Pantai Kelantan

Tarikan Pantai di Kelantan + Resort + Chalet

Antara destinasi pilihan bila kita jalan jalan ni pasti kita akan ke pantai. Di Kelantan, kita bertuah akan pemandangan luas Laut China Selatan, tambah lagi dengan beberapa resort utama yang memang menjadi pilihan seperti Pantai Tok Bali contohnya. Dan untuk pengetahuan anda, bukan nya Tok Bali sahaja, banyak lagi pantai utama di tempat lain.

Dalam artikel ini, kami senarai lebih daripada 5 pantai yang mungkin boleh menjadi pilihan anda dan keluarga. Kami juga senaraikan beberapa resort dan chalet terdekat untuk penginapan anda.

Pantai sekitar Kota Bharu

Pantai Mek Mas

Walaupun namanya tidak ‘fancy’, namun tidak bermakna tiada apa yang menarik di sini. Pantai Mek Mas lain istimewa kerana struktur tanahnya yang berbukit. Kalau nak lihat pemandangan lebih cantik, datanglah di waktu senja kerana suasana matahari terbenam agak memukau. Kalau anda bernasib baik, langit akan menyerlahkan warna jingga yang mempersonakan.

https://www.trover.com/d/Zkh9-pantai-mek-mas-malaysia

Untuk ke Pantai Mek Mas anda perlu melalui kampung Pulau Pisang dan melepasi restoran yang terkenal dengan teh ais madu, Warung Pak Mat Pulau Pisang.

Google Maps location

Resort & chalet berhampiran

Pantai Kundur

Pantai menghala ke PCB ini lebih kepada perkampungan nelayan. Jika anda bercadang untuk nek beli ikan segar, ikan kering, keropok lekor atau budu, di sinilah lokasinya. Pembuatan kain batik juga menjadi salah satu punca pendapatan penduduk kampung. Inilah peluang golongan bandar nak tengok macam mana proses mencanting batik.

Paling menarik, terdapat kubu tinggalan askar Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Masih lagi kukuh hingga ke hari ini berbanding di lokasi lain yang telah dihakis ombak.

Google Maps location

Resort & chalet berhampiran

Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Pantai yang paling famous di Kelantan. Mungkin kerana banyak aktiviti yang boleh anda buat di sini. Walaupun tak boleh bermandi-manda kerana ombak pantai yang besar, anda masih boleh bersantai sambil makan colek sedap dan menghirup air kelapa di deretan kedai di sini.

http://www.holidaygogogo.com/feel-the-passion-at-the-moonlight-beach/

Anak-anak juga boleh bermain layang-layang. Terdapat beberapa peniaga yang menjualnya di sini yang terdiri dari pelbagai jenis, bentuk dan warna untuk di pilih.

Untuk kaum hawa, berita baik buat anda sebab terdapat banyak kedai batik dan songket sepanjang laluan untuk ke PCB ni. Sambil ambil angin di tepi pantai, sambil shopping!

Google Maps location

Resort & chalet berhampiran

  • PCB Resort – 3 minit
  • Perdana Resort – 4 minit

Pantai Sabak

Pantai sabak yang terletak **km dari Kota Bharu ini mempunyai keistimewaanya yang tersendiri. Kalau nak tahu, di sinilah askar Jepun buat pertama kalinya mendarat di Tanah Melayu ketika Perang Dunia ke-2.

Sayangnya kita sudah tidak dapat melihat kubu jepun yang dibina pada zaman itu kerana habis terhakis ditelan air. Walau bagaimanapun, pihak muzium telah membina tugu peringatan. Anda boleh datang beriadah bersama famili sambil merakam gambar kenangan di sini.

Pantai Sabak ni terletak di Pengkalan Chepa, tidak jauh dari airport. Cuma 13 minit sahaja dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Oh ya, untuk mengalas perut anda boleh cuba makan colek iaitu seafood goreng tepung yang sungguh enak sini. Harganya pun berpatutan.

Google Maps location

Hotel & Resort berhampiran

Pantai di Bachok, Kelantan

Pantai Senok

Orang katak kalau duit belum cukup untuk ke Korea, pergi je ke Pantai Senok, Kelantan. Ini kerana Pantai Senok ni kelihatan ala-ala Pulau Nami yang menjadi lokasi penggambaran drama Korea, Winter Sonata , suatu ketika dahulu.

Apa yang membuatkan Pantai senok ini kelihatan seperti Pulau Nami adalah kerana terdapat ratusan pokok ru yang tersusun dalam barisan. Ini yang membuatkan masyarakat tempatan menggelarkannya sebagai ‘Pulau Nami Malaysia’. Pantai ini sesuai untuk dijadikan tempat berehat. Angin pantainya cukup menenangkan fikiran ditambah pula dengan pemandangan yang indah.

Keindahan pantai ini juga menarik perhatian ramai jurugambar untuk merakam foto perkahwinan.

Google Maps Location

Hotel & Resort berhampiran

Pantai Irama Bachok

Pantai ini sentiasa menjadi tumpuan penduduk tempat dan pelancong dek kerana kemudahannya yang lengkap. Di sini, prasarana seperti tandas awam, surau, tempat letak kereta, wakaf, tempat salin pakaian, dan kedai makan sudah tersedia.

Jadi tidak ada masalah lagi untum bermandi-manda sambil meluangkan masa hujung minggu dengan keluarga. Nak dijadikan tempat lepak pun sesuai. Banyak gerai makan disediakan untuk anda menghirup air kelapa segar dan makan keropok lekor.

Nak cari Pantai Irama ni tak susah pun. Dari jauh lagi anda sudah nampak papan tanda Kentucky Fried Chicken (KFC), nah di situlah tempatnya!

Google Maps Location

Chalet & Resort berhampiran

Pantai di Pasir Puteh Kelantan

Pantai Tok Bali

Pantai Tok Bali tidak kurang juga terkenalnya di Kelantan. Kawasan ini terkenal dek kerana menjadi tempat nelayan membawa pulang hasil tangkapan di laut. Masyarakat tempatan sering ke Pasar Tok Bali kerana harga ikan, udang, sotong, dan lain-lain amat murah dan segar. Anda boleh berehat di tepi pantai atau ‘muka kuala’ yang menjadi laluan masuk bot nelayan.

http://azmirelatif-1.blogspot.my/2012/04/pantai-tok-bali.html

Jika berpeluang ke sini, jangan lepaskan peluang untuk menyeberangi Jambatan Tok Bali di mana jambatan ini bengkok untuk membolehkan kapal besar lalu di bawahnya.

Lagi satu, antara keistimewaan Tok Bali adalah kerana terdapat banyak resort dan chalet menarik. Contohnya Tok Aman Bali dan Villa Danialla.

Google Maps Location

Chalet & Resort berhampiran

Pantai Bisikan Bayu

Pantai ini sentiasa menjadi tarikan orang awam. Ramai yang datang lepak di sini bersama keluarga dan rakan di bawah pokok ru yang melambai. Kawasannya sangat tenang, pantainya sangat cantik dan landai membuatkannya sesuai untu bermandi-manda.

Soal makan jangan risau, setiap petang ramailah peniaga yang buka gerai di sini. Bolehlah anda menikmati keropok lekor panas, jagung bakar, dan air kelapa segar sambil menikmati panorama yang indah.

Google Maps Location

Chalet & Resort berhampiran

Tu dia antara pantai-pantai menarik yang ada di Kelantan. Kalaulah ada air terjun di kawasan berhampiran. Mesti seronok. Okay, anda pilih pantai mana yang anda rasa boleh melengkapkan percutian!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!