Tempat Menarik

10 Tempat Menarik di Dungun

Dungun merupaka salah satu daerah yang kedua terbesar di Terengganu. Dengan struktur geografinya yang pelbagai, membuatkan Dungun memiliki beberapa lokasi yang baik untuk sektor pelancongan. Mari lihat senarai tempat menarik di Dungun yang boleh anda sekeluarga lawati.

#1 Tasik Puteri Bukit Besi

Tasik buatan manusia hasil dari perlombongan bijih besi pada zaman dahulu kini menjadi destinasi menarik di Dungun. Keindahan pemandangan tasik ini sukar digambarkan dengan kata-kata. Panorama bukit bukau dan tasik yang jernih menggamit pasti menggamit pengunjung.

Tambahan pula adanya sebuah pulau kecil dengan jambatan menambahkan lagi tarikan Tasik Puteri Bukit Besi ini.

Agak popular di kalangan pelajar UiTM, dengan adanya gazebo dan laluan pejalan kaki, membuatkan lokasi ini menjadi tumpuan setiap hujung minggu.

Alamat: 23200 Bukit Besi, Terengganu

#2 Pantai Teluk Bidara

Sebuah pantai yang unik dek kerana struktur pantainya yang melengkung dan berbatu. Airnya yang cetek, tidak bergelora, dan jernih membuatkan Pantai Teluk Bidara ini selamat untuk aktiviti mandi manda.

Menariknya sewaktu fenomena air surut, batu-batuan akan terdedah dan menampakkan sebuah gua kecil. Ramai yang ambil kesempatan untuk masuk ke dalamnya.

Kemudahan seperti tempat letak kereta, tandas, taman permainan, dan gerai makan tersedia buat pengunjung.

#3 Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin (TUMEC)

Merupakan pusat penyelidikan dan pemuliharaan penyu. Ia juga dibuka untuk orang ramai untuk mengenali dan mempelajari tentang spesis unik yang sinonim dengan negeri Terengganu ini.

Banyak informasi menarik tentang spesis terancam ini. Anak-anak pasti akan suka akan pameran, replika, dan informasi berbentuk interaktif.

Pengunjung juga berpeluang memegang penyu. Menarik bukan? Ia adalah tempat menarik di Terengganu selain pulau yang harus anda lawati.

Harga tiket: Percuma

Alamat: No. 1, Rantau Abang, Terengganu, 23000 Kuala Dungun

#4 Pantai Teluk Lipat

Tempat menarik di Dungun yang seterusnya adalah Pantai Teluk Lipat yang terletak tidak jauh dari bandar Dungun. Rimbunan popkok membuatkan pesisir pantai ini sangat redup dan sesuai untuk berkelah.

Airnya juga bersih dan pantai ini dijaga rapi. Bolehlah anda sekeluarga merakam foto kenangan.

Tambahan pula, banyak gerai menjual snek seperti keropok lekor, satar, dan jagung bakar.

#5 Pantai Tajung Jara

Terletak bersebelahan dengan Pantai Teluk Bidara. Merupakan destinasi percutian menarik di Dungun. Pantainya landai, dan menampakkan batuan besar berwarna hitam.

Pengunjung boleh berjalan dan menghasilkan kualiti gambar menarik di sini. Banyak juga resort menarik di Pantai Tanjung Jara ini seperti Tanjung Jara Resort dan Casa Tanjung Jara.

Mungkin ini adalah pantai tercantik di Dungun. Rugi kalau tidak singgah ke sini.

#6 Sungai Bangang

Nama sungai ini agak mencuit hati, tapi percayalah kejernihan air sungai ini akan memukau anda! Tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil kerana ia memerlukan anda untuk mendaki dan menyusuri denai.

Kalau datang bersama rakan-rakan memang terbaik. Tidak terlalu sukar, mereka yang tidak mempunyai pengalaman hiking pun boleh ke sini.

Kejernihan air sungai di sini membolehkan anda bergambar pada dasar. Ditambah pula dengan keindahan flora membuatkan lagi Sungai Bangang ini cukup istimewa.

#7 Pantai Batu Pelanduk

Mendapat namanya dari batuan besar yang berbentuk seperti pelanduk. Pantai ini tidak kurang juga hebatnya. Dari segi pemandangan memang cantik dan memukau. Struktur batu batuan di sepanjang pantai menjadikan ia lain dari yang lain.

Airnya cetek, sesuai untuk mandi manda. Tetapi hati hati untuk mengelak dari tergelincir.

#8 Hola West Dungun

Untuk tempat makan menarik di Dungun, kami cadangkan anda ke Hola West yang terletak di Jalan Pantai Sura. Dari jauh, ia kelihatan seperti gerai makan biasa. Tetapi Hola West merupakan sebuah restoran ala hipster yang menyediakan masakan western yang menyelerakan.

Bermacam jenis hidangan western boleh anda order termasuklah burger istimewa di mana dagingnya menggunakan resepi khas.

Waktu operasi: 5 pm – 11 pm | tutup pada Sabtu dan Ahad

Alamat: 561-A, Jalan Pantai Sura, Kampung Sura Pantai, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

#9 Di Atas Sungei

Menarik nama restoran ini. Agak mahal tetapi sangat berbaloi dengan keenakan dan keselesaannya. Menyediakan pelbagai jenis hidangan tempatan, western, ala Thai, dan Italian.

Lokasinya juga unik di mana ia terletak di atas sebatang sungai yang mengealirkan airnya ke laut. Pelanggan dala masa sama dapat menghirup udara segar dari rimbunan pohon dan bunyi desiran air pantai.

Alamat: Tanjung Jara Resort Batu 8, Off, Jalan, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

#10 Pantai Rantau Abang

Tempat menarik di Terengganu yang terkenal sebagai lokasi pendaratan penyu untuk bertelur. Kalau datang sekitar Mei hingga September, anda berpeluang melihat penyu bertelur.

Anda boleh singgah ke Pusat Penerangan Penyu berdekatan info lanjut. Banyak juga input dan pameran di sana.

Pada waktu siang pula, pantai ini akan menjadi lokasi riadah penduduk setempat. Melihat panorama pantai, menikmati angin segar, mandi manda, berkelah, serta makan keropok lekor.

Tempat Menarik di Besut

  • Pantai Air Tawar
  • Air Terjun Belatan
  • La Hot Spring
  • Air Terjun Lata Tembakah

Tempat menarik di Setiu

  • Gunung Sarut
  • Hutan Lipur Latar Payung
  • Pantai Telaga Papan
  • Pantai Merang Beach

Tempat Menarik di Paka Terengganu

  • Teluk Gadung City Garden
  • Taman Tasik Tanjung Sura
  • Bukit Bauk
  • Rumbia Resort Villa

Tempat Menarik di Kelantan

  • Pasar Siti Khadijah
  • Wakaf Che Yeh
  • Wat Phothivihan
  • Pantai Tok Bali
  • Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Semoga artikel tempat menarik di Dungun ini dapat menjadi rujukan percutian anda kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!