Genting Highlands

Hotel Seri Malaysia Genting Review

Kalau anda bercuti ke Genting Highlands. Untuk memilih penginapan ada dua pilihan. Sama ada anda menginap di atas puncak, atau pun di bawah.

Kalau anda menginap di atas, kami cadangkan senarai hotel ini. Dan kalau di bawah, kami cadangkan Hotel Seri Malaysia ini sendiri.

Kalau anda bercadang untuk menginap di puncak juga, mungkin terfikir, sama ada nak drive kereta sampai ke atas. Atau pun nak parking di bawah, dan naik kereta cable. Jangan lupa, bawa beg beg semua sekali. Kami cadangkan hanya bawa beg galas atau bagasi yang kecil kecil sahaja. untuk mudah anda bergerak.

Klook.com

Untuk parking di bawah, dan naik kereta cable ke atas ada dua stesen. Dan untuk makluman, kedua dua stesen ini memang sangat berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia ini juga.

Iaitu Genting Skyway dan juga Awana Skyway.

**KLIK link genting dan awana di atas untuk lokasinya di Google Map. Mungkin lebih seronok kalau naik dari Awana Skyway, sebab stesen itu juga bertindak sebagai shopping complex. Dan parking anda macam lebih selamat berbanding dengan Genting Skyway.

Awana Skyway, ulang alik untuk seorang ialah RM 14.

Hotel Seri Malaysia Yang Paling Strategik

Yang secara tak langsung, Hotel Seri Malaysia adalah antara hotel yang paling strategik untuk anda jadikan pilihan untuk menginap sekiranya, anda memilih untuk tidak ke atas. Lagipun, hotel di puncak, memang selalunya penuh. Jadi, sangat penting untuk anda booking awal supaya berkesempatan.

Hotel Seri Malaysia, bukan sahaja sangat strategik, malah bilik dan kekemasan nya baik. Dan harganya juga tidak terlalu mahal. Lebih kurang RM 150 – 180 untuk satu malam. Mungkin boleh gunakan booking.com untuk tempahan promosi.

Bilik Yang Luas + Breakfast

Antara faktor penarik paling kuat untuk anda menginap di sini ialah, biliknya yang agak luas. Walaupun hanya duduk dua orang. Dan ada nya kemudahan breakfast di awal pagi. Hotel hotel bajet di sekeliling Hotel ini pun ada, tapi macam tidak berapa sesuai untuk orang Islam sebab salah satu hotel nya terletak dikelilingi kedai makan Cina. Jadi mungkin anda terpaksa berjalan sedikit ke kedai makan berhampiran. Itu pun kalau ada. Tak mungkin shopping complex Awana Skyway buka awal pagi untuk breakfast anda kan.

Pilihan breakfast nya pun agak baik juga, walaupun crew kami bukan datang ke Genting pada waktu cuti sekolah.

Untuk Menempah..

Anda boleh layari lawan web booking ini untuk pastikan penginapan di bawah pun ada. Andai kata anda tidak sempat untuk dapatkan bilik di puncak Genting Highlands atas sana.

Atau, anda boleh cuba penginapan yang lain lainya juga di bawah..

Booking.com

***Hotel Seri Malaysia Genting ni rasanya macam sunyi sikit sebenarnya… Mungkin sebab orang tak berapa nak ada masa saya pergi. Lagipun Genting Highlands masih lagi renovation. Di jangka buka akhir tahun 2018..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!