Tempat Menarik

Tempat Menarik di Putrajaya

Putrajaya merupakan sebuah bandar di Kuala Lumpur yang turut dikenali sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan negara. Sejak dibina pada 1995, ia turut meletakkan beberapa mercu tanda yang mempunyai seni bina unik. Oleh itu, banyaklah tempat menarik di Putrajaya. Ia kini menjadi pusat pelancongan terkenal di KL dan telah menarik ramai pelancong.

Dalam artikel kali ini kami akan senaraikan beberapa tempat menarik di Putrajaya yang menjadi kemegahan Malaysia ini.

#1 IOI City Mall

Kita mulakan dengan tempat shopping, IOI City Mall merupakan pusat membeli belah bertaraf antarabangsa di Putrajaya. Di dalammya terdapat segala macam jenis presmis termasuklah butik dari jenama terkemuka dunia.

Selain itu anda juga boleh jadikannya sebagai tempat lepat kerana seperti pusat membeli belah lain, IOI City Mall trut menempatkan pelbagai tarikan hiburan seperti panggung wayang, pusat bowling, taman sukan lasak seperti District 21, dan lain-lain.

IOI City Mall ini cukup luas dan diluarnya terdapat air pancut serta kolam yang berlandskap indah. Kalau tengok pemandangan lebih cantik, datang pada waktu malam kerana air pancut ini akan dipancarkan dengan cahaya berwarna-warni.

Alamat: IOI Resort City, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (Google Maps Location)

#2 Cruise Tasik Putrajaya

Satu lagi tempat menarik yang ada di Putrajaya adalah menaiki cruise di tasik yang berkeluarsan 650 hektar. Belayar sambil melihat mercu tanda Putrajaya yang indah.

Pelayaran anda lebih istimewa jika dapat menyaksikan banda dalam taman Putrajaya yang cukup mempersonakan pada waktu malam.  Di sini, pengunjung di beri dua pilihan sama ada menaiki bot persiaran penumpan ataupun perahu gondola yang direka mengikut tradisi Melayu.

Anda boleh mendapatkan tiket di Dataran Putra.

Alamat: Dataran Putra, Presint 1, 62000 Putrajaya (Google Maps Location)

Harga tiket Cruise Tasik Putrajaya: RM20 (kanak-kanak) & RM30 (dewasa) | 10am – 6pm

#3 Jambatan Seri Wawasan

Untuk pengetahuan, Putrajaya memiliki beberapa lapan buah jambatan berbeza. Jambatan yang paling menarik perhatian adalan Jambatan Seri Wawasan yang diperbuat daripada konkrit dengan kombinasi gantungan kabel dan struktur berikat keluli.

Jambatan ini mempunyai lorong pajalan kaki dan trek basikal untuk memberi peluang buat orang ramai menikmati pemandangan indah mercu tanda Putrajaya iaitu bangunan Perdana Putera (pejabat Perdana Menteri) yang berkubah hijau.

Keindahan Seri Wawasan ini berterusan hingga ke malam hari di mana ia akan dipancarkan dengan sinaran lampu LED yang berwarna warni.

Alamat: Lebuh Wawasan, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (Google Maps Location)

#4 Taman Wetland Putrajaya

Sebagai sebuah kota raya yang berkembang pesat, jarang sekali kita dapat melihat taman-taman indah di Kuala Lumpur. Jika anda ke Putrajaya, anda boleh hirup udara segar di Taman Wetland. Taman ini menempatkan. Pelbagai aktiviti seperti melihat pelbagai spesis burung, aktiviti rekreasi, memancing, dan berkayak.

Oleh kerana taman ini segar menghijau, ia turut memiliki lebih dari 100 jenis haiwan, lengkap dengan denai yang membolehkan pengunjung melihat haiwan haiwan ini dengan suasana santai. Anda juga boleh menyewa basikal di sini.

Paling mengujakan adalah Pusat Penghayatan Alam di mana ia menempatkan pelbagai informasi berbentuk interaktif termasuklah skrin besar.

Masuk adalah percuma.

Waktu operasi: 9am – 5pm, tutup pada Isnin

#5 Taman Botani Putrajaya

Selain Taman Wetland, sebuah lagi lokasi seumpamanya yang boleh ditemui di sini adalah Taman Botani. Ia diiktiraf sebagai salah satu daripada empat puluh buah taman yang tercantik di Asia.

Taman ini bukan sahaja dapat mengimbangi kehidupan flora dan fauna di Putrajaya, malah sedikit sebanyak mendidik pengunjung khususnya kanak-kanak tentang pelbagai spesis tumbuhan yang ada di sini.

Taman Botani mempunyai landskap indah sekaligus dapat membangkitkan suasana nyaman dan tenang.

Waktu Operasi: 9am – 12pm, 2pm – 5pm. (tutup pada hari Selasa)

Alamat: Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, Putrajaya, Selangor, 62000, Putrajaya (Google Maps Location)

#6 Taman Ekuestrian Putrajaya

Bukan setiap hari kita boleh menunggang kuda. Malah, sukan ini bukan untuk semua golongan kerana ia dikelaskan sebagai ‘sukan mahal’. Jadi kalau anda berminat untuk menunggang kuda, datanglah ke Taman Ekuestrian Putrajaya.

Kami pasti anak-anak pasti akan teruja sekiranya berpeluang menunggang kuda. Jangan risau, ia akan dikendalikan dengan selama oleh staff yang bertugas.

Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh mengikuti kelas yang disediakan di sini. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.tep.my/.

Waktu operasi: 8 am – 10pm

Alamat: Jalan Kandang Kuda, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (Google Maps Location)

#7 Putrajaya Challenge Park

Ingin bermain sukan ekstrim seperti skateboard, basikal BMX, dan wall climbing? Datanglah ke Putrajaya Challenge Park kerana di sini, segala kemudahan disediakan. Yang paling penting ia selamat kerana semua aktiviti dipantau oleh petugas.

Semua kemudahan wall climbing disediakan dan harga tiket dan sewaan juga masih berpatutan.

Sebenarnya, daripada menghabiskan waktu bermain gajet, lebih baik galakkan anak-anak datang beriadah di sini. Boleh juga keluarkan peluh.

Alamat: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (Google Maps Location)

#8 Kolam Mandi Rekreasi Awam

Selain KLCC, Putrajaya turut mempunyai kolam mandi awam yang dibuka percuma kepada pengunjung. Air di kolam ini cetek sahaja, sesuai untuk anak-anak kecil bermain.

Terletak di dataran gemilang, kolam mandi ini cukup dengan kemudahan seperti tempat persalinan, tandas awam, tempat duduk, dan tempat parking kenderaan yang luas.

Untuk ke Cyberjaya bakal mengambil masa kira-kira 25 minit. Cyberjaya yang terletak di Sepang, Selangor ini merupakan

Antara tempat menarik di Cyberjaya yang berbaloi untuk dikunjungi adalah:

  • Masjid Cyberjaya
  • Hotel unik Dash Box Hotel
  • Bersantai di Zawara Coffee
  • Gem In Mall

Jarak perjalanan dari Putrajaya ke pusat bandar Kuala Lumpur cuma mengambil masa selama 34 minit. Jika anda berkesempatan, kami cadangkan anda teruskan pemanduan ke KL kerana terlampau banyak tempat menarik di Kuala Lumpur tu. Seriously, selain banyak tarikan hiburan, tempat untuk anak-anak, mercu tanda, KL juga mempunya banyak tempat makan best.

Dari Putrajaya untuk ke Selangor juga tidak memakan masa yang lama. Cuma 45 minit sahaja jika anda melalui lebuhraya Damansara-Puchong. Tempat menarik di Selangor setaraf dengan KL.

Bagi yang menetap di Putrajaya, mereka cukup bertuah kerana jarak Putrajaya ke negeri Melaka Cuma memakan masa selama 2 jam. Senang untuk mereka meneroka tempat-tempat menarik di Melaka serta lokasi bersejarah negeri itu.

Nah, itu dia antara tempat menarik di Putrajaya yang wajib anda kunjungi. Apa yang kami perhatikan, lokasi ini memang sesuai untuk seisi keluarga. Keseronokkan berhibur sambil menimba ilmu di sini pasti akan dapat merapatkan lagi hubungan antara ahli keluarga.

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!