Mencari tempat menarik untuk family day di Johor? Nah, anda telah datang ke artikel yang tepat. Melalu artikel ini kami akan cadangkan beberapa lokasi terbaik buat anda dan keluarga bercuti.
[socialpoll id=”2870652″]
Kami akan pastikan lokasi-lokasi ini mampu milik, selesa, menawarkan pelbagai aktiviti menarik, dan dekat dengan beberapa tempat menarik. Selain itu, tempat yang mempunyai pemandangan indah juga mempengaruhi mood percutian.
Maklumlah, banyak tempat menarik di Johor. Tetapi kami kumpulkan beberapa tempat seperti resort atau homestay yang sesuai untuk anda dan keluarga.
Teruskan membaca artikel tempat menarik untuk family day di Johor ini agar anda dapat merancang percutian keluarga anda dengan baik.
MUAR |
Lata Sri Pulai |
Terletak di Pekan Nanas, Lata Sri Pulai sering menjadi tumpuan pada setiap hujung minggu dan cuti sekolah. Mana tidaknya, tarikan utama iaitu kolam renang yang luas memberikan keseronokkan untuk semua golongan.
Sekali pandang, ia kelihatan seperti taman tema air. Airnya jernih, lengkap dengan beberapa buah gelongsor, serta air pancuran.
Lata Sri Pulai mengediakan dua jenis penginapan iaitu Banglo Setingkat (4 bilik) dan Rumah Kayu Tradisional (3 bilik). Setiap satunya memiliki dapur, ruang tamu, tandas, katil empuk, dan penghawa dingin.
Berkelah
Selain menginap di sini, mereka juga benarkan anda mandi-manda dan berkelah. Boleh bawa masuk makanan dari luar. Tetapi kena bayar tiket sebelum masuk.
- Dewasa: RM15
- Kanak-kanak: RM10
- Warga emas/OKU: RM5
[Baca] Tempat Mandi di Johor
Tempat: Lata Sri Pulai
Lokasi: Google Map Aktiviti:
Harga tiket taman tema: Percuma untuk penginap resort |
β© Untuk Tempahan βͺ |
AMA Farm & Resort Training Center |
Lokasi terbaik untuk family day, team building dan kursus. Hargayang amat berpatutan, malah terdapat beberapa pakej kahs untuk family day, seminar, atau majlis kesyukuran.
Terdapat pelbagai saiz rumah untuk anda pilih. Anda boleh pilih banglo 5 bilik, chalet, atau dorm. Suasana resort ini juga amat tenang dengan landskap minimal.
Untuk melengkapkan percutian, anda boleh bersantai di kolam renang yang luas dan mesra kanak-kanak.
Tempat: AMA Farm & Resort Training Center
Lokasi: Google Map Harga: dari Rm200 Aktiviti:
|
β© Untuk Tempahan βͺ |
BANDAR PENAWAR |
Lotus Desaru Beach Resort |
Kalau anda inginkan percutian tepi pantai yang sempurna, kami cadangkan anda menginap di Lotus Desaru Beach Resort. Terletak di tepi pantai, resort ini menawarkan segala macam jenis kemudahan serta keseronokkan untuk percutian keluarga.
[Baca] Tempat Menarik untuk Family Day di Kedah
Memiliki 4 jenis bilik untuk anda pilih. Lengkap dengan gelongsor, kolam renang kanak-kanak dan dewasa, serta taman permainan dalam air. Melengkapkan percutian ditepi pantai, resort ini turut menawarkan sejumlah aktiviti pantai. perkhidmatan banana boat, sukaneka, parasailing, BBQ, dan banyak lagi.
Tempat: Lotus Desaru Beach Resort
Lokasi: Google Map Harga bilik: dari RM250 Aktiviti: Banana boat, parasailing, mandi pantai, berkelah, BBQ, berenang di kolam |
β© Untuk Tempahan βͺ |
Tanjung Sepang Beach Resort |
Tempat family di Johor seterusnya adalah di Tanjung Sepang Beach Resort. Best sebab bertul-betul di tepi pantai. Anda boleh bersantai sambil menikmati angin pantai yang segar.
Penginapan di sini adalah jenis chalet dengan 8 jenis bilik berbeza. Dari bili deluxe untuk dua orang hinggalah jenis bungalow mewah yang boleh menampung sehingga 38 orang.
Tidak banyak aktiviti boleh anda buat selain mandi di kolam renang dan pantai. Tetapi percutian di sini sangat menenangkan jiwa. Ini kerana biliknya selesa dan landskap yang indah. Perfect untuk berehat dari memikirkan tugasan di pejabat.
Tempat: Tanjung Sepang Beach Resort
Lokasi: Google Map Harga: dari RM190 Kemudahan:
|
β© Untuk Tempahan βͺ |
Amerald Resort Hotel |
Dengan harga sekitar RM250 semalam, anda dan keluarga dapat luangkan masa bersama dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik dan penginapan yang serba selesa.
Pemandangan dari balkoni juga cantik. Boleh jalan kaki untuk ke pantai yang bersih dan tidak crowded.Tetamu juga boleh menikmati sarapan percuma di restoran yang disediakan. Menurut review, santapan tidak banyak pilihan makanan tetapi sedap.
Oh ya, kolam renangnya amat luas. Siap dengan gelongsor!
Tempat: Amerald Resort Hotel
Lokasi: Google Map Harga: dari RM259 Aktiviti:
|
β© Untuk Tempahan βͺ |
PONTIAN |
.. |
SENAI |
Rina Balinese Resort |
Impikan percutian di bali, tetapi bajet tidak mencukupi? Nah, menginap sahaja di Rina Balinese Resort yang terletak di Senai, Johor. Ini kerana seni bina bangunan dan landskap resort ini diinspirasikan dari bangunan purba di Bali, Indonesia.
Tumbuh-tumbuhan, dekorasi, serta suasana bercirikan bangunan purba Indonesia. Ringkas, tetapi masih mempunyai sentuhan moden agar tetamu dapat menikmati percutian serba selesa.
Anda dan ahli keluarga boleh mandi manda dan bersantai di kolam renang yang di sediakan.
Rina Balinese Resort turut menawarkan perkhidmatan spa. Sesuai untuk mereka yang ingin manjakan diri dengan melakukan rawatan kulit dan urutan badan. Pakej spanya juga pada harga munasabah.
Tempat: Rina Balinese Resort
Lokasi: Google Map Harga bilik: dari RM120 Aktiviti:
|
β© Untuk Tempahan βͺ |
BATU PAHAT |
Villa Kemboja |
Yang nak cari homestay dengan suasana kampung dan selesa, kami cadangkan anda menginap di Villa Kemboja yang terletak di Kampung Peserai Pantai, Batu Pahat.
Berkonsepkan Melayu tradisonal dengan sentuhan kemewahan, membangkitkan suasana kampung halaman yang tenang.
Terdapat beberapa unit rumah kayu dan batu yang cukup untuk memuatkan anda sekeluarga. Kawasan persekitaran yang luas dengan sejumlah kemudahan, sesuai untuk adakan hari keluarga atau kenduri.
Tempat: Villa Kemboja
Lokasi: Google Map Harga: dari RM89 Aktiviti:
|
β© Untuk Tempahan βͺ |
Senta Adventure Camp |
Tempat terbaik untuk teambuilding dan kursus. Ini kerana pengusaha menyediakan sejumlah kemudahan untuk aktiviti outdoor yang mencabar dan memerlukan semangat berpasukan.
Semuanya lengkap, terjaga, dan bersih. Untuk family day pula, anda boleh pilih unit chalet yang berbentuk ‘A’. Betul-betul menghadap kolam renang. Lupakan telefon pintar sejenak, dan ayuh lakukan aktiviti outdoor dan nikmati keindahan alam di sini.
Segala aktiviti adalah dibawah kendalian staff mereka. Peralatan permainan juga disediakan.
Tempat: Senta Andventure Camp
Lokasi: Google Map Harga:Β dari RM205 Aktiviti:
|
β© Untuk Tempahan βͺ |
Kamar Tamu Homestay |
Untuk anda yang memiliki ahli keluarga yang rama, lebih jimat sekiranya menginap di homestay ini. Bukan sahaja selesa, tetapi lengkap dengan dapur untuk anda memasak. Kedai runcit pun tidak jauh untuk anda mendapatkan barang dapur.
Kamar Tamu ini ada 4 bangunan serta 1 dewan. Ia meliputi 1 banglo, 2 blok teres dengan 8 bilik, dan 1 vip suite.
Bukan itu sahaja, homestay ini juga ada kolam renang dewasa dan kanak-kanak. Homestay ini mendapat rating yang baik dari Google review.
Tempat: Kamar Tamu Homestay
Lokasi: Google Map Harga: dari RM140 Aktiviti:
|
β© Untuk Tempahan βͺ |
ULU TIRAM |
Green Valley Eco Resort |
Tempat peranginan ini cukup popular kerana kawasannya yang inda dan turut menawarkan chalet unik berbentuk separa bulat. Bagi yang berkeluarga besar, anda boleh pilih bilik di bangunan utama yang menghadap tasik. Chalet separa bulat pula, biarpun kecil tetapi boleh memuatkan 2 orang dan lengkap dengan penghawa dingin dan bilik air selesa.
Dari segi kemudahan memang terbaik, segalanya lengkap dan modern. Malah, hari-hari anda di sini bakal terisi dengan pelbagai aktiviti outdoor yang menyeronokkan. Memang best untuk family day.
Mereka sediakan dewan, padang, dan kolam renang yang luas untuk tetamu. Bukan itu sahaja, sarapan pagi juga disediakan.
Tempat: Green Valley Eco Resort
Lokasi: Google Map Harga: dari RM129 Aktiviti:
|
β© Untuk Tempahan βͺ |
KOTA TINGGI |
Sea Horizon Resort |
Pemandangan di Sea Horizon Resort atau dahulunya Tanjung Sutera Resort ini memang memukau! Anda bakal dihidangkan dengan view pantai dari atas deck. Ditambah lagi dengan landskap resort menawan, membuatkan percutian anda sekeluarga di sini lebih bermakna.
Resort ini menyediakan bilik pelbagai saiz mengikut kapasiti dan bajet. Ada yang untuk 2 pax, cottage untuk 4 pax, family chalet, dan dorm. Bahkan, anda boleh pilih jenis glamping untuk view dan pengalaman yang lebih menarik.
Banyak aktiviti outdoor yang mereka sediakan untuk tetamu. Berbaloi kalau datang bersama keluarga atau buat kursus di sini.
Tempat: Sea Horizon Resort
Lokasi: Google Map Harga: dari RM220 Aktiviti:
|
β© Untuk Tempahan βͺ Booking | Agoda | Klook |
Hasina Resort @ Sedili |
Hasina Resort menawarkan percutian mendamaikan untuk anda dan keluarga. Tidak jauh dari pantai, ia berkonsepkan modern cabin-style dan dikelilingi kawasan lapang serta pokok menghijau.
Menawarkan tiga jenis bilik lengkap dengan wifi dan aircond, serta boleh memuatkan 3 hingga 4 orang. Bilik-biliknya bersih dan terjaga. Anda boleh berehat dengan tenang selepas penat mandi kolam dan berkelah di pantai yang cuma 3 minit dari cabin. Jalan kaki sahaja ya.
Resort ini tidak ada restoran dan tak sediakan dapur. Jadi anda kena perlu ke restoran berdekatan.
Tempat: Hasina Resort @ Sedili
Lokasi: Google Map Aktiviti:
Tempat makan berdekatan:
|
β© Untuk Tempahan βͺ Booking | Agoda | Klook |
Khayla Kottage |
Berkonsepkan βSea View Villaβ memang sesuai sangat untuk bawak family pergi sini. Ia merupakan sebuah homestay yang boleh memuatkan keluarga besar anda.
Lengkap dengan kemudahan seperti aircond, tv, dan dapur. Anda boleh beli bahan mentah dan memasak di sini. Jika pilih untuk tidak memasak, banyak restoran seafood di kawasan berhampiran. Maklumlah area pantai kan?
Homestay ini tidak ada kolam renang, tetapi anda boleh berkelah dan mandi pantai. Bersantai di beranda sambil lihat matahari terbenam memang mengasyikkan.
Tempat: Khayla Kottage
Lokasi: Google Map |
β© Untuk Tempahan βͺ Booking | Agoda | Klook |
Kota Rainforest Resort |
Resort ini menawarkan percutian di atas bukit dan dikelilingi dengan tumbuhan menghijau. lebih mengasyikkan, bilik penginapan berhadapan dengan tasik. Anda boleh pilih bilik 2 pax hinggalah villa keluarga untuk family day.
Bilik dilengkap aircond tetapi tanpa wifi supaya percutian anda kali ini lebih dekat dengan alam sekitar dan aktiviti outdoor. Untuk teambuilding, resort ini sediakan kawasan perkhemahan dan dewan.
Anda boleh menjamu selera di restoran yang disediakan. Seronok sebab ia adalah ‘restoran terapung’ dan anda boleh makan sambil lihat pemandangan tasik dan bukit bukau.
Tempat: Kota Rainforest Resort
Lokasi: Google Map Harga: dari RM184 Aktiviti:
|
β© Untuk Tempahan βͺ Booking | Agoda | Klook |
Y & L Hobby Farm |
Lokasi ideal sekiranya anda mahukan percutian dalam suasana kampung dan penginapan selesa. Y & L Hobby Farm merupakan cottage yang terletak di dalam kebun buah buahan.
Senibina moden, bersih, dan di kelilingi dengan keindahan alam sekitar yang mempersonakan. Ada swimming. Selain itu anda boleh jungle trekking, dan berkayak di sini.
Cottage ini tidak ada banyak bilik. Jadi tak boleh datang ramai sangat, up to 3 keluarga kecil sahaja.
Tempat: Y & L Hobby Farm
Lokasi: Google Map Aktiviti: Berkayak, berkhemah, jungle trekking, BBQ, mini animal farm, |
β© Untuk Tempahan βͺ Booking | Agoda | Klook |
Kampung Sayang Resort |
Taman tema air mini adalah tarikan utama resort ini. Mana tidaknya, kolam renangnya luas dan lengkap dengan beberapa buah gelongsor. Kemudahan chaletnya biasa sahaja, tiada ada yang istimewa.
Cuma berbaloilah kalau anda ada anak kecil sebab kawasannya luas. Anda uga boleh bersantai di tepi sungai sambil tengok matahari terbenam.
Tempat: Kampung sayang Resort
Lokasi: Google Map Aktiviti:
|
β© Untuk Tempahan βͺ Booking | Agoda | Klook |
ENDAU |
Resang Indah Chalet |
Percutian keluarga pada harga bajet, tetapi anda boleh nikmati keindahan pantai dan berpeluang untuk buat island hopping ke beberapa buah pulau berdekatan.
Chalet yang disediakan biasa sahaja. Ringkas tetapi selesa untuk rehat pada hujung minggu. Anda dan keluarga boleh berkelah dan mandi pantai kerana mereka tidak ada kolam renang.
Mereka tawarkan pakej island hopping di mana anda akan dibawa untuk mandi-manda di pulau berdekatan seperti Pulau Tioman dan Pulau Acheh. Harga pakej adalah berasingan.
Tempat: Resang Indah Chalet
Lokasi: Google Map Aktiviti:
|
β© Untuk Tempahan βͺ Booking | Agoda | Klook |
KULAI |
Homestay Aima, Kulai |
Homestay, tetapi buat anda rasa seperti menginap di resort kerana kolam renangnya agak besar dan lengkap dengan lampu. Membuatkan anda boleh berenang pada waktu malam.
Banglo ini ada 4 buah bilik tidur, lengkap dengan dapur yang berfungsi dengan baik. Ada taman dan BBQ pit. Seronok kalau makan ayam bakar tepi kolam. Homestay ini cuma 8 minit dari bandar Kulai. Senang untuk anda cari restoran atau nak membeli-belah.
Tempat: Homestay Aima
Lokasi: Google Map Aktiviti:
|
β© Untuk Tempahan βͺ Booking | Agoda | Klook |
MERSING |
Rawa Island Resort |
Banyak tempat menarik di Mersing, Pulau Rawa contohnya memang cantik dengan ait laut yang jernih serta banyak terumbu karang yang mempersonakan. Anda boleh menginap di Rawa Island Resort untuk percutian pulau yang sempurna.
Agak eksklusif, tetapi berbaloi untuk anda berbelanja. Resort ini tawarkan pelbagai jenis bilik dari untuk 1 pax hingga bilik keluarga. Bergantung kepada bajet anda.
Anda boleh menjamu selera di restoran yang disediakan atau bawa sendiri untuk lebih jimat.
Oh ya, segala urusan tempahan boleh dilakukan di laman web rasmi mereka.
Tempat: Rawa Island Resort
Lokasi: Google Map (Jeti Mersing) Aktiviti:
|
β© Untuk Tempahan βͺ Booking | Agoda | Klook |
Alang’s Rawa Resort |
Percutian di Pulau Rawa ini memang agak mahal sedikit. Tetapi berbaloi kerana ia ibarat andalah tuan punya pulau ini. Hal ini kerana Pulau Rawa tidak ramai pelancong, tidak crowded seperti pulau-pulau lain.
Anda boleh menginap di Alang’s Rawa Resort. Harganya sedikit rendah berbanding Rawa Island Resort. Chalet di sini cantik dengan tema biru-putih. Chalet jenis Beach House tu [un dah cukup selesa untuk anda sekeluarga.
Harga yang ditawarkan termasuk tambang boat, penginapan, dan makan minum.
Tempat: Alang’s Rawa Resort
Lokasi: Google Map (Jeti Mersing) Harga: dari RM1060 Aktiviti: Mandi pantai, snorkeling, bola tampar, kayak, island hopping, hiking, memancing. |
β© Untuk Tempahan βͺ Booking | Agoda | Klook |
Semoga artikel tempat menarik untuk family day di Johor ini dapat membantu anda dalam merancang percutian keluarga kelak. Selamat bercuti!
8 Tempat Menarik di Ipoh Waktu Malam – Best untuk Lepak!
12 Tempat Menarik di Butterworth (2025) TERKINI
13 Tempat Menarik di Alor Gajah 2025 | BEST Untuk Keluarga!
12 Tempat Menarik di Cameron Highlands Waktu Malam TERKINI