Sebagai negeri yang pesar membangun, banyak tempat-tempat yang dibina khas untuk tujuan pelancongan. Lokasi sebegini sudah pasti menyumbang kepada sektor pelancongan Johor. Melalui artikel ini penulis akan kongsikan beberapa tempat mandi di Johor yang sesuai untuk anda seisi keluarga.
Untung rakyat Johor, dapat tinggal di negeri yang kaya dengan tempat rekreasi. Mana tidaknya Johor mempunyai beberapa buah taman tema air yang boleh di kunjungi. Selain itu, negeri ini turut di lengkapi dengan pantai dan dan air terjun menarik.
Sekiranya anda bercuti di Johor, bolehlah singgah ke tempat mandi menarik yang penulis senaraikan di bawah.
Tempat mandi di Johor |
Legoland Waterpark Malaysia |
Keseronokkan anda yang di Legoland ini tidak perlu diperkatakan lagi. Ia bukan sahaja taman tema yang diinspirasikan dari permainan block popular. Bahkan terdapat taman tema air di dalamnya.
Legoland Water Park merupakan taman tema air bertaraf antarabangsa. Terdapat pelbagai tarikan menarik seperti:
- Beach Grill
- Beach Blaster
- Built-A-Raft
- Duplo Splash Safari
- Joker Soaker
- Lego Slide Racer
Rasai pengalaman meluncur di dalam beberapa buah gelongsor berbeza, dan bermain ombak buatan di Beach grill. Legoland tersenarai sebagai tempat menarik di Johor Bahru 2018. Laku keras!
Anda boleh tempat tiket di KLOOK untuk harga yang lebih murah & tak peru beratur.
Waktu Operasi: 10 am – 6 pm | tutup pada Selasa
Harga tiket: Dewasa RM144 | Kanak-kanak Rm120 | Beli di – KLOOK |
La Stella Water Theme Park |
La Stella Water Theme Park adalah taman tema air yang terletak di Starhill Golf and Country Club. Yang menariknya di taman temar air ini adalah landskapnya bagaikan pengunjung berada di sebuah pulau.
Terdapat batu-batu besar bersama air terjun dan pantai buatan. Disekeliling kolam pula adalah padang golf. Ia adalah taman tema mini, tetapi cukup luas untu menampung jumlah pengunjung yang ramai. Pelbagai jenis kolam dan gelongsor disediakan buat anda.
Harga tiket La Stella Water Theme Park juga sangat murah kalau nak dibandingkan dengan Legoland. Ia menjadi tempat menarik di Johor kerana keunikkan landskapnya.
Harga tiket: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM15
Waktu operasi: 8 am – 6 pm Loksi: Google Maps |
Austin Heights & Adventure Park |
Nikmati kegembiraan dalam masa yang sama menguji tahap adrenaline anda di Austin Heights & Adventure Park. Dibuka pada 2015, taman tema yang mempunyai pelbagai tarikan ini sesuai untuk seisi keluarga.
Di sini anda boleh memanjat halangan bertali dan menempuh gelongsor tinggi yang berbengkang-bengkok. Jika anda datang bersama anak kecil, usah khuatir kerana banyak aktiviti yang sesuai dan selamat untuk kanak-kanak.
Harga tiket: Dewasa RM88 | Kanak-kanak RM78
Waktu operasi: 10 am – 6 pm Lokasi: Google Maps |
TS Wonderland Indoor Water Theme Park |
Taman tema air ini baharu sahaja beroperasi. Terletak di Pasir Gudang, TS Wonderworld menawarkan harga tiket yang cukup murah iaitu RM25 sahaja.
Satu lagi kelebihannya adalah ia merupakan indoor water park. Jadi anda tidak perlu risau akan panas terik matahari. Terdapat taman permainan dalam air yang pasti membuatkan kanak-kanak gembira.
Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi bahagian menyronokkan iaitu ‘Space Adventure’ di mana sebuah taman permainan yang berkonsepkan angkasa lepas.
Harga tiket: RM25 | Bawah 75cm Percuma | Warga emas Percuma
Waktu operasi: 10 am – 10 pm Lokasi: Google Maps |
Lata Seri Pulai |
Sebah lagi tempat yang sesuai untuk seisi keluarga bermandi manda adalah di Lata Sri Pulai yang terletak di Pontian Johor. Ia merupakan sebuah resort dan dalam masa yang sama tempat mandi orang awam.
Terdapat kolam renang yang luas bersama dengan gelongsor menarik. Bukan itu sahaja, anda juga dibenarkan memancing di kolam khas. Menariknya. Lata Sri Pulai ini berkonsepkan Melayu tradisional. Jadi landskap tempat ini agak tenang dan menyamankan. Salah satu tempat menarik di Pontian yang berbaloi untuk di kunjungi.
Pengunjung boleh datang mandi-manda, atau menginap di chalet. Chalet yang disediakan lengkap dengan kemudahan dan selesa untuk penginapan hujung minggu.
Harga tiket kolam mandi: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5 |
Air Terjun Kota Tinggi |
Antara tempat menarik di Kota Tinggi. Air terjun ini adalah tempat berkelah utama negeri Johor. Kawasan ini tidak ubah seperti pesta pada setiap petang dan hujung minggu.
Kemudahannya juga serba lengkap dari segi tempat persalinan, tandas, wakaf, tempat duduk, dan gerai makan.
Apa yang best di sini adalah siap ada gelongsor panjang berterowong. Kanak-kanak pasti seronok. Bukan itu sahaja, air terjun di sini juga bertingkat-tingkat. Setiap tingkat mempunyai paras air berbeza. Anda boleh menyewa pelampung sekiranya perlu
Harga tiket: Percuma
Lokasi: Google Maps |
Desaru Coast Adventure Waterpark |
Banyak betul taman tema air di Johor bukan? Lokasi seterusnya adalah Desaru Coast Adventure Waterpark. Ia merupakan taman tema air bertaraf antarabangsa yang menawarkan pelbagai keseronokkan buat semua golongan.
Berbaloi kalau anda mandi di sini kerana antara attraction best yang ditawarkan adalah pantai buatan, gelongsor tinggi yang mencabar, corong gergasi, roller coaster, dan taman permainan dalam air buat kanak-kanak.
Tidak cukup dengan itu, taman tema ini turut menawarkan kebun buah-buahan, zoo mini, dan cruise pergi dan balik ke Singapura.
Harga tiket: Dewasa RM90 | Kanak-Kanak RM70 | Beli di – KLOOK
Lokasi: Google Maps |
Gunung Lambak Waterpark |
Mungkin ramai pelancong yang tak tahu akan kewujudan taman tema air ini. Ia merupakan tarikan terbaharu di Kluang.
Sesuai untuk mereka yang berbajet kecil, tetapi masih mahu mandi-manda bersama keluarga. Ini kerana tiket masuk cuma RM5 sahaja.
Kolam renang yang disediakan tidak kurang hebatnya. Sesuai untuk semua golongan, dijaga dengan baik, banyak kemudahan, dan persekitaran yang menenangkan.
Sekiranya tidak mahu mandi kolam, anda boleh beriadah di taman. Aktiviti yang ditawarkan adalah hiking, berbasikan, piknik, malah taman ini diserikan dengan gerai jualan snek dan minuman.
Harga tiket: Percuma | Kolam renang RM5, bawah 5 tahun PERCUMA
Lokasi: Google Maps |
Pantai menarik di Johor
Pantai Desaru
Antara pantai yang popular di Johor adalah Pantai Desaru. Terletak di Kota Tinggi, ia menjadi kawasan tumpuan orang ramai pada waktu petang dan hujung minggu. Pantai Desaru sangat istimewa kerana pasirnya yang memutih. Deretan pohon ru yang melambai ditiup angin sangat mententeramkan jiwa.
Ditambah pula dengan ombaknya yang tenang, ini membolehkan pantai ini sesuai untuk aktiviti mandi manda. Pelbagai pilihan hotel, resort dan chalet di sekitar Pantai Desaru, menjadikan penginapan mudah dan selesa.
Alamat: 82200 Kota Tinggi, Johor (Google Maps Location)
Pantai Penyabong, Mersing
Terletak kira-kira 36km dari bandar Mersing, Pantai Penyabong menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Di sini, anda boleh berkayak, bermain air laut, dan memancing.
Dengan andanya perkampungan nelayan, anda berpeluang membeli buah tangan, kerepek, ikan masin, makan di tempat gerai makanan laut, dan banyak lagi.
Penyabong juga menawarkan pemandangan indah kerana ia menghadap beberapa buah pulau lain seperti Pulau Semut, Pulau Aceh dan Seri Buat. Jika cuaca mengizinkan, anda berpeluang melihat Pulau Tioman.
Pantai Air Papan
Pasirnya yang memutih, airnya cetek, dan menghadap Pulau Setidan, membuatkan pantai ini menjadi pilihan penduduk tempat untuk bersantai. Oleh kerana ia berdekatan dengan pulau, maka ombaknya tidak begitu kuat. Sangat sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda.
Alamat: Kampung Air Merah, 86800 Mersing, Johor Darul Ta’zim. (Google Maps Location)
Pantai Teluk Buih
Tidak jauh dari Pantai Air Papan, Pantai Teluk Buih juga tidak kurang hebatnya. Air laut di sini sangat jernih, bahkan pemandangannya juga sedikit berbeza kerana terletak di tepi bukit.
Alamat: 86800, Johor (Google Maps Location)
Tempat menarik di Kulai
Upside Down Warm House
Penulis juga ingin senaraikan tarikan menarik di Kulai. Manalah tahu sekiranya anda berada di kawasan berdekatan. Upside Down Warm House adalah sebuah rumah di mana semua peralatan termasuklah perabot berada dalam kedudukan terbalik.
Memang seronok kalau dapat bergambar dengan pelbagai gaya. Tempat sebegini membolehkan anda merakam memori indah bersama keluarga.
Harga tiket: Dewasa RM30 | Kanak-kanak Rm20
Alamat: 5019, Jalan Kenari 7, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor (Google Maps Location)
Tempat menarik di Melaka
Johor dan Melaka tidaklah jauh. Dah alang-alang anda berada di Johor, tidak rugi sekiranya menyambung percutian di Melaka. Bandar Bersejarah ini menyimpan 1001 tempat menarik. Antaranya:
- A Famosa
- Stadthuys
- St. Paul’s Church
- Istana Sultan Melaka
- Muzium Maritim
- Pantai Klebang
Mudah sangat nak cari tempat mandi di Johor ni. Sebab terlalu banyak tempat seumpamanya di negeri ini. Aktiviti mandi-manda bersama keluarga dan rakan ini sebenarnya membuatkan ikatan kekeluargaan semakin kukuh. Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang percutian kelak.