Tempat Bersejarah

Tempat Bersejarah di Selangor

Cuti sekolah adalah waktu terbaik untuk kita menghabiskan masa bersama keluarga. Memilih untuk pergi bercuti adalah langkah yang bijak untuk kita memanfaatkan masa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan Sama ada ke kawasan tanah tinggi, tepi pantai, kota raya, mahupun ke berkunjung ke tempat bersejarah. Ramai ibu bapa memilih untuk membawa anak-anak ke tempat bersejarah seperti muzium. Berikut kami senaraikan beberapa tempat bersejarah di Selangor yang boleh anda tuju sekiranya anda bercuti di kota raya ini.

#1 Muzium Sultan Alam Shah

Terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam, Muzium Sultan Alam Shah merupakan salah satu muzium yang tercantik di Malaysia. Pamerannya unik, interaktif dan bertaraf antarabangsa.

Muzium ini menyimpan sejarah kesultanan negeri Selangor, zaman penjajahan British, dan susur galur negeri ini.

  • Bangunan lima tingkat ini meliputi lima ruang pameran iaitu:
  • Balai Sejarah
  • Balai Kebudayaan
  • Balai Sukan
  • Balai Warisa Alam Semulajadi
  • Balai Islam dan Pameran Luar

Pangunjung pasti akan berpuasti dengan pameran yang ada. Banyak mianture dan infografik menarik yang memudahkan pengunjung faham akan perjalanan sejarah negeri.

Harga tiket: Percuma

Alamat: Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

#2 Rumah Api Jugra

Fungsi utama Rumah Api Jugra adalah untuk membantu ahli pelayaran, jurumudi atau nakhoda kapal untuk belayar selamat. Sejak teknologi pelayaran semakin canggih, ahli pelayaran sudah tidak memerlukan rumah api ini lagi.

Kini ia menjadi tarikan pelancong. Walaupun orang ramai tidak dibenarkan masuk, kawasannya tetapi menjadi destinasi riadah atau perkelahan warga kota.

Ini kerana kawasannya diselanggara dengan baik, dan masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar berlatar belakangkan menara putih ini.

Alamat: Kampung Kanchong Darat, Banting

#3 Muzium Insitu Jugra

Pernah dikenali sebagai Balai Polis dan Penjara Jugra. Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad untuk menahan pesalah pada ketika itu.

Selain menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mengamalkan sistem undang-undang yang adil ia turut membuktikan bahawa mereka telah menggunakan alatan moden untuk membina penjara ini.

Apa yang boleh anda lihat di dalamnya adalah senjata, keadaan penjara, bilik hukuman gantung, perigi lama, dan banyak lagi.

Harga tiket: Percuma

Alamat: Jugra Lama, 42700 Banting, Selangor

#4 Rumah Banglo – Ladang Pulau Carey

Berkedudukan di Pulau Carey yang di miliki Sime Darby, ia pada asalnya adalah milik pengurus ladang ini suatu ketika dahulu. Mempunyai senibina Eropah, bangunan yang juga dikenali sebagai Hatter’s Castle ini sangat berbeza dengan banglo lain pada waktu itu.

Dek kerana unik dan menyimpan sejarah penting perladangan negeri, ia diisytiharkan bangunan warisan oleh Badan Warisan Malaysia.

Orang ramai hanya boleh bergambar dan lihat rumah ini dari jauh. Ini kerana ia kini dijadikan sebagai rumah tetamu untuk pelawat Sime Darby.

#5 Batu Hampar

Merupakan sebuah batu tebal, leper, dan berbentuk segi empat yang terletak di Kota Melawati. Menurut cerita lisan, ia digunakan untuk melaksanakan hukuman pancung terhadap seorang gadis yang didapati bermukah.

Malah ada juga yang mendakwa ia digunakan untuk memancung orang yang menderhaka kepada Raja. Digunakan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah, fungsi sebenar batu ini tidak pernah disahkan oleh pakar sejarah.

#6 Bukit Melawati

Ini juga salah satu kawasan yang sering menjadi tarikan pelancong. Ini kerana Bukit Melawati pernah menjadi pusat pentadbiran dan juga kubu kuat Kesultanan Melayu Selangor di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19.

Banyak tarikan menarik dan penuh sejarah yang ada di Bukit Melawati ini.

Untuk pengetahuan, pengunjung hanya dibenarkan meletakkan kereta di bahagian bawah sahaja. Untuk melawat tarikan menarik menarik, anda boleh memilih untuk berjalan kaki atau menaiki train khas.

Antara kesan tinggalan sejarah yang boleh anda lihat di Bukit Melawati adalah:

  • Makam Anak Dara
  • Rumah Api
  • Makam Sultan
  • Tangga 100
  • Perigi Beracun
  • Telaga 7
  • Busut Melawati
  • Balai Cerap
  • Meriam Penggawa
  • Bukit Belanda
  • Kota Melawati

Anda pasti akan teruja apabila tiba di puncak bukit. Ini kerana anda boleh lihat pemandangan Kuala Selangor yang menghijau. Panorama matahari terbenam juga indah.

Tempat menarik di Kuala Selangor ini sering menjadi tumpuan pelancong.

Harga tiket: Dewasa RM3 | Kanak kanak RM2

Alamat: 45000 Kuala Selangor, Selangor

#7 Bukit Belanda

Ketika zaman penjajahan Belanda, ia dikenali sebagai Kota Utrecht. Bukit ini menjadi kubu pertahanan pertama sewaktu penjajahan mereka. Lokasinya yang strategik dan berketinggian 420 meter, ia memudahkan Belanda untuk melihat musuh.

arinte.blogspot.com

Terdapat sebuah poko besar di sini, dan ia pernah dijadikan sebagai menara tinjau untuk mereka mengesan pergerakkan musuh.

#8 Muzium Daerah Kuala Selangor

Memandangkan Kuala Selangor mempunyai banyak tinggalan sejarah zaman kolonial, sebuah muzium dibina untuk mengumpul semua tinggalan sejarah di sini.

umminani.com

Muzium Daerah Kuala Selangor dibahagikan kepada 7 seksyen iaitu:

  • Seksyen 1: Penerangan mengenai daerah-daerah serta kepelbagaian etnik yang ada di Selangor.
  • Seksyen 2: Asal-usul negeri Selangor dan info mengenai penduduk awal negeri ini.
  • Seksyen 3: Perkembangan Selangor.
  • Seksyen 4: Sejarah pengasasan Kesultanan Selangor dan salasilah keturunan Sultan.
  • Seksyen 5: Pameran koleksi peralatan pembesar istana serta info mengenai dua daerah tertua di Kuala Selangor.
  • Seksyen 6: Sejarah Kuala Selangor sebagai kota pertahanan.
  • Seksyen 7: Peninggalan sejarah yang terdapat di Bukit Melawati.

Harga tiket: Percuma

Alamat: 45000 Kuala Selangor, Selangor

#9 Bangunan Sultan Suleiman Shah

Bangunan Sultan Suleiman Shah dikategorikan sebagai bagunan bersejarah Klang kerana dibina pada tahun 1909 lagi. Ia kemudian digunakan oleh tentera Jepun sebagai markas mereka.

Senibina bangunan ini sangat indah dan unik. Ia mempunyai sentuhan Inggeris dan Melayu. Ia juga digelarkan sebagai ‘rumah putih’.

Tempat bersejarah di Melaka

  • A Famosa
  • The Stadthyus
  • St Paul’s Church
  • Muzium Maritim
  • Muzium Istana Kesultanan Melaka

Tempat bersejarah di Johor

  • Bangunan Sultan Ibrahim
  • Muzium Kota Tinggi
  • Kota Johor Lama

Banyak juga tempat bersejarah di Selangor ini. Kalau anda berkesempatan, singgahlah di salah satu lokasi yang kami nyatakan. Kami yakin kunjungan anda akan menjadikan percutian lebih bermakna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!