Tempat Menarik

10 Tempat Menarik di Kemaman untuk Percutian Keluarga

Terletak di selatan negeri Terengganu, Kemama tidak kurang juga hebatnya dari segi ekonomi, sosial, dan eko pelancongan. Jika anda dari Pahang, Kemaman adalah pintu masuk ke Terangganu. Oleh kerana ia menghadap Laut China Selatan, Kemaman turut menawarkan beberapa tempat percutian menarik. Kalau nak tahu di manakah tempat menarik di Kemaman, teruskan membaca artikel ini.

#1 Kemaman Zoo and Recreation Park

Percaya atau tidak, Zoo Kemaman merupakan tarikan utama di daerah ini. Ini kerana ia cukup luas, memiliki pelbagai spesis haiwan termasuk binatang liar, bersih, dan terurus. Ia terletak 12 km sahaja dari Bandar Chukai.

Di sini, anda pasti terpegun melihat haiwan-haiwan liar seperti gajah, harimau, tapir, buaya, singa, dan banyak lagi. Tidak perlu ke Zoo Negara, kerana Kemaman sudah memiliki segalanya.

Bahkan, kandang haiwan cukup terurus dan dibina seperti habitat asal mereka. Pengunjung juga berpeluang melihat pertunujukan dan memberi makan haiwan yang jinak.

Aktiviti menarik di Zoo Kemaman terdiri daripada

  • Memberi haiwan makan
  • Menaiki kereta kuda
  • Menonton demonstrasi haiwan
  • Taman permainan
  • Taman tema air mini
  • Menyusuri Sungai Yah untuk melihat kelip-kelip
  • Taman tema air

Menariknya Zoo Kemaman memiliki sebuah taman tema air mini khas untuk kanak-kanak. Sebuah kolam besar dengan air cetek, serta gelongsor yang berliku pasti akan menceriakan anak-anak kecil. Tiket masuk taman tema air ini adalah berasingan iaitu RM5 seorang.

Tidak hairanlah mengapa zoo ini menjadi salah satu tempat menarik di Terengganu.

Harga tiket Zoo Kemaman

Dewasa RM10 | Kanak kanak RM7

Waktu operasi: 9 am – 5pm

Alamat: Majlis Perbandaran Kemaman, Kampung Tabuan, 24000 Kemaman, Terengganu

#2 Pantai Teluk Mak Nik

Tidak sepopular Pantai Cherating, tetapi Pantai Teluk Mak Nik cukup indah dnegna persekitarannya dan pemandangan laut dan bukit bukau. Pesisir pantar juga bersih dan mendamaikan.

n-sabrinaa.com

Dengan deretan pokok rhu yang melambai-lambai, ini membangkitkan ketenangan buat pengunjung. Tidak hairanlah mengapa pantai ini sering menjadi tumpuan pada setiap petang dan hujung minggu.

Antara aktiviti menarik di sini adalah seperti memancing, berkelah, menunggang kuda, dan mandi manda.

Alamat: 24000 Chukai, Terengganu

#3 Muzium Kemaman

Biarpun tidak segah Muzium Negeri Terengganu, Muzium Kemaman tetapi memiliki keunikan dan keistimewaanya yang tersendiri.

Muzium mini ini memfokuskan kepada individu terbilang dari negeri ini.  Mempamerkan biadota, pengorbanan, jasa, serta perjuangan mereka untuk negeri Terengganu, Malaysia, bahkan pada peringkat global.

Syiling dan artifak lama turut dipamerkan untuk tatapan dan informasi pengunjung. Tak rugi ke sini, kerana pamerannya sangat terurus dan mudah difahami.

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: 9 am – 5 pm | tutup pada Jumaat

Alamat: Lot 132, Jalan Sulaimani, 24000 Cukai, Kemaman, Terengganu

#4 River Cruise Sungai Yah Yah

Nak tengok kelip-kelip? Kami cadangkan anda menaiki river cruise di Sungai Yah Yah. River Cruise ini dikendalikan oleh Zoo Kemaman.

Anda akan menaiki bot dan menyusuri sungai yang dikelilingi pokok paya bakau selama 90 minit sebelum tiba di habit kelip-kelip.

Keindahan haiwan ini pada waktu malam tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bukan itu sahaja, pemandu akan informasi akan keadaan sekeliling.

Harga tiket: RM40 termasuk akses Zoo Kemaman dan kolam mandi.

Waktu operasi: 11 am – 12.30 pm | tutup pada Jumaat

Alamat: Majlis Perbandaran Kemaman, Kampung Tabuan, 24000 Kemaman.

#5 Pantai Teluk Kalong

Pantai yang jarang menjadi sebutan, ramai yang tidak tahu akan keindahan yang ada di sini. Struktur pantainya yang melengkung membuatkan ia sesuai untuk aktiviti mandi manda. Maklumlah, pantai ini bersih, landai, dan airnya cetek sahaja.

Disamping itu, anda juga berpeluang melihat bot-bot nelayan yang berlabuh serta pergi balik membawa hasil dari laut.

Untuk mereka yang berasal dari kota raya, pemandangan seperti ini tidak harus anda sia-siakan.

#6 Pantai Kerteh

Tempat menarik di Kemaman yang seterusnya adalah Pantai Kerteh yang terletak 39 minit dari bandar Chukai. Tak rugi anda sekeluarga ke pantai ini. Kerana selain aktiviti mandi manda, pemandangan pantainya yang berbatu dan banyak pohon-pohon rendang memang sesuai untuk berkelah.

Lagipun, banyak deretan gerai yang menjual keropok lekor, jagung bakar, dan air kelapa di sini.

Waktu matahari terbenam juga cukup indah!

Alamat: 24300 Kerteh, Terengganu

#7 Pasar Binjai

Kalau nak ke Pasar Payang memang agak jauh dari Kemaman. Tetapi usah risau, anda masih lagi boleh membeli belah. Singgah sahaja di Pasar Binjai Kemaman yang terletak di Jalan Air Putih.

Pasar harian ini merupakan destinasi terbaik kalau anda ingin mendapatkan snek dan kuih muih tradisional Terengganu.

Alamat: Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu

#8 Kedai Kopi Hai Peng

Breakfast in Kemaman? Kami cadangkan anda ke Kedai Kopi Hai Peng yang terkenal dikalangan penduduk tempatan serta pelancong. Lokasinya di bandar Chukai.

Apa yang istimewa Kedai Kopi Hai Peng adalah biji kopi yang digunakan adalah premium berbanding kedai kopi lain. Sebab itulah anda wajib order kopi di sini. Banyak variasi kopi disediakan seperti Kopi C, Kopi O, dan Cham.

Selain itu, roti bakar di sini tidak kurang hebatnya. Menu roti bun bakar menjadi kegemaran ramai. Rotinya yang dibakar menggunakan arang membangkitkan aroma! Banyak lagi menu lain yang harus anda cuba seperti nasi dagang, nasi lemak, laksam, dan mihun goreng.

Waktu operasi: 7 am – 6 pm

Alamat: K-3753, Jalan Sulaimani, 24000 Chukai, Kemaman, Terengganu,

#9 Restoran Terapung Bukit Kuang

Restoran Terapung Bukit Kuang  memberikan pengalaman dan suasana berbeza buat pelanggan kerana ia memang benar-benar terapung di atas sungai.

Tempat makan best di Kemaman ini menyediakan pelbagai jenis hidangan dari masakan tempatan, ala Thai, dan Western.

Menu popular di sini adalah tomyam, kailan, dan sotong tepung. Kueh tiaw goreng juga tidak kurang hebatnya. Patutlah restoran ini tidak pernah lekang dengan kehadiran pelanggan.

Ia juga merupakan tempat berbuka puasa di Kemaman yang digemari warga tempatan.

Waktu operasi: 4.45pm – 12.30 am

Alamat: Jalan Bakau Tinggi, Kampung Paya, 24000 Chukai, Terengganu

#10 Restoran Ani Selera Kampung

Untuk makan tengah hari di Kemaman, sudah tentulah masakan kampung. Restoran Ani Selera Kampung agak popular dengan kepelbagaian lauk pauk dan ulaman. Anda pasti akan rambang mata melihat lauk yang ada.

Ulam-ulaman yang disediakan memang segar, dimakan pula dengan budu serta pelbagai pencicah istimewa. Ikan Bakar, ayam gulai, udang masak lemak, dan ikan percik di sini memang terbaik.

Waktu operasi: 11 am – 4.30 pm

Alamat: 24000 Chukai, Terengganu

Tempat menarik di Cherating

  • Rimbun Dahan Turtle Hatchery
  • Kam’s Surf Shack
  • Intan Seafood Restaurant
  • Ombok Cherating Surf Café
  • Hafiz’s Cherating Activities
Teluk Cempedak

Tempat menarik di Kuantan

  • Teluk Cempedak
  • Mini Zoo Park Teruntum
  • Taman Gelora
  • Kula Cakes
  • Air Terjun Sungai Pandan
  • Kuantan River Cruise

Banyak juga tempat menarik di Kemaman. Kami yakin lokasi-lokasi di atas dapat menceriakan hujung minggu atau cuti sekolah anda dan keluarga. Selamat bercuti!

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!