Teluk Cempedak merupakan tarikan dipersisiran pantai. Dengan pasirnya yang putih, giat pula dengan aktiviti yang menarik pelancong, membuatkan Teluk Cempedak antara lokasi mesti dikunjungi bila tiba di Kuantan.
Tambah pula dengan jaraknya yang ambil masa 30 minit sahaja dari bandar utama Kuantan.
Saya sendiri dalam tahun 2006 hingga 2009. Memang ada belajar di sana, University Malaysia Pahang. Jadi selalu juga saya dengan kawan kawan beriadah di Teluk Chempedak.
Apa Yang Menarik di Teluk Cempedak
Teluk Cempedak memang banyak tempat menarik, sebutkan pantainya sahaja mungkin sudah 3 jam anda di sana.
Berikut antara tarikan yang kami boleh senaraikan:
Mandi di Pantai
Antara yang ada sudah pastilah, mandi di pantai, bermain layang layang, bananaboat, jet ski, berkelah, aktiviti menggembara di dalam hutan, dan sudah pastinya ada cenderamata yang anda boleh bawa pulang sebagai kenangan.
Dan tak lupa juga, sebabkan kita sudah sampai di pantai, pasti ada sahaja tarikan makanan fresh dari laut untuk pengunjung.
Mini Zoo Teruntum Park
Terdapat juga Mini Zoo Taman Teruntum berhampiran, ada banyak juga spesis binatang yang ada di sini, boleh rujuk gambar gambar di Google Map untuk preview sebelum anda datang ke sini. Taman Gelora Park yang memang berselebelahan sahaja dengan Mini Zoo Teruntum mungkin lokasi seterusnya yang anda boleh lawati.
Loteng Teluk Cempedak
Seperti yang anda boleh lihat di map, Loteng Teluk Cempedak ini adalah tempat makan. Anda boleh cuba makanan disini.
Bukit Pelindung
Tempat untuk riadah dan mendaki.
Mustafa Cendol
Mungkin boleh singgah sekejap di Mustafa Cendol, banyak menu menarik ada di sini. Anda boleh rujuk gambar di Google Map
Taman Esplanade Kuantan – lagi tempat untuk beriadah, sangat sesuai untuk keluarga anak anak kecil bermain di taman.
Terminal Satay Zul – antara tempat makan popular juga di sini.
Natural Batik Village – Produksi pembuatan batik
Shopping Complex
- Berjaya Megamall
- East Cost Garden
Air Terjun Sungai Pandan – 43 minit dari Teluk Cempedak
3d Art Sungai Lembing dan Muzium Sungai Lembing – 54 minit dari Teluk Cempedak
Penginapan Hotel dan Resort
Berhampiran dengan tarikan utama Teluk Cempedak juga terdapat De Rhu Beach Resort, yang tak kurang juga murahnya berbanding dengan resort resort yang lain. Lebih kurang hanya di bawah RM 200 untuk berpasangan.
Ada outdoor pool, children playground dan juga gym sebagai kemudahan pengunjung.
Atau pun kalau tak berminat dengan De Rhu Beach Resort, terdapat banyak lagi hotel hotel lain yang mungkin boleh jadi pilihan anda.
Kalau ramai, mungkin boleh ambil terus homestay apartment yang berharga RM 382 di atas, Kuantan Tembeling Resort. Ini adalah seakan homestay yang juga disiapkan resort. Ada kelengkapan seperti swimming pool, breakfast dan semuanya. KLIK DI Sini untuk ke lokasi.
Kuantan Tembeling Resort memang mendapat rating yang tinggi di Booking dengan 9.0 berbanding dengan hotel hotel yang lain.
Untuk di hotel di bahagian atas Mini Zoo seperti di map atas ada dua buah, RM 60 dan juga RM 100
RM 60 atau pun mengikut harganya di Booking.com sekarang ialah RM 70 adalah De Cempedak Guest House, manakala yang RM 100 di Google Map, berdekatan dengan De Guest House ialah TC Beach Hotel (harga do Booking.com RM 90)
Atau pun, mungkin ada yang merancang lawatan ke Teluk Cempedak atau pun Mini Zoo mungkin hanya mengambil masa waktu tengah sampai petang. Malamnya mungkin anda lebih berminat untuk jalan jalan dan shopping di bandar Kuantan. 10 tahun dahulu, anda mungkin perasan akan beberapa bangunan utama di Kuantan, antaranya Terminal Makmur dan Berjaya MegaMall Kuantan, tetapi sekarang tidak lagi. Sudah banyak pembaharuan dan hotel yang tumbuh dengan banyak nya di sekitar bandar Kuantan.
Dan berikut adalah antara yang menjadi pilihan kumpular editor TeamTravel
Untuk budget lebih kurang RM 200 dan ke bawah
Vistana Kuantan City Center
Grand DarulMakmur Hotel Kuantan (formerly known as MS Garden Hotel Kuantan)
Swiss-Garden Beach Resort
Sudah pasti kedudukan resort ini berdekatan dengan pantai. Tapi kami masukkan juga ke dalam list untuk penginapan di bandar Kuantan, sebab Swiss Garden Beach Resort antara penginapan yang mendapat banyak tempahan, disamping harganya yang juga lebih kurang RM 200 untuk satu malam
Cathayana Hotel Kuantan
Hotel Cathayana ini kedudukannya lebih kurang 1 kilometer daripada ‘center’ bandaraya Kuantan. Walaubagaimanapun, dengan rating 8.1 di Booking.com, dengan pula hanya RM 160 semalam, pasti antara pilihan terbaik untuk anda cuba.
Rocana Hotel
Kalau anda sampai ke Kuantan, di celah celah bangunan shopping complex utama, pasti anda akan ternampak akan satu bangunan yang menarik perhatian anda, ianya ialah Rocana Hotel. Dengan bajek RM 208 untuk satu malam di booking.com sekarang, pasti antara pilihan terbaik yang anda boleh cuba dapatkan dahulu berbanding dengan hotel yang lain.
Dan berikut untuk hotel budget yang RM 100 dan ke bawah pula
Kosma Business Hotel
Hotel ini adalah antara hotel yang pernah menjadi pilihan krew TeamTravel kami sendiri. Juga ada disediakan breakfast dan parking yang agak banyak juga. Berhadapan dengan Kosma Business Hotel pula ada sebuah masjid yang sangat cantik binaannya, Masjid Tepian Putra. Sangat mudah untuk anda yang lebih selesa solat di masjid, berbanding di dalam hotel yang mungkin agak sempit bagi yang berkeluarga.
The Pavillion Hotel
Di belakang Kosma Business Hotel ada juga hotel budget yang lain, iaitu The Pavillion Hotel
Sekian dulu, kami harap perjalanan anda ke Teluk Cempedak selamat sampai, dan dapat bercuti bersama keluarga dengan baik. Sekian