Tempat Menarik

Apa Yang Ada di Pasar Payang, Terengganu

Bercuti di Kuala Terangganu tidak sah kalau tidak singgah membeli belah di Pasar Payang. Ia dalah lokasi wajib buat pelancong luar dan dalam negara untuk membeli barangan harian. Kalau nak tahu, lokasi Pasar Payang kini berada di Jalan Sultan Zainal Abidin.

Apa yang menarik di Pasar Payang? Apakah jenis barangan yang dijual? Teruskan membaca artikel ini.

Pasar Payang boleh dikatakan sebagai syurga membeli-belah baik buat penduduk tempatan mahupun pelancong. Inilah lokasi terbaik untuk anda mendapatkan produk hasil tempatan. Seperti songket tenun, batik, sutera dan tudung selain keropok, barang kemas, kraftangan, dan lain.

Ia juga merupakan lokasi utama untuk mendapatkan barangan runcit, barang basah, dan ikan segar.

Pasar Payang Baru

Pasar yang sebelum ini gah di Jalan Kampung Cina kini menjalani penambah baikkan sejak dibina pada 1960-an.

Lokasi terbaharu Pasar Payang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin, iaitu betul-betul di tepi Sungai Terangganu.

Untuk keselesaan peniaga dan pelanggan, pasar baru ini lebih luas, bersih dan teratur. Selain itu ia dilengkapi dengan tandas, surau, tempat letak kenderaan yang cukup untuk menampung jumlah pengunjung yang semakin bertambah.

Selain itu bangunan dua tingkat itu lengkap dengan tempat persalinan bayi, eskelator, dan penghawa dingin untuk mengikut peredaran semasa. Tetapi dalam masa sama, ia masih mengekalkan konsep tradisional dan tradisi negeri Terangganu. Inilah yang membuatkan Pasar Payang 2019 lebih segar di mata pengunjung.

Malah, landskapnya lebih indah. Gabungan warna coklat dan putih ini memang membangkitkan suasana segar, lebih-lebih lagi anda dapat mengambil angin di tepi sungai.

Bagus jugakan Pasar Payang pindah ke tempat baru ni. Lebih mesra pelanggan.

Keistimewaan Pasar Payang

Keunikan pasar ini terletak pada jenis barangan yang dijual. Di sini, anda boleh mendapatkan segala macam barangan untuk melengkapkan percutian di Terengganu.

Banyak sekali pilihan kain songket, batik, dan tenun, dan ia dijual pada harga berpatuan. Lebih murah dari tempat lain. Inilah tarikan utama Pasar Payang.

Inilah masanya untuk anda membeli snek atau kudapan tradisional untuk dibawa pulang. Ini kerana kebanyakannya hanya boleh didapati di Terengganu sahaja.

Kami sarankan anda melakukan tawar-menawar dengan peniaga. Manalah tahu, jika dapat harga yang lebih murah?

Terdapat lebih 700 lot kedai di Pasar Payang baru Terengganu ini. Ia dibahagikan mengikut jenis jualan iaitu kedai emas, bahan basah, alatan dapur dan kraf, pakaian serta medan selera di tingkat atas.

Lokasi Pasar Payang: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 8.30 am – 6 pm | tutup pada Jumaat

Pastikan anda luangkan masa untuk membeli-belah di Pasar Payang. Memang berbaloi, tidak hairanlan mengapa ia menjadi salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu. Kami yakin, anda tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!