Sejak pusat pentadbiran kerajaan persekutuan negara ini dibina pada 1995, Putrajaya menjadi salah satu destinasi pelancongan di Kuala Lumpur. Selain dipenuhi dengan bangunan termasuklah Pejabat Perdana Menteri, banyak tarikan menarik serta tempat berkelah di Putrajaya yang dibuka kepada orang ramai.
#1 Jambatan Seri Wawasan
Putrajaya memiliki beberapa lapan buah jambatan berbeza. Jambatan yang paling menarik perhatian adalan Jambatan Seri Wawasan yang diperbuat daripada konkrit dengan kombinasi gantungan kabel dan struktur berikat keluli.
Jambatan ini mempunyai lorong pajalan kaki dan trek basikal untuk memberi peluang buat orang ramai menikmati pemandangan indah mercu tanda Putrajaya iaitu bangunan Perdana Putera (pejabat Perdana Menteri) yang berkubah hijau.
Memang sesuai kalau nak lepak. Tapi jangan pula bawa tikar ya? Di sini memang tak sesuai untuk berkelah seperti itu kerana terdapat kereta yang lalu lalang.
Jambatan Seri Wawasan ini adalah salah satu tempat menarik Putrajaya waktu malam di mana ia akan dipancarkan dengan sinaran lampu LED yang berwarna warni.
Alamat: Lebuh Wawasan, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (Google Maps Location)
#2 Dataran Putrajaya
Dataran Putrajaya memang tidak asing lagi buat orang ramai untuk bersantai dan berkelah bersama keluarga di Putrajaya ini. Kawasannnya yang luas dan lokasi strategik iaitu di bulatan yang menhadap Masji Putrajaya dan Pejabat Perdana Menteri.
Pada waktu petang dan hujung minggu, lokasi ini sangat meriah dengan pengunjung. Anda boleh menyewa roller blade, skuter, basikal, dan skateboeard di sini. Ia dibuka hingga ke tengah malam.
Selain itu anda boleh mencuba perkhidmatan ‘beca berlampu’ untuk bersiar-siar di tepian tasik. Aktiviti-aktiviti pastinya akan membuatkan hujung minggu anda lebih menyeronokkan.
Apatah lagi kawasan ini akan bermandikan cahaya lampu pada waktu malam.
Alamat: Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (Google Maps Location)
#3 Kolam Mandi Rekreasi Awam
Tahukan anda, Putrajaya turut mempunyai kolam mandi yang dibuka secara percuma kepada orang awam? Kolam Mandi Rekreasi Awam yang terletak di Dataran gemilang ini sangat sesuai untuk anak-anak kecil. Ini kerana airnya cetek sahaja.
Kawasannya juga agak luas disamping banyak kemudahan asas yang tersedia seperti tandas, tempat persalinan, taman permainan, dan tempat letak kereta. Bahkan, banyak kerusi dan wakaf yang dibina untuk memudahkan anda berkelah di sini.
Terletak di dataran gemilang, kolam mandi ini cukup dengan kemudahan seperti tempat persalinan, tandas awam, tempat duduk, dan tempat parking kenderaan yang luas.
#4 Padang Perbadanan Putrajaya
Salah satu sebab mengapa Perbadanan Putrajaya menjadi perhatian orang ramai adalah kerana reka bentuk pintu gerbangnya yang indah. Manakala di hadapannya pula terdapat padang yang menghijau yang sesuai untuk berkelah.
Padang Perbadanan Putrajaya cukup hangat pada bulan Ramadan. Selepas membeli juadah berbuka di bazar Ramadan berdekatan, pengunjung terus menuju ke padang ini untuk berbuka bersama keluarga dan rakan.
Orang ramai dari segenap pelosok bandar datang ke sini untuk berbuka puasa di tempat terbuka sebegini. Percayalah, memang seronok!
Alamat: Persiaran Perdana, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (Google Maps Location)
#5 Taman Wetland Putrajaya
Walaupun banda Kuala Lumpur berkembang pesat, ia diseimbangkan dengan taman-taman indah supaya flora dan fauna terus terpelihara. Taman Wetland menempatkan pelbagai aktiviti menarik untuk anda seisi keluarga.
Anda boleh melihat pelbagai spesis burung, aktiviti rekreasi, memancing, dan berkayak. Bahkan bersantai di tepi tasik juga boleh menenangkan fikiran kerana dapat menyaksikan keindahan Putrajaya.
Taman Wetland turut memiliki lebih dari 100 jenis haiwan, lengkap dengan denai yang membolehkan pengunjung melihat haiwan haiwan ini dengan suasana santai. Anda juga boleh menyewa basikal di sini.
Paling mengujakan adalah Pusat Penghayatan Alam yang memberikan informasi berguna tentang alam sekitar.
Masuk adalah percuma.
Waktu operasi: 9am β 5pm, tutup pada Isnin
#6 Taman Botani Putrajaya
Selain Taman Wetland, sebuah lagi lokasi seumpamanya yang boleh ditemui di sini adalah Taman Botani. Ia diiktiraf sebagai salah satu daripada empat puluh buah taman yang tercantik di Asia.
Taman ini bukan sahaja dapat mengimbangi kehidupan flora dan fauna di Putrajaya, malah sedikit sebanyak mendidik pengunjung khususnya kanak-kanak tentang pelbagai spesis tumbuhan yang ada di sini.
Ada 8 tema tumbuhan yang unik yang dikategorikan sebagai ubatan dan ulaman Malaysia yang boleh anda temui di sini. Antaranya termasuk:
- Zingiberales
- Buah Nadir
- Rerumput
- Tanaman Pinggir Hutan
- Tumbuhan Ubatan Orang Asli
Taman Botani mempunyai landskap indah sekaligus dapat membangkitkan suasana nyaman dan tenang.
Waktu Operasi: 9am β 12pm, 2pm β 5pm. (tutup pada hari Selasa)
Alamat: Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, Putrajaya, Selangor, 62000, Putrajaya (Google Maps Location)
#7 Taman Cabaran Putrajaya (Putrajaya Challenge Park)
Tidak ramai yang tahu akan kewujudan tempat ini. Mungkin hanya terkenal dikalangan peminat sukan ekstrim seperti skateboard, basikal BMX, dan wall climbing.
Datanglah ke Putrajaya Challenge Park kerana di sini, segala kemudahan disediakan. Yang paling penting ia selamat kerana semua aktiviti dipantau oleh petugas bertauliah.
Semua kemudahan wall climbing disediakan dan harga tiket dan sewaan juga masih berpatutan.
Alamat: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (Google Maps Location)
Selain Putrajaya, anda juga boleh singgah ke Cyberjaya, Selangor, yang memakan masa hanya 20 minit pemanduan. Berikut adalah antara tempat menarik di Cyberjaya:
- Cyberjaya Lake Gardens β Tasik yang indah dan luas serta mempunyai taman permainan.
- Gem In Mall β Sebuah pusat membeli belah yang padat dengan aktiviti hiburan seperti panggung wayang, pusat bowling, dan butik berjenama.
- Raycer Powerhouse β Latar go-kart
Dah alang-alang anda berada di Kuala Lumpur ni, apa kata penuhi jadual percutian anda di Selangor. Banyak tarikan dan tempat menarik di Selangor yang berbaloi untuk anda lawati. Contohnya:
- Zoo Negara
- Sunway Lagoon
- Skytrex Adventure Shah Alam
- Wet World Water Park Shah Alam
- Muzium Coklat Kota Damansara
- Kidzania
Memang berbaloi menghabiskan sama bersama keluarga dan rakan di tempat-tempat menarik Putrajaya. Macam-macam yang anda boleh lakukan di sini. Putrajaya bukan hanya pusat pentadbiran kerajaan, bahkan banyak kebaikkannya untuk rakyat jelata.