Tempat Menarik

Tempat Best di KL

Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, memang pesat membangun. Kota raya yang tidak pernah tidur ini bukan sahaja merupakan pusat pentadbiran negara bahkan kaya dengan tempat menarik. Banyak tarikan pelancongan yanga boleh anda temui di KL. Tidak hairanlah jika ia menjadi destinasi pilihan pelancong luar negara. Rakyat Malaysia sendiri juga lebih memilih KL untuk bercuti bersama keluarga. Kami akan kongsikan dengan anda beberapa tempat best di KL!

Lokasi-lokasi yang kami senaraikan ini adalah antara yang terbaik di KL. Terbaik di sini bermaksud yang membolehkan anda meluangkan masa bersama keluarga. Contohnya tempat riadah, tempat hiburan, mercu tanda, dan tempat shopping. Ada di antaranya mengenakan bayaran. Malah, ada juga yang percuma.

#1 Taman KLCC / KLCC Park

Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Taman KLCC pasti akan terpegun akan keindahannya. Mana tidaknya, taman ini bukan sahaja indah tetapi berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas.

Taman menghijau yang berada di tengah-tengah KL ini menjadi salah satu lokasi riadah penduduknya. Dengan landskap memukau, adanya taman permainan, dan beberapa kemudahan lain.

Menariknya terdapat kolam renang percuma yang dibuka kepada orang ramai. Kolam ini cetek sahaja. Maka ia sangat sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda pada pada hujung minggu. Kalau anda mencari tempat menarik di Kuala Lumpur tanpa bayaran, di sinilah tempatnya.

Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

#2 Suria KLCC

Siapa tidak kenal akan pusat membeli belah terkemuka ini. Terletak betul-betul di bawah Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC merupakan shopping mall bertaraf antarabangsa.

Sebut sahaja jenama yang anda mahu, pasti butik tersebut ditemui dalam Suria KLCC. Dari pakaian, aksesori, buku, barang runcit, restoran, dan pusat hiburan, semuanya ada di sini.

Di luar pusat membeli belah ini terdapat sebuah tasik buatan yang mempunyai dua air pancut. Air pancut ini mempunyai 30 jenis animasi yang berubah setiap 15 minit. Tidak cukup dengan itu, ia dipancarkan pula dengan cahaya lampu berwarna-warni. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur waktu malam kerana ia lebih indah.

Alamat: lot 241, 13th floor, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.

#3 Bukit Bintang

Kawasan ini juga disebut sebagai ‘lingkaran segi tiga emas’ kerana ia mempunyai infrastruktur moden yang mampu menarik pelancong. Apa yang boleh anda temui di Bukit Bintang adalah beberapa pusat membeli belah, pusat hiburan, dan hotel menarik. Bangunan-bangunan di sini juga sangat moden dan indah.

Tarikan utama Bukit Bintang adalah shopping mall seperti Pavilion, Lot 10, Fahrenheit 88, dan Sungei Wang.

Terkini, DBKL telah menaik taraf long belakang bangunan dengan lukisan mural 2D dan 3D pada dinding dan lantai. Bolehlah anda meluangkan masa bergambar kenangan bersama rakan di sini.

Alamat: Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

#4 Plaza Low Yat

Masih lagi di Bukit Bintang, Plaza Low Yat merupakan syurga buat mereka yang gila akan gajet. Ia merupakan destinasi utama mereka yang ingin mendapatkan telefon, tablet atau komputer.

Gajet di Plaza Low Yat boleh dikatakan agak berpatutan jika dibandingkan dengan di pusat membeli belah. Malah, anda turut dihidangkan dengan pelbagai promosi hebat yang dicanang peniaga-peniaga di sini.

Kalau anda seorang peminat gajet dan ingin mencari peranti terkini, Plaza Low Yat lah jawapannya.

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: 7, Jalan Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

#5 Batu Caves

Ia merupakan sebuah gua batu kapur dan rumah ibadat agama Hindu. Pelancong dari setiap pelusuk dunia datang ke sini untuk menyaksikan keindahan Batu Caves. Jangan risau kerana orang Islam boleh masuk ke kawasan ini.

Untuk ke puncak, anda perlu berhadapan dengan 272 anak tangga. Selain itu, anda bakal di sambut dengan sebuah patung berwarna keemasan memegang tongkat dengan ketinggian 42.7 meter.

Walaupun Batu Caves menerima kunjungan ribuan pengunjung setiap hari, ia kekal bersih dan terurus.

Batu Caves merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur 2018. Ini kerana ia kini berwajah baharu di mana anak tangga dicat dengan warna pelangi.

Alamat: Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Petaling Street atau Chinatown merupakan bazar larut malam yang meriah. Di sini anda boleh membeli pelbagai barangan dari pakaian dan aksesori hinggalah ke barangan runcit.

Apa yang membuatkan Petaling Street ini popular adalah kerana anda boleh membeli barang dengan harga murah.

Selain itu, anda boleh bergambar dengan latar belakang yang cantik. Kerana Chinatown kelihatan seolah-olah berada di Hong Kong.

#7 Jump Street Trampoline Park

Lokasi yang khusus untuk anda melompat di atas trampolin. Jumpstreet Trampoline Park merupakan taman trampolis terbesar di Asia.

Di sini anda boleh melompat sesuka hati sambil melakukan aksi slam dunk, bermain dodge ball, high performance area, dan wall walking. Jangan risau sekiranya jatuh keranan terdapat ribuan span berbentuk kiub yang melindungi anda dari sakit. Melompatlah sepuasnya!

Ia terletak di Petaling Jaya, Selangor. Dekat jugalah dengan KL, cuma 19 minit pemanduan sahaja.

Oh ya, jangan lupa bawa stokin sendiri ya?

Waktu Operasi: Weekdays 11pagi –9 malam ; Sabtu & Ahad 9 pagi – 9 malam.

Harga tiket: RM22

Alamat: 8A, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor

#8 Sunway Lagoon

Nak tahu di mana tempat menarik di Kuala Lumpur untuk anak-anak? Sunway Lagoon lah jawapannya. Sunway Lagoon merupakan sebuah taman tema air yang paling popular di Malaysia. Banyak keseronokkan yang boleh anda temui di dalamnya. Seperti ombak buatan, pelbagai jenis gelongsor, beberapa buah kolam renang, dan banyak lagi.

Taman tema air bukan satu-satunya tarikan yang ada. Anda boleh cuba sukan extreme di Extreme Park seperti bungee jump, go kart, paintball, G-Force X, dan lain lain.

Wildlife Park juga satu lagi tarikan yang ada di Sunway Lagoon. Ia boleh dikatakan seperti zoo mini yang menepatkan 150 jenis haiwan. Ia termasuk haiwan liar seperti singa, harimau, gajah, badak sumbu dan banyak lagi.

Sunway Lagoon juga berada di Selangor, tetapi cuma 28 minit sahaja dari KL.

Harga tiket Sunway Lagoon.

Dewasa: RM113.20 | Kanak kanak RM90.60

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

#9 Selfie Museum KL

Kaki kaki selfi dan photographer, di sinilah tempat untuk anda bergambar dengan props dan latar belakang yang cantik. Selfie Museum merupakan tempat khas untuk anda bergambar.

Terdapat 9 bilik yang berlainan tema untuk anda merakam selfie yang menyeronokkan.X

Jenama terkenal antarabangsa seperti Pandora, Benefit Cosmetics, dan Baskin Robins juga mempunyai bilik mereka sendiri. Di sini anda boleh merakam selfie bersama gula-gula kapas besar, terjun di dalam kolam yang penuh dengan gula-gula, dan banyak lagi.

Ini adalah tempat menarik di Kuala Lumpur untuk remaja yang gemarkan selfie dan memuat naik gambar ke Instagram.

Image Credited to Secret Spices

Harga tiket Selfie Museum KL:

Dewasa RM45 | Kanak kanak RM30

Alamat: Unit 2.28-2.40, Level 2, Fahrenheit88, 179, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Tempat menarik di Selangor

#1 Chocolate Museum

Siapa tidak suka akan coklat? Untuk itu terdapat sebuah muzium didedikasikan buat pemanis mulut ini sahaja. Chocolate Museum terletak di Kota Damansara. Di sini anda akan mempelajari tentang sejarah coklat.

Di samping itu, pengunjung juga berpeluang menyaksikan demo pembuatan coklat. Masuk adalah percuma.

Harga tiket: Percuma

Alamat: 2, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Sekarang ni anda dah tahu beberapa tempat best di KL dan Selangor. Tunggu apa lagi, cepat-cepat rancang percutian anda dan terus ke lokasi yang kami senaraikan di atas.

Atau kalau masih lagi bosan dengan bunyi hon, boleh drive jauh sikit ke Bukit Tinggi atau Janda Baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!