Tempat Makan

Tempat Makan Best di Kota Kinabalu

Bercuti di Kota Kinabalu, Sabah, sudah pasti membuatkan kita terpesona akan keindahan alam semula jadi dan budayanya. Mana tidaknya, banyak tarikan alam yang unik seperti gunung ganang, bukit-bukau, pulau yang indah serta cuacanya yang agak dingin. Tapi bagaimana pula dengan tempat makan? Restoran mana satu yang patut anda cuba? Dalam artikel ini, kami akan senaraikan tempat makan best di Kota Kinabalu untuk anda!

Inilah masanya untuk anda ambil peluang mencuba makanan tempatan. Bukan senang nak rasa masakan dari Sabah.

#1 Warung Bandung

Anda penggemar hidangan dari Indonesia, Ayam Penyet? Cuba ke Warung Bandung yang terletak di Jalan Penampang. Warga KK mengatakan Warung Bandung menyajikan ayam penyet tersedap di Kota Kinabalu!

Ayam penyetnya rangup di luar dan lembut di dalam. Dimakan pula dengan nasi putih, tempe goreng, sup kosong, dan sambal istimewa yang pedas lagi enak.

carrybeans.com

Dari segi hidangan ayamnya pula, anda boleh pilih pelbagai jenis ayam. Contohnya ayam rangup biasa, sambal, percik, dan ayam bakar.

Hidangan lain yang popular di sini adalah Mee Rojak, Bakso, dan beberapa masakan Indonesia yang lain.

Waktu operasi: 11 am – 10.30pm

Alamat: Tingkat Bawah Lot 4, Block C, Lintas Jaya Fasa 1, Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

#2 D’Lengkuas

Masakan kampung, lebih-lebih lagi masakan Kelantan pasti membuka selera sesiapa sahaja. Lauk pauk seperti gulai kawah, gulai daging kari ikan, masak lemak, sayur campur, ayam goreng, dan ulam ulaman adalah pilihan utama untuk santapan tengah hari.

Jika ke D’Lengkuas, anda boleh merasai semua lauk pauk yang menyelerakan ini. Banyak pilihan lauk disediakan untuk pelanggan. Paling popular di sini sudah tentulah gulai kawah, ikan goreng, sotong masak merah, ayam goreng berempah, dan ulaman.

Kalau nak tahu, D’Lengkuas adalah salah satu tempat makan tengah hari sedap di Kota Kinabalu.

Alamat: Lot 36, Grace Square Sembulan, Grace Villa, 88100 Kinabalu, Sabah

#3 Nasi Lemak Kaki Lima

Untuk sarapan di Kota Kinabau pula, kami cadangkan anda ke Nasi Lemak Kaki Lima yang terletak di Jalan Gunung Bintang. Mereka memulakan perniagaan sejak 1993 lagi dengan membuka gerai kecil di kaki lima. Kini perniagaan mereka semakin berkembang hingga mampu membuka sebuah restoran. Namun, namanya kekal ‘kaki lima’ kerana sudah menjadi signifikasi oleh ramai.

Nasi lemak di sini dikatakan cukup sedap. Sambal ikan bilisnya pekat, dan cukup rasa. Malah, sambal sotongnya juga tidak kurang hebatnya. Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama ayam goreng berempah, ikan bilis goreng, dan telur rebus!

Selain itu, pelanggan dijamu dengan kepelbagaian kuih muih tempatan. Memang rambang mata, semuanya berwarna-warni dan nampak menyelerakan.

Waktu operasi: 6 am – 7.30 pm

Alamat: Lot 3, Ground Floor,, Jalan Gunung Bintang, Taman Dai Ming, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

#4 Kedai Makan Santubong & Kek Lapis Sarawak

Destinasi jalan jalan cari makan Kota Kinabalu yang seterusnya adalah  Kedai Makan Santubong yang menyajikan masakan asli negeri Sarawak. Memang benar kita berada di negeri Sabah, tetapi hidangan signiture kedua negeri ini sama sahaja.

Kedai Makan Santubong menghidangkan laksa Sarawak mi sup, me kari, nasi ayam, sayap ayam yang enak.

Ramai  yang datang dari jauh hanya ingin menikmati laksa Sarawak di sini. Kuahnya pekat, laksanya lembut, ditambah dengan lauk yang banyak.

Selain itu Kedai Makan Santubong turut menjadi tempat untuk pelancong mendapatkan kek lapis Sarawak. Pelbagai jenis dan perisa yang ada di sini, harganya juga berpatutan.

Alamat: B 13-1, GROUND FLOOR BLOCK B, Kepayan Perdana Comercial Centre, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

#5 The Warung

The Warung Kota Kinabalu sudah tidak asing lagi buat penduduk tempatan. Menyediakan sajian asli negeri Sabah dan Indonesia, membuatkan kedai ini menjadi tumpuan terutamanya di waktu tengah hari.

Menu Nasi Kuning di sini cukup popular. Ia hampir sama dnegan nasi minyak dan dimakan bersama ayam masak merah, sambal dan timun.

Nasi Lalap juga menjadi pilihan pelanggan. Ia merupakan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng tepung, geropok goreng, dan kuah istimewa. Ayam penyet turut disediakan di sini.

Alamat: Bangunan Koperasi Kepayan Berhad, Jalan Kepayan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

#6 Ferdinand’s

Buat mereka yang ingin meraikan pasangan, sudah tentu mencari tempat makan romantis di Kota Kinabalu bukan? Anda boleh ke Ferdinand’s yang merupakan sebuah restoran mewah di Sutera Harbour Resort.

Dengar nama pun dah tahu mewah dan mahal. Namun untuk meraikan yang tersayang, sekali sekala apa salahnya bukan?

Ferdinand’s mengkhususkan masakan Italian. Jadi pastikan anda order pizza, pasta, dan pencuci mulut mereka ya?

Tambahan pula anda bakal menjamu selera di tempat yang selesa bertemankan pemandangan kolam renang yang cantik.

Alamat: The Magellan Sutera, Sutera Harbour Resort, 1 Sutera Harbour Boulevard, Sutera Harbour, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

#7 Wan Wan Coffeeshop

Restoran makanan sedap kota Kinabalu yang seterusnya adalah Wan Wan Coffee Shop. Hidangan Konlo Mee nya cukup terkenal sehingga ada yang datang dari jauh untuk menikmatinya.

Konlo Mee adalah mi bersama sup ikan. Kuahnya agak cair tetapi kaya dengan rasa yang enak. Menariknya mee diproses sendiri di kedai ini.

Pelanggan diberi pilihan sama ada sup ikan atau sup tomyam. Buat mereka yang suka masakan pedas, kami syorkan pilih kuah tomyam.

Restoran ini mungkin nampak seperti restoran untuk kaum Cina, usah risau kerana ia dijamin Halal. Ramai orang Melayu yang makan di sini.

Alamat: Lorong Bundusan, Hsk Industrial Centre, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

#8 Gerai Kelapa Bakar Kak Tini

Tempat makan lokan di Kota Kinabalu ini agak popular dan unik. Gerai ini menyediakan makanan laut, lokan, yang dibakar dan disalut dengan rempah istimewa.

www.sabaheats.com

Lokan tersebut dihidangkan di dalam dulang kepada pelanggan. Pelanggan boleh membelinya dengan harga serendah RM10 untuk 20 biji lokan. Kedai seafood di Kota Kinabalu ini juga wajib anda cuba!

Selain itu pencuci mulut, Puding Kelapa turut menjadi hidangan yang wajib dipesan oleh pelanggan. Menariknya, air kelapa ini dibakar dari dalam. Anda boleh merasai aroma arang hangus memasuki anak tekak.

Alamat: Salut Commercial Centre, 89200 Kota Kinabalu, Sabah

Tempat makan best di Kundasang

  • Restoran Shah Adilah
  • Puteri Nabalu
  • Intan Restaurant & Cafe

Nah, kalau anda berpeluang ke KK, pastikan singgah di salah satu tempat makan best di Kota Kinabalu yang kami senaraikan di atas. Terutamanya lokan bakar tu. Jika ada cadangan tempat makan lain yang kami tidak tahu, sila nyatakan dalam ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!