Kalau anda bercadang nak habiskan hujung minggu di pantai di Johor, anda dah buat pilihan tepat!
Johor memiliki pantai indah dan mempersonakan, sesuai untuk healing dan berkelah bersama yang tersayang. Jadi kami kumpulkan beberapa pantai di Johor berserta info bermanfaat untuk panduan anda kelak.
Sebab kenapa pantai di Johor menarik untuk di lawati
- Banyak aktiviti pantai seperti berkelah, snorkeling, berenang, memancing, banana boat, BBQ, dll.
- Pantai bersih, malah terdapat pantai yang airnya jernih.
- Lokasi yang dekat dengan bandar utama seperti Johor Bahru, Mersing, Muar.
- Ada view Singapura.
- Banyak resort dan chalet menarik.
Top 10 pantai di Johor yang menarik |
Pantai Desaru |
Pantai Desaru, adalah pantai yang paling popular di negeri dinamakan sebagai tempat menarik di Kota Tinggi. Cuma 1 jam perjalanan dari JB.
Pantai bersih, air jernih, dan kawasannya yang membuatkan ia sentiasa menjadi perhatian setiap hujung minggu.
Even better, and boleh ke salah satu tempat mandi di Johor yang syok iaitu Desaru Coast Adventure Waterpark. Cuma 4 minit pemanduan je. Tempah tiket di Klook untuk harga lebih murah.
Aktiviti di Pantai Desaru
- Berkelah, mandi pantai
- Banana boat, parasailing
- Berkayak
- Gerai kudapan
- ATV
Resort di Pantai Desaru
Jika anda memilih untuk menginap di sini, pilihan resort dan chalet memang banyak. Here are some:
Pantai Teluk Mahkota |
Pantai yang turut dikenali sebagai Jason Bay di Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Kalau anda memang datang pada hujung minggu harapnya sudah bersedia dengan orang ramai disini, memang crowded.
Aktiviti di Pantai Teluk Mahkota
- Mandi-manda
- Banana boat
- Berkelah, berkhemah
- Makan di gerai seafood
Hotel & resort di Pantai Teluk Mahkota
- Sea Horizon Resort – RM 200 [ Tempat di Booking ]
- Hasina Resort – RM 200 [ Tempah di Booking]
- BinKhaled Hotel – RM76 – [ Tempah di Booking]
Pantai Tanjung Balau |
Nah, untuk kaki pancing, Pantai Tanjung Balau adalah lokasi wajib singgah. Apa yang best di sini adalah terdapat sebuah pelantar yang terus ke laut. Ini memudahkan orang ramai bersantai dan memancing.
Air lautnya juga jernih membuatkan pemandangannya bertambah cantik untuk OOTD.
Tidak sesuai untuk mandi kerana kawasannya yang berbatu. Setakat nak celup-celup kaki tu boleh la.
Aktiviti:
- Memancing
- Berkelah
Tempat makan di Tanjung Balau
- Nelayan Seafood By The Coast
Medan Selera Tanjung Balau
Tanjung Balau Jetty Restaurant
Pantai Tanjung Leman |
Pantai di Johor yang menarik seterusnya adalah Pantai Tanjung Leman. Salah satu tempat menarik di Mersing.
Aktiviti pantai juga tidak kurang hebatnya. Ia adalah salah satu pantai di Johor yang boleh mandi.
Sebab ada juga pantai yang tak sesuai kerana banyak batu-batu besar.
Kawasan Tanjung Leman juga menjadi lokasi utama untuk ke beberapa buah pulau seperti Pulau Tinggi dan Pulau Sibu.
Hotel di Tanjung Leman
- Felda Residence Tanjung Leman – RM151 [Tempah di Agoda]
Pantai Teluk Buih |
Lokasi syok buat kaki pancing di Johor. Bahkan terdapat kawasan khas untuk mereka yang ingin memancing di sini. Pemandangan Pantai Teluk Buih memang mengagumkan.
Ini kerana dari pesisir pantai, anda boleh lihat gugusan pulau yang ada di sekitar perairan di negeri Johor.
Resort di Pantai Teluk Buih
- Fishing Bay Resort – RM181 [Tempah di Agoda]
- Mersih Beach Resort – RM171 [Tempah di Klook]
- Mersing Merlin Inn – RM 138 [Tempah di Klook]
Pantai menarik di Johor ini menawarkan beberapa penginapan hebat seperti Fishing Bay Resort.
Pantai Air Papan |
Pemandangan Β Pantai Air Papan juga menarik. Dari pesisir pantai pengunjung dihidangkan dengan panorama bukit bukau dan air laut yang jernih.
Kawasan pantainya juga landai, airnya cetek. Sangat sesuai untuk mandi-manda.
Selain itu, banyak restoran makanan laut dan snek disepanjang jalan. Seronok juga kalau dapat menikmati keropok dan air kelapa di tepi pantai.
Pantai Penyabong |
Jika melegakan fikiran selepas penat berkerja, Pantai Penyabong adalah lokasi ideal untuk anda. Keindahan pantai di sini sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Terletak 10 km dari bandar Endau.
Dari pesisir pantai pengunjung dijamu dengan pemandangan gugusan pulau kecil seperti Pulau Pelandok, Acheh dan Seri Buat.
Selain bermandi manda, anda juga boleh memancing, berkelah, makan angin, dan BBQ.
Malah, terdapat perkhidmatan bot yang membawa anda mengelilingi pulau-pulau kecil ini.
Resort di Pantai Penyabong
- Teluk Penyabung Resort [Tempah di Booking]
- Endau Beach Resort
- Brokah Hill Beach Resort
Pantai Minyak Beku |
Merupakan salah satu tempat menarik di Batu Pahat. Pantai Minyak Beku menawarkan pemandangan indah pada waktu petang. Tempat ini sesuai sekali untuk berehat dan menghirup udara segar setelah penat berkerja.
Pantai berbatu, agak tidak sesuai untuk mandi. Ramai yang datang memancing & berkelah sahaja.
Kemudahan:
- Gazebo
- Laluan pejalan kaki
- Tempat memancing
- Tempat letak kereta
Pantai Teluk Gorek |
Ramai yang tahu lagi tentang Pantai Teluk Gorek ni. Pantainya lebih redup dan tak ramai orang.
Paling best adalah pemandangan gugusan pulauΒ di sepanjang pantai. Lebih cantik kalau anda stay sehingga matahari terbenam.
Pantai Batu Layar |
Kalau Pantai Desaru tu crowded sangat, anda boleh ke Pantai Batu Layar. Pantainya melengkung dan amat indah pada waktu petang.
Banyak pokok rendang di sepanjang pantai, sesuai untuk berkelah.
Malah, ombak di sini pun tak kuat sangat. Jadi ideal untuk anak-anak kecil mandi-manda.
Pantai Punggur |
Menjadi tempat bersiar-siar dan beristirehat buat warga Batu Pahat. Terletak agak jauh dari bandar Batu Pahat iaitu sejauh 24 km. Sekiranya anda berpeluang ke sini, singgah la makan makanan laut, kudapan, dan keropok lekor.
Pantai Tanjung Buluh |
Suasana redup dengan desiran ombak kat sini memang menyeronokkan. Tak ramai yang tahu, jadiia tidak terlalu crowded dengan pengunjung.
Air jernih dan pantai landai memang sesuai sangat untuk aktiviti pantai.
Cuma tak ada banana boat atau kayak.
Pantai Pasir Lanun |
Juga terletak di Mersing, Pantai Pasir Lanun merupakan lokasi yang hangat diperkatakan dek kerana panoramanya yang indah.
View pulau kecil dari atas bukit menjadi buruan golongan muda untuk bergambar.
Lihat sahaja keindahannya dalam gambar di atas.
Laluan ke sini agak sempit. Cuma ada 1 jalan sahaja. Berhati-hati semasa memandu okay?
Chalet tepi pantai di Johor |
Kami tahu ramai yang cari chalet tepi pantai. Rata-rata nak buat family day di Johor kan? Jangan risau. Kami dah senaraikan yang terbaik untuk anda:
- Batu Layar Beach Resort
- Air Papan Chalet
- Suara’s Chalet
- Tunjuk Laut Beach Resort
FAQs |
Chalet murah tepi pantai Johor?
Banyak chalet selesa yang murah di sepanjang pantai. Tapi kami senaraikan yang terbaik & popular untuk anda.
- Air Papan Chalet
- Mersing Beach Resort – RM126
- Chalet D’Punggai
Bukan main banyak lagi pantai di Johor kan? Jangan lupa pakai sunscreen kalis air kalau nak mandi pantai tau! Boleh follow Facebook Team Travel untuk tips, dan info percutian harian.