Tempat Makan

Makanan Sedap di Kota Kinabalu

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah memang menjadi impian warga Semenanjung. Negeri ini kaya dengan keindahan alam semula jadi, pulau indah yang membolehkan anda menyaksikan hidupan laut. Sudah alang-alang bercuti di permata negeri Sabah ini, apa kata anda ambil peluang dengan menikmati makanan sedap di Kota Kinabalu.

Disebabkan negeri Sabah terdapat pelbagai kumpulan etnik bumiputera dengan budaya dan warisan unik mereka tersendiri. Maka ia menawarkan pelbagai jenis makanan sedap.

Melalui artikel ini TeamTravel malaysia akan mencadangkan tempat makan best untuk panduan anda semasa bercuti di KK nanti.

#1 D’hati Corner Restaurant

Cukup popular di Kota Kinabalu dengan menyajikan masakan ala Thai dan Melayu sedap pada harga berpatutan. Menu ala Thai seperti tomyam campur, udang masak tiga rasa, siakap stim, dan telur bungkus memang menjadi pilihan majoriti pelanggan.

Kalau anda inginkan sedikit kelainan, cubalah daging masak belacan. Masakan panas mereka tidak kurang hebatnya. Kena dengan selera. Padanlah restoran ini mendapat rating tinggi di laman carian Google.

Facebook: https://www.facebook.com/dhaticorner/

Waktu operasi: 12 pm – 10.30 pm

Alamat: Block A, Lorong Plaza Kingfisher, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

#2 The Warung

Sekiranya anda ingin menikmati makanan tradisi Sabah, cubalah nasi kuning dan nasi lalap. The Warung yang terletak di Jalan Kepayan menyediakan nasi kuning paling sedap di Kota Kinabalu.

Hidangan nasi lalap ini sesuai menjadi sajian sarapan dan makan tengah hari. Tidak hairanlah kalau pagi-pagi lagi ia sudah di penuhi pelanggan.

Nasi lalap menggaung kan nasi putih, kuah khas, ayam goreng tepung serta tempe. Manakala nasi kuning pula dimakan bersama ayam masak merah dan telur rebus. Memang sedap!

Menu lain yang boleh anda cuba di sini adalah nasi ayam penyet yang asli dari Indonesia.

Waktu operasi: 8 am – 9 pm

Alamat: Bangunan Koperasi Kepayan Berhad, Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

#3 Nasi Lemak Kaki Lima

Kalau tertanya-tanya tempat breakfast di Kota Kinabalu yang sedap pula sudah tentulah di Nasi Lemak Kaki Lima yang terletak di Jalan Gunung Bintang.

Mula beroperasi sejak 1993 lagi, tempat makan ini menyajikan nasi lemak yang cukup memikat. Sambal bilis dan sotong menjadi kegemaran pelanggan. Ia tidak terlalu pedas dan enak jika dipadankan dengan ayam goreng berempah.

Selain itu, pelanggan dapat memilih puluhan jenis kuih muih tradisional seperti kuih lepat pisang, kek lapis, seri muka, dan banyak lagi.

Waktu operasi: 6 am – 7.30 pm 

Alamat: Lot 3, Ground Floor,, Jalan Gunung Bintang, Taman Dai Ming, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

#4 Woo!

Buat pasangan bercinta pula, sudah tentulah anda dan pasangan mahukan lokasi yang romantis. Singgah makanlah di kafe hipster Woo! Woo! Merupakan salah satu tempat makan romantis di Kota Kinabalu.

Apa yang menarik di sini adalah rekaan dalamannya yang ringkas tetapi cukup indah. Menggunakan hitam dan putih sebagai warna tema mampu membangkitkan ketenangan sewaktu menjamu selera.

Soal menu pula, pelanggan diberi pilihan variasi masakan western seperti Pumpkin Poached Egg, Chicken Nanban, Lamb Loin, Salmon Spaghetti, dan banyak lagi. Kopi premium turut menjadi pilihan ramai.

Waktu operasi: 9 am – 11 pm

Alamat: 7, Lorong Dewan, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

#5 Steamboat Bakar Kota Kinabalu

Hidangan steamboat sudah menjadi trend dan digemari ramai. Siapa tidak suka akan pelbagai pilihan makanan laut, daging yang telah diperap, kemudian menggril sendiri di meja makan.

Tempat makan steamboat sedap di KK adalah di Steamboat Bakar Kota Kinabalu yang terletak di Kepayan. Pasti anda akan rambang mata dengan puluhan jenis bahan mentah yang sedia untuk direbus dan digril.

Harga steamboat bakar ini juga agak berpatutan iaitu:

Dewasa RM28 | Kanak-kanak (7-12 tahun) RM18 | (0-6 tahun) Percuma

Restoran ini juga amat selesa dan kondusif. Terbuka dan tidak terlalu panas. Sesuai untuk anda lepak bersama keluarga dan rakan.

Alamat: Jalan Lintas, Kepayan Kota Kinabalu

#6 Warung Bandung

Bakso merupakan menu popular dari negara seberang, Indonesia. Keenakannya turut menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kebetulan berada di sabah dan sedang mencari bakso sedap di Kota Kinabalu, cubalah ke restoran Bakso Twist.

Khabarnya pemilik restoran ini ‘berguru’ selama tiga bulan di Indonesia untuk menghasilkan bakso yang sedap.

Tidak pernah lekang dengan pelanggan, rata-ratanya seperti tidak puas menghirup sup istimewanya. Ditambah dengan bebola daging/ayam/udang yang menyelerakan.

Bukan hanya bakso, restoran ini turut menyediakan hidangan sestern, dan masakan ala Thai. 

Waktu operasi: 10 am -10 pm | tutup pada Isnin

Alamat: Lorong Plaza 333-2, 89500 Donggongon, Sabah

#7 Bw Bus Restaurant Kundasang

Okay, restoran ini merupakan tempat makan best di Kundasang. Ia terletak sekitar 2 jam pemanduan dari KK. Berbaloi untuk anda sekeluarga menjamu selera. Ini kerana Restoran Bas Biru menawarkan pengalaman menarik dan makanan yang enak.

Ia merupakan sebuah restoran yang beroperasi di dalam bas lama. Agak sempit tetapi cukup untuk manda menjamu selera dan lepak.

Bukan itu sahaja, pelanggan lokasi Restoran Bas Biru ini juga cukup strategik di mana anda bole menyaksikan pemandangan Gunung Kinabalu dari tingkap.

Memandangkan ia merupakan sebuah kafe hipster, ia menawarkan makanan western yang menyelerakan.

Alamat: BW Bus Restaurant, Batu 7, Kg.Pinausok Kundasang, Ranau, Sabah

#8 Restaurant Makanan Laut Gayang

Sekiranya anda nak makan seafood di Kota Kinabalu pula, memang banyak pilihan restoran. Tapi kami ingin mencadangkan anda Restaurant Makanan Laut Gayang kerana ia memang cukup popular. Malah mendapat rating tinggi di laman Google.

Kesegaran makanan laut di sini tidak boleh dipertikaikan lagi. Pelbagai pilihan seafood seperti ikan, ketam, udang, lala, tersedia untuk pelanggan. Jenis masakan terpulang kepada anda.

Suasana restoran juga selesa. Seronok sekali sekiranya dapat menjamu selera sambil menikmati angin pantai.

Waktu operasi: 11 am – 10 pm | tutup pada Rabu

Alamat: Jalan Sulaman, 89200 Kota Kinabalu, Sabah

Menarik bukan makanan sedap di Kota Kinabalu? Pastikan anda mencuba salah satu restoran yang kami sebutkan di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!