Teluk Cempedak merupakan salah satu destinasi pelancongan utama negeri Pahang. Terletak di dalam bandar Kuantan, menyebabkan pantai ini sering menerima kunjungan orang tempatan mahupun pelancong. Berbeza dengan pantai lain di negeri ini, Teluk Cempedak atau ‘TC’ menerima kunjungan dari siang hingga ke lewat malam. Berikutan pantai ini menjadi lokasi riadah, banyak hotel dan chalet di Teluk Cempedak yang dibuka untuk menarik pelancong luar.
Apa yang menarik di Teluk Cempedak adalah keadaan pantainya yang terurus, banyak kedai makan yang beroperasi 24 jam termasuklah McDonald’s, sesuai untuk lepak, dan meriah hingga ke malam hari.
Penulis sendiri cukup gemar ke sini. Suasananya yang tenang, berlandskap menarik, dan penyediaan kemudahan juga memuaskan. Kalau anda merancang untuk menginap di sini, anda telah membuat keputusan yang bijak. Teluk Cempedak cuma 6.1km iaitu 15 minit pemanduan. Bukan itu sahaja, TC juga dekat dengan beberapa tempat menarik Kuantan yang lain.
Kalau anda cari chalet murah di Teluk Cempedak memang tidak ada. Tetapi kami akan cadangkan beberapa hotel dan homestay di Teluk Cempedak kepada anda untuk memudahkan percutian anda kelak.
TC Beach Hotel – harga dari RM100 di Booking.com
Terletak 3 minit dengan pantai, TC Beach Hotel boleh dikategorikan hotel/chalet murah di Teluk Cempedak. Ia pada asalnya sebuah rumah tetapi dijadikan tempat penginapan.
Tidak mewah, tetapi sesuai jika anda dtang dengan keluarga besar. Kemudan asas dan kelengpakan BBQ disediakan.
Jarak dengan tempat menarik:
- Berjaya Megamall – 16 minit
- East Coast Mall – 16 minit
- Taman Gelora – 8 minit
- Mini Zoo Teruntum – 3 minit
Alamat: 5-19 Jalan Sim Lin, Kuantan, 25050 Kuantan, Pahang (Google Maps Location)
Kuantan Tembeling Resort – harga dari RM233 di Booking.com
Kuantan Tembeling Beach Resort terletak di tepi pantai dan sentiasa menjadi pilihan pelancong. Apa yang menjadikan ia popular adalah kerana lokasinya yang strategik iaitu di lereng bukit.
Resort ini sesua buat mereka yang berkeluarga besar kerana ia berkonsepkan apartment. Setiap unit memiliki sekurang-kurangnya 1 katik bersaiz queen, dan dua katil bujang.
Dari segi kumudahan, Kuantan Tembeling resort memiliki kolam renang, jakuzi, wifi, dan taman permainan.
Jarak dengan tempat menarik:
- Starbucks – 13 minit
- East Coast Mall – 17 minit
- Kuantan Parade – 15 minit
Alamat: 25050 Kuantan, Pahang (Google Maps Location)
Hyatt Regency Kuantan Resort – harga dari RM464
Jika anda memperuntukkan bajet yang besar, bolehlah ke hotel bertaraf 5 bintang ini. Hyatt Regency Kuantan Resort ini bakal membuatkan percutian anda mewah dan serba-serbi eksklusif.
Resort ini terletak laluan masuk ke Teluk Cempedak. Maka, dekatlah dengan Teluk Cempedak attraction. Setiap bilik menawarkan perabot dan hiasan dalaman yang elegen.
Terdapat tiga jenis restoran iaitu Kampung Restaurant yang menyajikan masakan tempatan dengan pemandangan Laut China Selatan. Italian Bistro yang berkonsep terbuka dengan live band, manakala Coals On The Beach pula menyajikan hidangan ala BBQ yang enak.
Kemudahan: kolam renang, gimnasium, jakuzi, private beach, restoran, spa.
Alamat: Telok Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang (Google Maps Location)
Homestay tepi pantai Teluk Cempedak
De Chempedak Guest House – harga dari RM70
Menawarkan pelbagai jenis bilik mengikut kemampuan dan kapasiti. Setiap bilik dilengkapi kemudahan asas dan disertakan dengan laman, lounge, dan tempat BBQ.
Jarak dengan tempat menarik:
- Mini Zoo Teruntum – 4 minit
- Berjaya Megamall – 16 minit
- Kula Cakes – 14 minit
No. Tel: 011-1079 7847
Alamat: 25050 Kuantan, Pahang (Google Maps Location)
The Colony – harga dari RM157
The Colony merupakan sebuah banglo yang dibuka untuk disewa. Jika anda perhatikan, ia sebelum ini hanyalah rumah dua tingkat yang biasa kita lihat. Tetapi The Colony telah mengalami pengubahsuaian sehingga menjadi sebuah bunglow mewah.
Menariknya, ia memiliki sebuah kolam renang yang terletak laman hadapan. Kami pasti anak-anak akan gembira menginap di sini. Tambahan pula hiasan dalamannya cukup inik dan mempunyai sentuhan mewah. The Colony cuma 6 minit pemanduan dari Teluk Cempedak.
Jarak dengan tempat menarik:
- Taman Gelora – 4 minit
- East Coast Mall -13 minit
Kemudahan: Wifi, kolam renang, housekeeping,
No.Tel: 017-338 0916
Alamat: 21, Lorong Selamat, Taman Kerjasama, 25050 Kuantan, Pahang https://goo.gl/maps/pLp8D8ex6so(Google Maps Location)
Memang banyak kelebihannya mengindap di hotel dan chalet di Teluk Cempedak ini. Bukan sahaja dapat menikmati keindahan pantai TC, tetatpi ia dekat dengan bandar serta tempat menarik lain.