Pantai Kelantan

Tempat Menarik di Tumpat Kelantan

Tumpat merupakan salah satu daerah yang tidak asing lagi di negeri Kelantan. Daerah ini boleh dikatakan sibuk juga walaupun tidak seperti Kota Bharu, kerana terdapatnya Stesen Keretapi yang merupakan nadi perhubungan dan pengangkutan di Pantai Timur. Walaupun Tumpat adalah jajahan paling kecil, ini tidak bermakna ia tidak berpotensi untuk menjadi pusat pelancongan. Sebenarnya banyak tempat tempat menarik di Tumpat yang perlu anda tahu.

Memandangkan Tumpat dekat dengan sempadan Thailand, maka banyaklah tokong-tokong agama Buddha di bina di sini termasuklah salah satunya yang kedua terbesar di dunia. Ia dibuka kepada umum dan orang Islam sendiri boleh melawat tempat-tempat seperti ini.

Tumpat terletak kira kira 17km dari Kota Bharu dan memakan masa 33 minit pemanduan.

#1 Pantai Sri Tujuh

Pantai Sri Tujuh ini merupakan antara pantai tercantik dan popular di Kelantan. Untuk pengetahuan, pantai ini mendapat namanya kerana ia terhasil dari pembentukkan tujuh teluk. Jangan keliru pula dengan Pantai Irama, kerana Pantai Irama terletak di Bachok.

Daripada pantai yang dahulunya terhakis teruk, kini ia telah menjadi sebuah pantai yang indah sehingga menjadi tarikan pengunjung. Kawasan pantainya yang luas dan rata membolehkan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Antaranya seperti bermain wau, bola tampar, berkhemah, malah, Pantai Sri Tuju pernah menjadi lokasi penganjuran pertandingan wau peringkat antarabangsa.

Kebiasaanya pada waktu petang pantai ini akan dipenuhi orang ramai yang datang meluangkan masa bersama keluarga. Banyak kemudahan disediakan seperti  taman permainan, tandas awam, kedai makan, restoran, dewan serbaguna dan masjid. Ini membuatkan orang ramai berasa senang untuk datang lepak.

Dari segi penginapa pula, jangan risau kerana terdapat beberapa chalet menari didirikan di sini. Manalah tahu kalau anda rancang untuk menginap di Tumpat. Lagipun, Tumpat dan tempat shopping Pengkalan Kubur & Rantau Panjang tidak jauh.

Chalet di Pantai Sri Tujoh

Pantai Sri Tujuh Resort antara penginapan yang sering menjadi pilihan pelancong. Harga biliknya boleh didapati pada harga serendah RM100 untuk bilik ‘single standard’, dan RM150 untuk ‘family room.

Resort bajet ini berkonsepkan terapung. Kemudahan asas seperti Tv, penghawa dingin, mandian nanas, cerek elektrik, dan pembancuh kopi, memang sudah tersedia.

 

Ini merupakan salah satu resort menarik di Kelantan kerana ia seolah-olah terapung. Malah, penduduk setempat juga menggelarkannya sebagai ‘resort terapung’.

Hubungi: 09-721 1753

Alamat: pantai Sri Tujuh Resort, 16200 Tumpat, Kelantan.

#2 Istana Bukit Tanah

Satu-satunya Istana yang berada di jajahan Tumpat. Istana ini dikatakan dibina sewaktu pemerintahan Jepun lagi. Pada ketika itu Kelantan di bawah pemerintahan Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad ke-4. Istana ini masih lagi tersegam indah dan terpelihara.

Berkedudukan di Persiaran Istana, Tumpat, iaitu 19.8km dari pusat bandar Kota Bharu. (Google Maps Location)

#3 Makam Tok Janggut

Siapa tidak kenal dengan Tok Janggut, nama yang tertulis dalam buku sejarah sekolah. Beliau merupakan salah seorang pahlawan Melayu yang menentang campur tangan British di Kelantan pada 1909.

Orang ramai dibenarkan melawat makam Tok Janggut yang terletak di Jalan Pasir Pekan Tumpat. Ia dibuka setiap hari dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

Alamat: Jalan Pasir Pekan, Wakaf Baru, 16250, Tumpat, 16210 Wakaf Bharu, Kelantan (Google Maps Location)

#4 Tiga Patung Buddha

Terdapat tiga buah patung agama Buddha di jajahan Tumpat dan setiap satu daripadanya mempunyai keistimewaan tersendiri.

  • Wat Phothivihan (patung baring) – Kedua terbesar di dunia sepelas Myanmar
  • Wat Machimmaram (Buddha duduk) – Kedua terbesar di Asia Tenggara
  • Wat Phikul Thong (Buddha berdiri)

Ramai pelancong asing mahupun tempatan datang melawat ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ini semata-mata untuk melihat patung-patung tersebut terutamanya pada musim cuti.

Dah alang-alang anda berada di Tumpat ini, apa kata teruskan perjalanan anda dan lawat tempat menarik di Rantau Panjang. Sebagai tempat shopping bebas cukai, Rantau Panjang memang tidak pernah lekang dari menerima kunjungan pelancong. Ada sahaja yang datang membeli belah di sini. Murah la katakan.

Tumpat adalah salah satu tempat menarik di Kelantan yang berbaloi dikunjungi. Lebih-lebih lagi mereka yang datang dari bandar besar dan ingin merasai pengalaman baru di tempat orang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!