Kota Kinabalu sememangnya memiliki banyak tempat makan menarik khususnya seafood. Oleh kerana KK merupakan kawasan tumpuan pelancong dan dekat dengan pantai, maka banyaklah restoran makanan laut yang segar. Untuk memudahkan anda, kami telah mengumpul sejumlah seafood restaurant di Kota Kinabalu yang boleh anda kunjungi.
Iyalah, dalam banyak-banyak restoran yang ada, belum tentu semua sedap. Jadi, kami kongsikan restoran yang sering mendapat rekomendasi orang ramai.
#1 Welcome Seafood Restaurant Kota Kinabalu
Sebuah restoran makanan laut yang sudah tidak asing lagi di bandar ini. Menjadi pilihan penduduk tempatan kerana harganya sangat berpatutan berbanding restoran lain seumpanya di KK.
Menu yang popular di sini adalah Butter Crab, Sambal Squid, Steamed Prawn, Oyster Soup, dan sayur goreng. Semuanya segar-segar belaka.
Mula beroperasi pada waktu tengah hari tetapi ia bertukar meriah pada waktu malam dengan kunjungan pelanggan. Memang penuh. Kami sarankan anda datang awal untuk mendapatkan meja.
Bagi yang tertanya-tanya sama ada Welcome Seafood ini halal atau tidak, ia halal. Terdapat bahagian khas untuk pelanggan Islam.
Waktu operasi: 12 pm – 12 am
Alamat: 1, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
#2 Gayang Seafood Restaurant Kota Kinabalu
Terletak di Tuaran, Gayang Seafood bakal memberikan anda pengalaman menikmati makanan laut yang berbeza. Ini kerana sambil menikmati juadah lazat, anda boleh menyaksikan pemandangan pantai yang indah. Bahkan restoran ini juga terbuka.
Menu best di sini adalah Butter Praw, Siakap Steam, Udang Tepung, Sweet Sour Fish Fillet, dan banyak lagi. Semuanya segar termasuklah ikan air tawar kerana mereka mempunyai sangkar sendiri yang terletak di belakang restoran.
Waktu operasi: 11am–3pm, 5–10pm | tutup pada Rabu
Alamat: Kampung Baharu, Jalan Sulaman, Tuaran 88300 Kota Kinabalu Sabah.
#3 Sri Tanjung Seafood
Agak popular di kalangan penduduk tempatan kerana murah dan hadir dalam portion yang besar. Setibanya anda di meja, pelayan akan berikan kacang sebagai kudapan sementara menunggu makanan siap dimasak. Namun jangan ingat ia percuma tau?
Apa yang membezakan Sri Tanjung dengan restoran makanan laut yang lain adalah ia dimasak Chinese style. Kalau anda tercari-cari Chinese seafood restaurant in Kota Kinabalu, di sinilah tempatnya.
Banyak menu-menu menarik yang ada, tetapi yang paling popular sudah tentulah hidangan ketam. Wajib cuba tau!
Usah risau, kerana restoran ini dijamin halal. Bahkan logo halal terpampang pada signboard kedai.
Waktu operasi: 12pm – 10.30pm
Alamat: 16 & 17, Jalan Haji Saman, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
#4 Restoran Kampung Nelayan
Restoran terapung ini memang unik kerana senibinanya berkonsepkan etnik Sabah. Kampung Nelayan mula beroperasi sejak 1988 lagi dan selain seafood mereka turut menyajikan masakan ala Thai, Chinese, dan Dim Sum.
Mengikut rekomendasi laman TripAdvisor, makanan di sini sedap sedap belaka. Memang kena dengan selera lebih-lebih lagi jika ia dimasak ala Thai.
Menaiknya di sini, pelanggan bakal dihidangkan dengan persembahan NIGHTLY Cultural Dance Performance iaitu tarian tradisional negeri Sabah.
Alamat: Taman Tun Fuad, Bukit Padang, P. O. Box 23004, 88790 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah
#5 Salut Seafood Restaurant
Terdapat banyak pilihan makanan laut yang boleh anda pilih di sini. Semuanya segar kerana anda boleh menangkapnya sendiri dari dalam sangkar. Aneka ikan, ketam, udang, kerang, dan sotong memang sentiasa menjadi pilihan pelanggan.
Pelanggan juga boleh minta tukang masak menyediakan hidangan tersebut dengan cara yang dipinta.
Kalau nak cuba sesuatu yang lain dari yang lain, bolehlah pesan ‘sayur Sabah’. Sayuran ini di steam dan mempunyai rasa rangup dan lembut. Rugi kalau tak pesan, cukup popular di Sabah, dan tidak ada di Semenanjung.
Waktu operasi: 11.30 am – 9.30 pm | tutup pada Rabu
Alamat: Jalan Sulaman, Kampung Salut, 89200 Kota Kinabalu, Sabah
Itu untuk yang ada sijil Halal. Bagi yang non-muslim pula sebenarnya banyak sangat restoran Chinese restaurant sekitar KK. Antara yang popular adalah:
- Suang Tain Seafood Restaurant
- Seremban Seafood Restaurant
- Grand Port View Restaurant
- Lintas Seafood Restaurant
Bolehlah tuju ke seafood restaurant di Kota Kinabalu yang kami senaraikan di atas. Seafood lebih meriah sekiranya dijadikan santapan waktu malam. Untuk yang beragama Islam, pastikan juga restoran tersebut mempamerkan logo Halal.