Tempat Menarik

Tempat Lepak dan Jalan Jalan di KL

Sebagai ibu negara Malaysia, bandaraya Kuala Lumpur memang kaya dengan tempat-tempat menarik. Terdapat banyak tarikan dan tempat lepak di KL yang sesuai untuk seisi keluarga meluangkan waktu bersama.

Kebiasaannya pada hujung minggu kita lebih memilih untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan. Tetapi kekeringan idea, tak tahu nak pergi mana. Walhal terlalu banyak lokasi best yang anda boleh lawati sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Jadi dalam artikel ini kami akan kongsikan beberapa tempat lepak menarik di sekita KL yang boleh anda terjah pada hujung minggu. Ada sesetengah tempat mengenakan bayaran masuk dan ada juga yang percuma.

#1 District 21

Bila berada di sini, kita perlu bayangkan yang sekarang merupakan tahun 2066, dunia diancam musuh.. Kelangsungan hidup manusia berada dihujung tanduk. Selamatkan dunia dengan menyelesaikan beberapa cabaran di District 21. Nah, begitulah intensiti yang anak bakal rasai jika ke ‘playground orang dewasa’ ini.

Dengan keluasan 70,000 kaki persegi, banyak aktiviti yang menguji mental dan fizikal anda di sini. Jika anda ingin merasai sendiri cabaran bak rancangan popular American Ninja Warrior inilah tempat yang terbaik.

Indoor playground yang terletak dalam IOI Mall ini menempatkan banyak aktiviti best seperti Sky Trail, The Maze, Power Station, Roller Glidder, Free Fall, Low Ropes, dan melompat di atas trampolin paling cool.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)

Harga Tiket:

Normal Weekday ( Mon – Fri )

  • Individual : RM 62 per pax instead of RM 68
  • Group of 3 : RM 185 instead of RM 204

Weekend ( Sat – Sun ) / Public Holiday ? School Holiday

  • Individual : RM 79 per pax instead of RM 85
  • Group of 3 : RM 235 instead of RM 255

Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (Google Maps Location)

#2 Kolam renang percuma di KLCC

Harga tiket taman tema air mahal? Tahukah anda yang KLCC menawarkan kolam renang awam secara percuma. Terletak berdekatan dengan pusat membeli belah Suria KLCC, kolam renang ini sentiasa menjadi perhatian orang awam pada setiap petang dan hujung minggu. Lokasinya juga begitu strategik, walaupun terletak di tengah tengah bandar KL, landskapnya membuatkan ia berada di dalam taman mini.

Soal keselamatan? Tak perlu risau kerana kolam di sini cetek sahaja, lebih kurang paras buku lali. tempat menarik ini sesuai sangat untuk anak-anak kecil main air. Tidak cukup dengan itu, ada taman permainan bersebelahan dengan kolam renang.

Ini merupakan salah satu tempat mandi Kuala Lumpur yang percuma. Rugi kalau tak ke sini.

Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur,  (Google Maps Location)

#3 KL Forest Eco-Park

Hutan Simpan Bukit Nenas dibina bertujuan untuk memelihara kehijauan hutan di tengah-tengah kota raya. Jika berkesempatan berjalan-jalan di KL Tower, singgahlah ke KL Forest Eco-Park dan cuba berjalan di atas Walk Canopy mengelilingi  hutan hujan tropika yang subur ini.

Tak rugi anda berjalan-jalan dalam Eco Park ni, Terdapat jambatan gantung yang boleh anda lalui. Hutan ini pula cukup indah kerana ia dijaga dengan sempurna.

Masuk pula percuma.

Alamat: 8, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur, (Google Maps Location)

#4 Secret Garden, One Utama

Ramai yang tidak tahuyang pusat membeli belah popular di Bandar Utama mempunyai sebuah taman yang di namakan Secret Garden. Taman ini terletak di atas bumbung iaitu pada aras tujuh One Utama.

Untuk pengetahuan ia menempatkan lebih 500 spesis tumbuhan yang sebahagiannya di temui di merata dunia. Usaha mengkaji dan memelihara tumbuhan ini secara semula jadi mengambil masa kira-kira lapan tahun.

The Secret Garden di buka percuma kepada orang awam, tetapi anda perlu mengambil pas masuk atau tiket di Customers Service Center di tingkat bawah. Ini kerana jumlah dihadkan.

Waktu operasi: 10 am – 10 pm (dibuka Sabtu dan Ahad sahaja)

Alamat: Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor (Google Maps Location)

#5 Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan penuh bersejarah yang terletak di Dataran Merdeka ini masih lagi dilindungi oleh pihak kerajaan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperkenalkan sistem pencahayaan menarik untuk menerangi bangunan ini. Jadi lokasi ini bukan hanya meriah sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan sahaja. Pada waktu malam, cahaya berwarna warni menerangi bangunan ini.

Selain itu terdapat perkhidmatan KL Car Free pada setiap hari pertama dan ketiga setiap minggu yang berlangsung mulai jam 7 pagi hingga 9 pagi sahaja.

Jalan akan ditutup kepada kenderaan dan membuka ruang untuk pejalan kali, basikal, skateboard dan lain tanpa motor dan enjin. Malah,basikal dan kuda percuma juga disediakan. Anda boleh rujuk laman web http://www.klcarfreemorning.com/ untuk maklumat lanjut.

Alamat: Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur (Google Maps Location)

#6 Jambatan Putrajaya

Terkenal sebagai pusat pentadbiran negara, Putrajaya juga sesuai dijadikan sebagai tempat lepak bersama keluarga. Banyak tempat menarik di Putrajaya bahkan pemandangannya juga tidak mengecewakan. Selain lepak di atas jambatan, anda juga boleh menaiki cruise di tasik yang berkeluasan 650 hektar.

Pelayaran anda lebih istimewa jika dapat menyaksikan bandar dalam taman Putrajaya yang cukup mempersonakan pada waktu malam. Harga tiket Cruise Tasik Putrajaya anda boleh semak di sini – http://www.cruisetasikputrajaya.com/promotion.php

(Google Maps Location)

#7 Kampung Baru

Nak rasa suasana kampung di tengah-tengah bandar? Kampung Baru lah lokasi yang anda cari! Kampung Baru boleh dikatakan tempat terbaik untuk lepak di Kuala Lumpur.

Anda tidak akan kecewa sekiranya datang ke sini, kerana kehidupan malam di Kampung Baru cukup meriah. Terutama kalau tengah cari tempat makan sedap. Di sini banyak gerai yang menjual pelbagai jenis masakan.

Anda boleh pilih hidangan yang dijual termasuklah laksa, nasi campur, mi kari, nasi kerabu, sate, rempeyek, kerepek dan aneka air.

Alamat: Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, (Google Maps Location)

#8 I-City

Kami selitkan juga tempat lepak di Selangor kerana I-City, iaitu Kota Cahaya Digital sentiasa menarik perhatian pengunjung di waktu malam. i-City melancarkan lampu-lampu berirama terkininya, Hibiscus in The Sky, sebagai satu lagi persembahan laser yang mampu memukau para pengunjung.

Selain menyaksikan pertunjukan lampu yang indah terdapat banyak gerai makan dan pusat membeli belah di kawasan sekitarnya.

Harga Tiket i-City: RM2

Alamat: 40000, Shah Alam, Selangor. https://goo.gl/maps/4eM9F3nT64Q2(Google Maps Location)

#9 Jalan Bukit Bintang

Sejak dari dahulu lagi, Bukit Bintang memang sudah menjadi salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur. Ini kerana banyak tempat shopping di kawasan sekitarnya.

Dari pusat membeli-belah mewah hinggalah gerai tepi jalan yang menawarkan harga murah.  Di Bukit Bintang sahaja anda boleh ke Lot 10, Pavillion, Low Yat, Berjaya Time Square, Low Yat, BB Plaza, dan Sungei Wang.

Kesemua tempat ini cukup meriah pada waktu malam. Sebut sahaja apa yang dihajati, anda pasti akan temuinya di sini.

Alamat: (Google Maps Location)

Nah itu dia sedikit sebanyak tempat menarik di Kuala Lumpur dan Selangor yang sesuai dijadikan lokasi lepak bersama keluarga. Bandar raya ini terlalu besar sehingga tak tahu nak pilih tempat yang mana satu. Semoga artikel ini dapat membantu.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!