar 1 jam pemanduan sahaja.

Bukan main banyak lagi homestay ada kolam renang di Melaka. Kalau anda ada cadangan homestay lain yang menarik, kongsikan dengan kami menerusi ruangan komen di bawah. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *