Pulau Sibu adalah salah satu dari gugusan pulau tercantik di Johor. Terletak di perairan Mersing iaitu 12 kilometer dari tanah besar, Pulau Sibu merupakan lokasi sempurna buat mereka yang mendambakan tempat yang mendamaikan. Persoalannya, apa yang menarik di Sibu ini? Dan apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sana?
Oleh itu kami akan senaraikan informasi yang patut anda tahu tentang Pulau Sibu. Dari aktiviti menarik, penginapan, cara ke sana, serta antara pakej Pulau Sibu yang awesome.
Untuk pengetahuan, Pulau Sibu telah diwartakan sebagai Taman Laut yang merupakan khazanah penting untuk negeri Johor dan Malaysia. Oleh itu, keindahan, hidupan laun, serta ekosistemnya dipelihara oleh kerajaan. Pulau yang menjadi salah satu tempat menarik di Johor ini wajar di menjadi lokasi percutian.
Ia bukan sahaja menjadi destinasi pelancongan, tetapi turut menempatkan perkampungan nelayan iaitu Kampung Duku.
Pulau Sibu Terdiri daripada 4 gugusan pulau iaitu:
Untuk ke Pulau Sibu, anda perlu menaiki bot dari Jeti Tanjung Leman yang terletak di Felda Tenggaroh 3, selatan Mersing.
Beli tiket bot di kaunter. Di sana, terdapat banyak pakej percutian menarik. Anda boleh pilih yang mana berkenan.
Dewasa: RM70 (sehala) | Kanak-kanak (RM35)
11 pagi dan 2 petang sahaja
Sudah namanya pulau, maka banyaklah aktiviti pantai dan menyelam untuk melihat hidupan laut yang boleh anda lakukan. Kebanyakkan aktiviti disediakan oleh resort dan chalet yang ada di sini.
Jom lihat antara aktiviti awesome yang boleh anda lakukan bersama keluarga dan rakan.
Bercuti di pulau memang tidak sah kalau tidak melakukan aktiviti snorkeling bukan? Kami yakin yang anda tidak akan kecewa kerana Pulau Sibu mempunyai air yang jernih. Ini membolehkan anda melihat hidupan laut seperti terumbu karang yang berwarna warni.
Tidak ketinggalan pelbagai spesis ikan kecil yang bakal menemani anda. Ikan-ikan ini sungguh jinak dan bakal menambahkan lagi keriangan anda di laut.
Untuk mereka yang mempunyai lesesn menyelam, Pulau Sibu juga antara pulau yang terkenal dengan aktiviti ini. Bukan sahaja kerana airnya jernih,tetapi juga tidak terlalu dalam, manakala lautnya tidak beralun.
Tidak cukup dengan keindahan lautnya, Pulau Sibu turut menawarkan aktiviti hutan seperti jungle trekking untuk pengunjung yang gemarkan alam sekitar dan cabaran.
Aktiviti jungle trekking ini sesuai untuk semua golongan kerana ia tidak terlalu berliku. Anda hanya perlu mengikuti denai yang telah di sediakan. Bahkan, terdapat laluan dan anak tangga untuk memudahkan perjalanan anda ke puncak bukit.
Terdapat sebuah gua yang pintunya berbentuk hati. Cukup menarik, manakala penamatnya pula adalah di puncak bukit yang akan memperlihatkan keseluruhan pulau ini.
Laluan untuk ke puncak tidaklah terlalu sukar, tetapi tidak sesuai untuk warga emas kerana perjalanannya agak jauh.
Kemudahan asas seperti surau, tandas awam, tempat persalinan, serta wakaf memang cukup lengkap. Untuk pelancong muslim, anda tidau perlu risau kerana surau yang disediakan memang bersih dan mesra pengguna.
Walau bagaimanapun , tiada restoran mahupu kedai makan disediakan di pulau ini. Anda hanya boleh menjamu selera di resot dan chalet yang menyediakan perkhidmatan restoran. Bab makan, kami sarankan anda supaya bersedia kerana makan di resort agak mahal.
Demi memastikan percutian anda berjalan lancar, Jom Johor cadangkan supaya menggunakan khidmat agensi pelancongan. Banyak agensi yang menawarkan pakej berserta itinerary menarik di Pulau Sibu.
Kebanyakkan pakej meliputi penginapan, makan, kelengkapan snorkeling, island hopping, dan tambang bot pergi dan balik.
Laman web: https://www.holidaygogogo.com/pulau-sibu-tour-packages/
Berkonsepkan hutan tropika yang mendamaikan. Rimba Resort menawarkan kemudahan kolam renang, restoran, private beach, yang mengadap Laut China Selatan.
Harga bilik dari: RM360 | TEMPAH DI SINI
Nikmati percutian di tepi pantai dan berlatar belakangkan hutan menghijau. Resort ini mempunyai teluk peribadi yang dibukan untuk tetamu resort sahaja. Nikmati juga kedinginan air koam renang di tepi pantai.
Harga bilik dari: RM225 | TEMPAH DI SINI
Semoga artikel tempat menarik di Pulau Sibu serta aktiviti yang boleh anda lakukan di sana sedikit sebanyak membantu anda dalam merancang percutian. Maklumlah, bercuti di pulau memerlukan perancangan teliti dari segi kelengkapan, tiket bot, dan lain lain. Selamat bercuti!