Tempat Menarik

#15 Tempat Menarik di Kuala Lumpur Untuk Anak-Anak

Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur memang kaya dengan tarikan pelancongan. Sebut sahaja apa yang anda inginkan, percutian di taman tema, pusat membeli-belah, street art, zoo, tempat hiburan, semuanya boleh ditemui di kotaraya ini. Walau bagaimanapun, tidak semua tarikan yang ada mesra kanak-kanak. Ada yang terlalu merbahaya dan mempunyai had umur. Maka dalam artikel ini kami akan cadangkan beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur yang sesuai untuk anak-anak.

Bila ada anak-anak kecil pastinya lokasi yang ingin dituju adalah tempat yang menyeronokkan dan selamat. Kalau ada anak ramai pula, kos perbelanjaan perlulah diambil kira.

#1 Putrajaya

Selain menjadi pusat pentadbiran negara, Putrajaya turut mempunyai banyak tarikan pelancongan. Kawasan yang berkeluasan 49 kilometer persegi ini menempatkan beberapa tempat menarik seperti:

  • Taman Wetland Putrajaya
  • Taman Botani Putrajaya
  • Taman Equestrian Putrajaya
  • Kolam Mandi Rekreasi Awam
  • Putrajaya Challenge Park

Tambahan pula, terdapat beberapa buah jambatan indah di sekitar Putrajaya. Yang paling menarik perhatian orang ramai adalah Jambatan Seri Wawasan. Jambatan besi ini cukup indah sekaligus menggambarkan kekuatan pentadbiran kerajaan. Pada waktu malam ia akan dipancarkan dengan cahaya lampu berwarna warni.

Alamat: Lebuh Wawasan, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

#2 Selfie Museum KL

Minat sangat berselfie? Pastikan anda berkunjung ke tarikan terbaharu di KL iaitu Selfie Museum KL. Selfie Museum merupakan tempat khas untuk anda bergambar. Ia menempatkan pelbagai props dengan tema menarik untuk anda mengambil gambar bersama keluarga dan rakan.

Bahkan pencahayaan dalam museum ini juga mampun menaikkan seri gambar yang dirakam.

Terdapat 9 bilik yang berlainan tema untuk anda merakam selfie yang menyeronokkan. Di sini anda boleh merakam selfie bersama gula-gula kapas besar, terjun di dalam kolam yang penuh dengan gula-gula, dan banyak lagi.

Ini adalah tempat menarik di Kuala Lumpur untuk remaja yang gemarkan selfie dan memuat naik gambar ke Instagram. Ia baru sahaja beroperasi dan kini sudah menjadi tempat menarik di Kuala Lumpur 2018.

Harga tiket Selfie Museum KL:

Dewasa RM45 | Kanak kanak RM30

Alamat: Unit 2.28-2.40, Level 2, Fahrenheit88, 179, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

#3 Farm In The City

Ia merupakan sebuah petting zoo di mana pengunjung berpeluang mendekati dan memberi makan kepada haiwan. Berbeza dengan zoo biasa, Farm In The City membenarkan pengunjung belajar dan berinteraksi dengan haiwan.

  • Mood’s Lake
  • Turtle & Tortoise Farm
  • Bird Aviary
  • Reptile Cavern
  • Rabbit Farm
  • Pets Village
  • Jungle Walk
  • Vegetable & Fruit Farm
  • Savannah
  • Longkang Fishing
  • Kampong Mahmood

Kami yakin anak-anak pasti akan teruja dengan aktiviti yang disediakan. Inilah peluang mereka untuk memegang haiwan yang tidak sesuai untuk dipelihara.

Harga tiket: RM27

Waktu operasi: 9.30am – 6pm

Alamat: Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

#4 Kolam renang percuma di KLCC Park

Tempat mandi di Kuala Lumpur memang mahal iaitu harga tiket masuk ke taman tema air. Lebih-lebih lagi di kota raya ini. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, pasti akan memakan belanja yang besar.

Untuk pengetahuan anda, KLCC menawarkan kolam renang kanak-kanak percuma untuk orang awam.

Ia terletak di dalam Taman KLCC. Anda tidak perlu risau soal keselamatan kerana airnya cetek sahaja. Sesuai untuk kanak-kanak. Selain itu taman permainan juga disediakan.

Kemudahan memang cukup lengkap, dari tempat persalinan, tandas, tempat letak kereta, dan tempat duduk.

Ia merupakan tempat menarik di Kuala Lumpur tanpa bayaran.

Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur

#5 Upside Down House KL Tower

Rumah, perabot, dan segala yang ada di dalam rumah ini diterbalikkan. Tarikan sebegini memang sesuai untuk seisi keluarga. Di Upside Down House, anda berpeluang mengambil gambar dengan bermacam-macam gaya.

Aktiviti-aktiviti inilah sebenarnya yang merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

Harga tiket: RM5.30

Waktu operasi: 10am – 10pm

Alamat: Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

#6 Kidzania KL

Kidzania KL merupakan taman tema yang berkonsepkan pelbelajaran untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 14 tahun. Ia mempunyai pelbagai keseronokkan dalam masa yang sama boleh menyuntik minat mereka melakukan pekerjaan orang dewasa.

Mereka sering berimaginasi melakukan aktiviti orang dewasa,  di sinilah tempat terbaik untuk mereka.

Kanak-kanak boleh menjadi doktor, polis, juruterbang, hakim, wartawan dan pelbagai lagi jenis kerjaya. Konsep unik ini sekaligus membantu merangsang keyakinan dan perkembangan minda anak-anak.

Harga tiket: 2 – 3 Tahun RM41 | 4 – 7 tahun RM85 | Dewasa RM45 | OKU RM34

Waktu operasi: 10am – 5pm

Alamat: Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

#7 I-City Shah Alam

Sebenarnya agak susah untuk mengetahui persempadanan di antara Kuala Lumpur dan Selangor. I-City Shah Alam ini terletak di Selangor tetapi Cuma memakan masa 30 minit sahaja dari bandar KL.

Kota cahaya ini sentiasa mendapat kunjungan orang ramai baik tempatan mahupun pelancong asing. Ia dikategorikan sebagai tempat menarik di Selangor waktu malam dek kerana keindahan cahaya lampu LED ini memukau pandangan sesiapa sahaja.

Cahaya ini membuatkan waktu malam lebih ceria. Gambar yang anda rakam juga akan tanpak menarik.

Terdapat beberapa tarikan yang ada di sini seperti:

  • SnowWalk – Rumah Salji yang membuatkan anda seolah-olah berada di negara bermusim sejuk.
  • TrickArt Museum – Muzium yang penuh dengan peralatan dan lukisan-lukisan ilusi. Ini membolehkan anda mengambil gambar pelbagai gaya.
  • Red Carpet – Muzium yang menempatkan patung-patung lilin menyerupai selebriti dan individu terkenal dunia.

Alamat: I-City 40000 Shah Alam, Selangor

#8 Petrosains

Petrosains ni sudah tidak dapat disangkal lagi akan input yang bakal diperoleh sekiranya menjejakkan kaki ke sana. Terletak di Suria KLCC, Petrosains menyediakan persekitaran yang kaya dengan ilmu pengetahuan. Ia bertujuan meningkatkan kefahaman sains di mana pengunjung boleh mempelajarinya secara interaktif supaya mudah difahami.

Ini adalah lokasi terbaik untuk bawa anak-anak yang masih bersekolah. Dengan pameran dan permainan interaktif yang ada, ia dapat memupuk mereka supaya cinta akan sains.

Harga tiket: Umur 2 tahun & ke bawah (Percuma) ; 3 – 12 tahun (RM8) ; 13 – 60 tahun (RM20) ; 61 & ke atas (RM10)

>>Peta untuk ke sini

#9 Aquaria KLCC

Juga terletak di KLCC, akuarium bertaraf dunia ini merupakan yang ke empat terbaik di Asia. Aquaria KLCC menempatkan lebih 150 spesis hidupan laut. Menariknya di sini, pengunjung bukan hanya lihat ikan berenang-renang di dalam air jernih. Tetapi banyak aktiviti menarik yang membolehkan anda berada lebih dekat dengan mereka.

Contohnya jika anda mempunyai lesen menyelam, jangan lepaskan peluang untuk sertai program Diving With Sharks. Yang tak ada lesen jangan risau. Masih ada aktiviti seperti Cage Rage di mana anda dimasukkan ke dalam sangkar kemudian diselamkan ke dalam air.

Banyak lagilah aktiviti best yang ada dalam aquarium ini. Terutama terowong bawah air sepanjang 90 meter di mana anda boleh berjalan menyusurinya dan melihat pelbagai spesis ikan berenang di atas kepala. Ini membuatkan pengunjung seolah-olah berada di dalam laut bersama hidupan laut itu.

Kami ingin ingatkan, tiket masuk agak mahal tetapi sangat berbaloi.

Harga tiket: 3tahun & ke bawah (Percuma) ; 3-12 tahun (RM39) ; 13 – 59tahun (RM49) ; 60tahun dan ke atas (RM39)

#10 Cosmos World @Berjaya Times Square

Kalau nak tahu, bangunan Berjaya Times Square merupakan yang ke sembilan terbesar di dunia. Oleh itu ia menempatkan banyak kedai/outlet. Dari butik jenama tersohor hinggalah ke kedai yang menjual barangn dengan harga rendah.

Menariknya, terdapat taman tema yang dipanggil Cosmos World di dalam bangunan ini. Terdappat roller coster dan banyak lagi permainan menyeronokkan di muatkan dalam taman tema ini.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (12pm – 10pm) ; Weekend/Cuti Sekolah (11am-10pm)

Harga tiket: 3-12tahun (RM50) ; 13 dan ke atas (RM60) OKU (RM25)

>> Peta untuk ke sini

#11 Planetarium Negara

Minat akan angkasa dan ingi merasai pelangalam sebagai angkasawan? Planetarium Negara di Jalan Angkasa adalah lokasi wajib dilawati. Di sini anda akan mempelajari banyak informasi berkenaan angkasa lepas melalui inforgrafik, item yang berkonsepkan interaktif.

Selain tu, terdapat juga enjin Arianne IV yang digunakan untuk melancarkan MEASAT 1. Jadi bolehlah anda tengok enjin ini dengan lebih dekat. Malah, anda pasti akan teruja jika dapat leihat menerusi teleskop yang bersaiz 14 inci di observatory deck.

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 9 am – 4.30 pm

Harga tiket: Dewasa MyKAD (RM6), Biasa (RM12) ; Kanak-kanak MyKID (RM4) Biasa (RM8)

>> Peta untuk ke sini

#12 District 21

Kita kini berada di tahun 2066, dunia diancam musuh.. Kelangsungan hidup manusia berada dihujung tanduk. Selamatkan dunia dengan menyelesaikan beberapa cabaran di District 21. Nah, begitulah intensiti yang anak bakal rasai jika ke ‘playground orang dewasa’ ini.

Dengan keluasan 70,000 kaki persegi, banyak aktiviti yang menguji mental dan fizikal anda di sini. Jika anda ingin merasai sendiri cabaran bak rancangan popular American Ninja Warrior inilah tempat yang terbaik.

Indoor playground yang terletak dalam IOI Mall ini menempatkan banyak aktiviti best seperti Sky Trail, The Maze, Power Station, Roller Glidder, Free Fall, Low Ropes, dan melompat di atas trampolin paling cool.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)

Harga Tiket:

Normal Weekday ( Mon – Fri )

  • Individual : RM 62 per pax instead of RM 68
  • Group of 3 : RM 185 instead of RM 204

Weekend ( Sat – Sun ) / Public Holiday ? School Holiday

  • Individual : RM 79 per pax instead of RM 85
  • Group of 3 : RM 235 instead of RM 255

#13 Min Nature

Min Nature ni diambil dari perkataan ‘miniature’. Sesuai dengan namanya, Min nature merupakan tempat yang mempamerkan model-model dan objek pada skala kecil. Anda pasti akan terpesona akan bagaimana mereka boleh membina bangunan, pokok, rumah, dan orang dengan begitu teliti.

Menariknya anda juga boleh menghasilkan miniature sendiri dengan membeli set khas yang dijual pada harga RM20 sahaja. Memang seronok kalau boleh buat aktiviti ini bersama anak-anak bukan?

Waktu operasi: 10pagi – 10 malam, setiap hari.

Harga tiket: RM28 (Dewasa), RM15 (4-12 tahun), RM15 (60 tahun ke atas), Bawah 4 tahun percuma

>> Peta untuk ke sini

#14 Jumpstreet Trampoline Park

Tadi kami dah sebut tentang trampoline paling cool kan? Sekarang ni Team travel nak cadangkan anda ke lokasi yang khusus untuk trapolin sahaja. Jumpstreet Trampoline Park merupakan taman trampolis terbesar di Asia menjadikan ia sebagai satu lagi tempat menarik di Kuala Lumpur.

Di sini anda boleh melompat sesuka hati sambil melakukan aksi slam dunk, bermain dodge ball, high performance area, dan wall walking. Jangan risau sekiranya jatuh keranan terdapat ribuan span berbentuk kiub yang melindungi anda dari sakit. Melompatlah sepuasnya!

Oh ya, jangan lupa bawa stokin sendiri ya?

Waktu Operasi: Weekdays 11pagi –9 malam ; Sabtu & Ahad 9 pagi – 9 malam.

Harga tiket: RM22

>> Peta untuk ke sini

#15 Galactic Laser Tag

Kalau takut nak main paintball sebab ia menyakitkan, boleh cuba Galactic Laser Tag. Permainan mendebarkan ini memeperlukan pemainnya berperang di dalam gelap yang dihiasi cahaya laser.

Bagaimana untuk menembak? Kilauan cahaya laser akan keluar dari muncung senjata. Jika terkena tembakan, sut elektronik yang dipakai tidak akan berfungsi. Nampak mudah, tapi permainan ini mencabar mental dan fizikal. Pemain juga perlu mengatur strategi untuk mengalahkan musuh.

Terletak di dalam Mid Valley Mega Mall dan sebuah lagi cawangannya di dalam Sunway Pyramid.

Harga tiket:

>> Peta untuk ke sini

Tujuan utama bercuti adalah untuk meluangkan masa bersama dan merehatkan fikiran dari beban kerja. Selain itu, membawa anak-anak yang sedang membesar ke tempat asing membolehkan mengenal dunia luar. Semoga tempat menarik di Kuala Lumpur yang kami cadangkan di atas dapat membantu anda merancang percutian kelak.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!