Tak dinafikan Terengganu banyak destinasi percutian yang best. Setiap daerah ada keunikannya. Tempat menarik di Gong Badak khususnya memang cantik dengan keindahan pantai, alam semula jadi dan budaya.
Untuk pengetahuan, Gong Badak merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kuala Nerus. Tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu, iaitu cuma 24 minit perjalanan sahaja.
Kami kumpulkan beberapa lokasi best, berserta dengan rekomendasi hotel dan tempat makan.

Kenapa anda patut kunjungi tempat menarik di Gong Badak?
1. Pantai yang indah
Mandi dan berkelah di Pantai Tok Jembal atau Nyiur Pantai Sauh memang mengasyikan! AIr jernih, pasir memutih & pemandangan yang memukau.
2. Sejarah & budaya
Taman Tamadun Islam & Muzium Negeri Terengganu sudah menjadi signature Terengganu. Tidak jauh dari Gong Badak. Wajib pergi!
3. Makanan yang enak
Salah satu sebab utama mengapa Gong Badak menjadi tumpuan. Kenali budaya & makanan tradisional yang menarik! Tak ketinggalan kafe aesthetic yang menarik perhatian.
4. Hotel menarik & berpatutan
Banyak penginapan yang menarik untuk anda inap. Dari hotel butik, tiga bintang, chalet tepi pantai, hotel ada kolam renang hinggalah homestay yang selesa untuk keluarga besar anda.
Tempat menarik di Gong Badak yang wajib pergi |
Uptown Kontena |
Uptown Kontena merupakan tarikan popular di Gong Badak. Sesuai untuk semua golongan, ia menggabungkan restoran, gaya hidup, & hiburan dalam satu tempat.
- Terletak di tepi Pantai Tok Jembal, suasana redup + angin laut yang segar.
- Restoran menarik yang menyajikan masakan panas, western, kopi & kudapan.
- Tempat lepak yang santai dengan view menarik & ‘Istagrammable’!
Waktu operasi: 5 pm – 1 am |
Pantai Tok Jembal |
Keindahan pantai di Terengganu sememangnya menggamit jiwa. Pasirnya yang memutih merupakan tarikan utama pantai ini.
- Benteng berbatu untuk elak dibadai ombak, tapi masih lagi boleh mandi.
- View laut dan bot nelayan cukup mempersonakan.
- Banyak gerai jualan keropok lekor dan restoran seafood.
Pantai Teluk Ketapang |
Tempat menarik di Gong Badak yang ketiga adalah Pantai Teluk Ketapang. Tidak jauh dari Jambatan Angkat Kuala Terengganu, iaitu 14 minit pemanduan sahaja.
Kawasan ini terkenal sebagai destinasi ‘kedai celup tepung’. Banyak pilihan restoran yang menyajikan hidangan ini.
- Makan seafood celup tepung sedap.
- Restoran tepi pantai.
- Boleh berkelah & mandi pantai.
- Aktiviti berkuda, bermain layang-layang & ATV.
Pasar Malam Gong Badak |
Kalau ke Gong Badak pada weekdays, jangan lepaskan peluang untuk ke pasar malam di Kawasan Perindustrian Gong Badak pada hari Selasa.
- Meriah! Banyak gerai jualan yang boleh buat anda rambang mata.
- Gerai makanan tempat an & aneka pilihan minuman.
- Buah-buahan dan sayuran pada harga rendah.
- Pakaian & aksesori menarik.
- Kawasan jualan yang luas & banyak tempat letak kenderaan.
Alamat: 93RJ+65, Kawasan Perindustrian Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu |
Kampung Budaya Terengganu |
Rugi kalau tak singgah ke salah satu tempat menari di Terengganu ini. Kampung Budaya Terengganu. Terletak di dalam kompleks Muzium Negeri Terengganu.
- Ia mempamerkan tentang kebudayaan, kesenian, dan sejarah negeri ini.
- Galeri seni dan pameran bertaraf antarabangsa.
- 11 zone menarik dan
- Persembahan kebudayaan seperti silat, gamelan, & anyaman.
Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2 | Warga emas & OKU: Percuma
Waktu operasi: 9 am – 5 pm (tutup pada Jumaat) |
Kampung Cina Terengganu
|
Kampung Cina Terengganu ni terletak kira-kira 20 mini dari Gong Badak. Tapi kami selitkan juga sebab anda kena datang sini untuk tengok ‘penempatan tertua’ di negara ini.
Dahulu ia adalah penempatan pedagang China. Kini menjadi pusat pelancongan popular.
Mendapat gelaran “Chinatown Terengganu”.
- Mengekalkan bangunan lama yang menjadi kafe, galeri, dan hotel.
- Banyak spot OOTD, boleh buat konten Tiktok.
- Kafe menarik seperti Escofi Kopitiam, Yaya’s Chinatown.
Tempat makan menarik di Gong Badak |
Kami senaraikan beberapa tempat makan sedap di sini. Bolehlah anda cuba makanan tempatan atau hirup kopi di tepi pantai.
Sakor Cafe |
Untuk peminat kopi dan masakan western, boleh ke Sakor Cafe yang terletak di Kampung Tok Jembal. Lokasinya tidak jauh dari pantai.
- Menu chicken grill, spaghetti, lamb chop sentiasa menjadi kegemaran.
- Aneka pilihan pastries.
- Kopi premium sedap!
- Kedai agak kecil, tapi selesa untuk lepak.
BB Seafood Garden |
Restoran seafood legend di Gong Badak, dah lebih 20 tahun beroperasi. Nak makan masakan panas, Chinsese style & ala Thai? Inilah tempatnya.
- Restoran selesa, sesuai untuk keluarga besar.
- Ala fine dining, tetapi harga masih munasabah.
- Seafood segar seperti ketam, sotong & udang galah.
- Menu popular seperti tomyam, daging sizzling, butter prawn, kerabu mangga.
Chocacake Cafe |
Di Terengganu ni banyak cafe aesthetic yang menawarkan view pantai & menu popular. Salah satu yang wajar anda cuba adalah Chocacake Cafe di Pantai Tok Jembal.
- Betul-betul di tepi pantai, boleh hirup udara segar.
- Berpuluh jenis kek, pastries, & dessert.
- Kopi premium & aneka minuman coklat.
- Bagel sedap, boleh campur inti pilihan masing-masing.
- Highly recommended!
Hotel & homestay murah di Gong Badak |
- D’Razna Inn @ Tok Jembal – RM126
- The Serai Cottage Downtown Hotel – RM117
- RImba Hotel – RM114
- Villa Seri Mayang – RM88
Waktu terbaik untuk ke Gong Badak, Terengganu
- Best time to visit Gong Badak adalah pada bulan Febuari hingga April kerana cuaca amat baik. Tidak terlalu panas & tidak hujan.
- Manakala, pada Mei hingga September pula terlalu panas sekitar 31℃. Sekiranya anda becuti pada waktu ini, guna payung, topi, dan pakai sunscreen kalis air tau! Anda akan kuat berpeluh nanti!
- Elak bercuti pada musim tengkujuh di pantai timur pada Oktober hingga Januari. Hujan sepanjang hari, pantai bergelora & berisiko banjir.
Gong Badak ni sesuai percutian hujung minggu. Banyak aktiviti pantai, dekat dengan pusat bandar dan tidak terlalu sibuk. Anda ada cadangan lain? Kongsikan dalam ruangan komen di bawah.
8 Tempat Menarik di Ipoh Waktu Malam – Best untuk Lepak!
12 Tempat Menarik di Butterworth (2025) TERKINI
13 Tempat Menarik di Alor Gajah 2025 | BEST Untuk Keluarga!
12 Tempat Menarik di Cameron Highlands Waktu Malam TERKINI