Sebagai salah sebuah negeri di Pantai Timur, Kelantan sudah pasti memiliki pantai indah yang menghadap Laut China Selatan. Kelantan memiliki beberapa buah pantai, setiap satu daripadanya memiliki keistimewaan tersendiri. Tetapi pantai tercantik di Kelantan mestilah Pantai Tok Bali.
Kami akan terangkan apa keistimewaan pantai ini berserta beberapa pantai lain yang sentiasa menjadi pilihan penduduk tempatan serta pelancong.
Pantai Tok Bali, Kelantan
Antara pantai tersohor di negeri ini berikutan keindahan pasir pantai yang memutih dan deretan pokok rhu yang melambai. Ia menjadi daya penarik semula jadi kepada pelancong.
Selain itu, keadaan ombaknya juga sangat tenang menjadikan Pantai Tok Bali sesuai untuk bermandi manda. Mungkin juga kerana kedudukan Tok Bali yang dekat dengan Terengganu. Mereka berkongsi keindahan pantai yang sama.
Jika anda bercadang untuk menginap di sini, usah risau kerana terdapat banyak pilihan resort dan chalet. Tok Aman Bali adalah resort menarik di Kelantan. Tetapi harganya agak tinggi kerana ia merupakan resort mewah. Chalet murah pun banyak di sekitar Tok Bali.
Chalet dan resort di Tok Bali:
- Tok Aman Bali – RM243
- Villa Danialla Beach Resort – RM307
- Dee Wana Resort – RM235
- Sudara Beach Resort
Pantai Senok
Anda psti pernah dengar akan pantai yang mempunyai pemandangan seperti Pulau Nami, Korea. Pantai itu adalah Pantai Senok, Kelantan.
Terdapat ratusan pokok rhu yang tersusun dalam barisan. Ini yang membuatkan masyarakat tempatan menggelarkannya sebagai ‘Pulau Nami Malaysia’.
Pantai Senok sering menjadi lokasi para photographer tempatan. Maklumlah, landskapnya memang cantik. Kalau anda berpeluang ke sini, jangan lupa ambil gambar ya?
Lokasi: Google Maps Location
Pantai Irama Bachok
Tidak jauh dari Tok Bali adalah Pantai Irama. Pantai ini menjadi salah satu lokasi panas Kelantan pada hujung minggu. idak ada masalah lagi untum bermandi-manda sambil meluangkan masa hujung minggu dengan keluarga. Nak dijadikan tempat lepak pun sesuai. Banyak gerai makan disediakan untuk anda menghirup air kelapa segar dan makan keropok lekor.
Kami juga akan senaraikan beberapa buah air terjun yang ada di negeri ini.
Air terjun di Kelantan
Jeram Pasu
16 km dari Bandar Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu, Jeram Pasu dikatakan air terjun yang terawal di Kelantan. Jeram Pasu sentiasa menjadi pilihan kerana bukan sahaja air terjun, tetapi lengkap dengan kolam mandi buatan. Kemudahan lain seperti kolam mandi kanak-kanak, surau, tandas, bilik persalinan, dan wakaf kecil turut disediakan untuk memudahkan anda terutama jika hadir dengan keluarga yang besar.
Jeram LinangÂ
Kira-kira 10 kilometer dari Bandar Pasir Puteh (melalui jalan Pasir Puteh – Machang). Air terjun bertingkat setinggi 12 meter ini mengalirkan air yang jernih serta nyaman. Kawasannya yang leuas menjadikan Jeram Linang sebagai lokasi sesuai untuk bermandi-manda dihujung minggu.
Lata BeranginÂ
Merupakan air terjun tertinggi di Kelantan. Kawasan tadahannya yang luas serta tidak berbatu membuatkan ia cukup sesuai untuk bermandi-manda. Terletak di kawasan terpencil iaitu Sungai Pas, Kuala Krai. Tidak diteroka, menjadikan ia sebagai air terjun paling indah di negeri ini.
Zoo di Kelantan
Jika anda tercari-cari lokasi zoo di Kelantan, anda akan kecewa. Untuk pengetahuan, negeri ini tidak mempunyai zoo. Ia pernah dibuka di Kuala Krai tetapi ditutup kerana kos penyelenggaraannya yang tingggi.
Tempat membeli belah di Kelantan
Kelantan memang terkenal sebagai lokasi membeli belah. Ini kerana kebanyakkan barang yang dijual di sini jauh lebih murah dari tempat lain. Oleh itu, kami akan cadangkan beberapa tempat shopping popular yang sering menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong.
- Pasar Siti Khadijah
- Bazar Buluh Kubu
- Bazar Tok Guru
- Wakaf Che Yeh
- Wakaf Bharu
- Pengkalan Kubor
- Rantau Panjang
Nah, itu dia pantai tercantik di Kelantan dan beberapa tempat menarik yang boleh anda lawati sekiranya berpeluang bercuti di negeri ini. Selamat bercuti!